Khamis, 10 Februari 2011

PAKAT-PAKAT CAH KETING.. PAKAT-PAKAT CANTAS MENCANTAS..!!!

SOBRI SUDIN

1. Di Kelantan, kegagalan UMNO menguasai semula kerajaan negeri akibat sikap cah keting sesama pimpinan UMNO Bahagian. Bukan sebab Nik aziz itu hebat, tapi warlord UMNO kelantan tidak pernah menunjukkan kesatuan yang tulen. Ada saja yang tidak kena, maka naiklah siapa pun yang jadi calonnya, maka gerombolan puak yang lain yang tidak tercalon pasti mensabotajnya. Justeru 70% kemenangan PAS di Kelantan disumbangkan hasil kelemahan dalaman UMNO.

2. Di Kedah istilahnya politik cantas, sebab itu apabila berkesempatan berbual sambil makan tengahari dengan seorang akauntan PETRONAS, DARI Kelantan, muda lagi budak ni, gelora politik Kelantan berupaya diungkapkannya dengan baik. MESKIPUN baru 5 tahun dia menetap di Kedah, sebab isteri dia anak Kedah, namun gelora dan pergolakan politik Kedah terutama yang melibatkan UMNO turut berjaya dihuraikannya.

3. Hakikatnya ramai golongan muda profesional mahukan UMNO, namun UMNO sentiasa mengamalkan pembudayaan politik feudal dan neo-feudalisme yang penuh kejelekan. Golongan muda dan profesional tidak membenci UMNO, tetapi jelek dengan sikap pemimpin UMNO dan pemimpin UMNO ini pula kalau boleh mahu menjauhkan profesional muda dari UMNO kerana takut kedudukan mereka tergugat.

4. Di antara prinsip mudah amalan feudalisme ini ialah 'yang cerdik ditendang, yang bijak dibuang, yang berkebolehan ditanam, yang bengap dan bangang serta mampu angguk ibarat kakak tua dijulang.'

5. Lantas, terjelmalah kepakaran UMNO untuk sokong individu bukannya parti, peralat parti untuk kayakan diri sendiri, utamakan kroni bukannya jemaah, bila berkuasa tekan yang lemah, yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Maka berlakulah proses dendam mendendam yang tidak berkesudahan, bila dendam memnbara, maka undi sabotaj jadi penawarnya.. baru dendam terasa lega.. akibatnya UMNO kalah terus sengsara, negeri terlepas, baru padan muka semua...

6. Tikam menikam, fitnah menfitnah, meronyeh sesama sendiri dan yang paling aib bila tidak tercalon menjadi pengkhianat dengan membantu pembangkang..

7.Fenomena ini boleh dikatakan menjalar di semua UMNO Bahagian di Kedah sebab itu budak Kelantan tadi berkata pada aku, 'nampak gaya Kedah ni dah nak jadi Kelate'(dlm loghat kelantan dia).

8. Ibarat kata ramai pegawai KCS pada aku, 'PAS di Kedah ni bukan ada apa, kerja tak reti, bengap, kalau hembus pun rebah, tapi pimpinan UMNO Kedah tak dak daya nak hembus dan kalau depa hembus pun tak keluaq angin.'

9. Bukan apa KCS ini satu segmen elit pentadbir yang merupakan pemimpin pendapat. Depa berperanan besaq dalam menentukan siapa yang boleh membentuk kerajaan.

10. Sebab itu kadangkala aku berfikir formula UMNO Kedah nak menang balik bukan la payah. Penyatuan, itu saja, berlapang dada, insya-Allah semuanya akan reda. MANA-MANA pemimpin bahagian yang dah lama cepat-cepat buat akujanji dalam bentuk bertulis, tidak mahu lagi dicalonkan dalam pilihanraya, hantar akujanji pada NAJIB. 15 hb febuari ni semua ketua bahagian UMNO KEDAH akan berjumpa in person dengan Najib. Jadi yang mana rakyat dah meluat bagitau depan najib, 'DATO SERI SAYA BUKANNYA WINABLE CANDIDATE, SAYA TIDAK MAHU DICALONKAN DLM PILIHANRAYA'."TAPI SAYA AKAN DUDUK DIBARISAN HADAPAN CURAHKAN DAN KORBANKAN SEMUANYA UNTUK BANTU KEMPEN DAN JENTERA PILIHANRAYA UMNO.." Itupun kalau puak ni ada teloq dan masih sayangkan parti la..!!!

11. Namun ibarat kata PAK ABU, peneroka tanah di Durian Burung, 'orang MELAYU ni Cikgu Sobri hanya boleh berpakat bila pakat nak beraya saja, bab lain PAK ABU tak harap depa boleh berpakat". Muhong saja, semua kira perut kediri saja.

12.Dengan aktiviti ronyeh meronyeh, kata mengata, jatuh menjatuh, konspirasi luas yang menjalar di UMNO Bahagian Kuala KEDAH, Pokok SENA, Padang Terap, Baling, Sungai Petani, Padang Serai,Pendang, Jerai,Jerlun, apa lah daya UMNO nak ambik balik Kedah.. Nak harap sentuhan PENGERUSI UMNO KEDAH YANG BARU.. apa kan daya.. takat mana la saja strategi dia.. kata seorang ADUN BN pada aku, 'BASHAH tak boleh nak command', sentiasa play safe dan tak boleh selesai masalah, dia suka ambik mudah masalah.. dia pun tinggal ujung-ujung nyawa saja... menang di DUN Bakar Bata 2008 lalu dengan majoriti tipis, tak sampai 300 undi...

13. Teringat kata seorang D.O TIGA hari yang lalu kat aku, 'saudara sobri bila saya( D.O) tengok yang dok ikut DATO BASHAH dalam majlis raya Cina ADUN Gurun hari tu yang ikut dia pakar STRATEGI DATO BAKRI.. saya ingat UMNO Kedah ni sampai sudah takan boleh ambik Kedah". Itu kata D.O satu daerah di Kedah, dia pun orang UMNO. Aku cuba selami apa maksud kata-katanya dan dia pun dah 25 tahun khidmat dalam KCS.. Aku tak mau komen apa bab penasihat DATO BASHAH.. satgi depa kata aku jahat.. biaqlah.. biaqlah BASHAH DIKELILINGI dengan golongan penasihat atau punahsihat yang bijak bijak.. Bijak apa pun kita tak tau..

14. Tapi rakyat boleh menilai, pegawai KCS DOk perati, alim ulama penuh minat untuk meneliti. Rakyat, ahli umno, golongan profesional sedang buat analisis mereka sendiri.. PENGUNDI MUDA depa kian bijak.. bukan mudah nak pengaruhi mereka.. aku tak mau nak komen apa dah.. cukuplah dikata jahat, bad boy hanya kerana nak tegur bagi elok.. bagi aku sekarang zaman BASHAH , dia coraklah macamana pun.. buatlah ikut pengalaman dan kepandaian dia, kita pakat tulong mana yang boleh.. Tapi ikut kata ahli bijaksana, 'jika orang bodoh berkawan dengan orang bodoh, maka jahillah jadinya'. 'Jika yang bodoh berkawan dengan yang bijak, peluang menjadi bijak tetap ada', jika bijak bergaul dengan yang bijak, maka idea besar dan tindakan hebat boleh terlaksana". Itu Kata bijak pandai, bukan aku yang kata,jangan salah faham..

15.Berbalik pada isu ronyeh, cantas mencantas dalam UMNO Kedah hakikat dan kerja ini dilakukan oleh orang yang ada jawatan. Orang yang dibagi laluan dan kemudahan yang pelbagai untuk dapat projek, pangkat, kuasa dan anugerah pelbagi. Depa kumpul pengikut , bagi habuan, ganjaran bukan untuk kuatkan parti tapi untuk kuatkan diri sendiri..

16. Inilah yang aku katakan budaya feudalisme dan neo-feudalisem... puak pemimpin suka buat geng, faction, clan, puak tertentu, ala kongsi gelap.. Kemdudian himpun keteloi, pecacai, gurkha, dan dibagi makan dijamu bak hantu raya.. bila pemimpin depa tak tercalon, pemimpin inilah akan arahkan pada pengikut sama ada secara kejit mata, salam kalih atau apa saja isyarat sehingga bilik gerakan ditutup, tak keluaq mengundi, sabotaj poster, buang poster dalam telaga buruk dan paling teruk bila time undi, pangkah calon parti lawan..

17. Jadi jika selamanya kerja cantas mencantas, ronyeh meronyeh ni jadi sebati dalam hidup pemimpin UMNO yang atas-atas, maka apalah diharap rakyat dibawah nak hormatkan mereka.. apalah diharap pengundi atas pagar nak undi depa... KALAU NAK MENANG BUAT CARA NAK MENANG.. PAS BUKANNYA KUAT TAPI UMNO MASIH LEMAH DAN SERING MENEWASKAN DIRI MEREKA SENDIRI...

18. ANDA BUAT ANDA DAPAT.. JANGAN BIARKAN KEDAH MENJADI 'KELANTAN KE-2'..

* Dato Ahmad Lebai Sudin, terima kasih la atas pelawaan DATO menawarkan saya untuk masuk balik dalam saf kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena.. Maaf saya tak berminat dah.. cari orang lain saja.. dan satu lagi tok sah la dok peburuk DATO PIN MAN ka, ARIS CHE MAT, atau sesiapa saja yang dato tak suka di depan saya..

*Saya tak berminat nak dengaq masalah DATO dok bergaduh dengan depa.. dan cubalah DATO UBAH PERANGAI.. dari suka pelaga orang dan ronyeh orang dengan kepada suka menyatukan orang dan menolak orang yang ada potensi naik ke atas. DATO PUN dah lama jadi KETUA BAHAGIAN... banyak kali jadi calon.. kalah memanjang.. sudah-sudahlah DATO..

* Bukan apa ingatan di atas aku keluarkan sebab kelmarin tengah aku lunch di RESTORAN SERI PUMPONG, DATO MAT LEBAI SUDIN DENGAN PENGIKUT DIA PUN MAI LUNCH SAMA, JADI TERSEREMPAK, DAN DIA TAK HABIS-HABIS DOK AJAK NAK PEJATUH ORANG TU ORANG NI... INI SATU LAGI SPESIS BUDAYA DAN AMALAN POLITIK FEUDAL.. SEBAB TU POKOK SENA, CONGAK PUNYAI CONGAK, ATUQ PUNYA ATUQ LAST-LAST RAKYAT DAN PENGUNDI UNDI BADUT SARKAS, MAHFUS THE BEAN MAMPUS JADI MP DEPA.. Tak termasuk aku la,sebab sejak 1995, election 1999, 2004, 2008 semuanya aku pangkah calon BN, walaupun macam-macam UMNO dan BN dok tenyeh aku...

*SEBAB APA.. SEBAB AKU SAYANGKAN PARTI.. BUKAN UTAMAKAN KEPENTINGAN DIRI..

9 comments:

PU 3 Sg Badak berkata...

Emmmmmm.Di Padang Serai dulu menang seraga oleh kumpulan perosak UMNO sebelum pilihanraya,semasa pilihanraya dan selepas pilihanraya.Mereka Abd Rahman,Halim Hasan,Asri,Marlia dengan penasihat Zuber.Hari ini apa dah jadi.Dari seraga pecah jadi uncang pelastik.Macam-macm cerita lucah dapat didengari.Sudah tak ada harapam umno dihati masyarakat.Amat memalukan pinpinan melayu yg belum terok begini rupa.

ANAK KEDAH PRO berkata...

BETOI SANGAT2 LA, POLITIK FEUDALISME LA YG AKAN MERANAPKAN UMNO KEDAH. BUKAN TAK RAMAI PROFESIONAL DI KEDAH TAPI SEBAB MELUAT DENGAN SIKAP PEMIMPIN2 KAIN BUROK, KAMI NI MEMINGGIRKAN DIRI. LEBIH BAIK BERJUANG DALAM NGO SAJA. KALAU PEMIMPIN2YG BERJIWA BESAQ MACAM TUN M, BANGKITLAH KAMI SEDIA BERJUANG.

HHalem berkata...

A bloody good one Bro Sobri.
Kedah memang mcm tu sejak dari Dato Khalid Julong lagi.

Cik gu Azizan dok mesyuarat dgn Cikgu Omar Speaker, kira nak perjatuh Osman Raub.

lepas Tok Man Raub cantas dia, baru dia pi meraung kat Pak Manshor.

Dapat jadi Director Berjaya.

hisham berkata...

pak abu????hm...
aku kenai pak abu ni...
tak apa lahhh kita lupa pasai pak abu..
aku baru2 ni berpeluang jumpa tok det mai kenuri kat rumah aku.syed sobri pun mai.
besala lagak dia...
masih ada hati nak jadi MB balik.
meluat aku tengok..nak wat lagu mana...ada juga yg dok sokong dia.
dikedah ramai anak2 muda yang berpotensi jadi pemimpin.
tapi olih sebab kerbau2 tua dalam umno dok main sepak terajang.
orang2 muda depa cantas awai2 sampai tinggai tunggui.
umno tak ada akviti langsung kawasan pdg terap.
depa dok lena sakan...

Tanpa Nama berkata...

Sokong semua Ketua Bahagian buat akur janji, bahawa mereka tidak mahu/tidak akan dicalonkan utk PRU 13 nanti. Harap semua dapat presstatement kalau betul mereka tidak pentingkan diri sendiri dan sayang UMNO

Anakbukitgantang berkata...

izin share KT...artikel yg patut dibaca semua oghang

anak ttbaru berkata...

...memang "hebat" Ketua Bhg UMNO Pokok Sena yang sorang ni...

"hebat"nya hanya orang2 dibahagian pokok sena saja yang tahu....

pesan aku kepada dia. "lepaih ni jgn la teriak pulak kalau kena cantas nooo".

Tanpa Nama berkata...

Budaya cantas sudah lama membiak dalam roh UMNO. Budaya tercetus dikala ada di kalangan kepimpinan yang mempunyai kepentingan peribadi melebihi kepentingan perjuangan. Mereka mula bertindak bila merasakan kedudukan mereka tergugat...ada kalanya bila sudah jadi pemimpin mula lupa diri, ada kalanya bila kepentingan mereka diusik, mula pasang kaki...tabur pelbagai fitnah. Inilah antara budaya yang merosakkan imej UMNO dan mula membuatkan rakyat mula menjauhkan diri dari UMNO.

Budaya ini kalau masih merebak, bermakna amat sukar untuk UMNO menyakinkan rakyat Kedah supaya menerima BN sebagai pemerintah. Apakah slogan BN menang, rakyat senang atau mungkin terjadi BN menang pemimpin UMNO yang senang. Renung-renunglah bersama, PRU mungkin tak lama lagi...kepimpinan peringkat Bahagian ligat dok lobi, pakat-pakat nak jadi calun, bukan pakat-pakat dok pikiaq macam mana nak memenangi hati rakyat supaya UMNO/BN diterima semula oleh rakyat Kedah. Bila buat program ramai2 pakat turun dengan gaya dan ego yang tersendiri. Bila jumpa di kedai kopi pakat2 dok atur strategi nak jatuhkan kawan tu kawan ni...inilah realiti....

abuarif berkata...

KEDAH PERLUKAN "NEW DIMENSI",,,,,TOTAL REFORM,,,,,,APA yg SAUDARA SOBRI cakaptu semua memang tepat, ahli UMNO dan Rakyat dah tahu,,cuma tunggu dan lihat bagaimana "kepimpinan" UMNO,,KHUSUSNYA DATO NAJIB,,,BERTINDAK,,,,,,"PEMIMPIN2 UMNO Kedah yg ada tu tak perlu berlembut,,kena tegas,,,,banyak dosa2 telah dilakukan,,,,hingga tergamak SABOTAJ TUN MAHATHIR pemimpin BESAR dari negeri SENDIRI,,,,,,,ini saja sudah menjadi "UKURAN yg Jelas" bertapa "RENDAH dan LEMAHNYA" pemikiran Politik dan Ketahanan politik mereka,,,,,,Semuanya kepentingan KUASA POLITIK DIRISENDIRI,,,,,,INILAH GEROMBOLAN DET KHALID yg MUSNAHKAN KEDAH,,,,,,,,,,,,"PENDAPAT SAYA SINGKIRKAN SAJA GEROMBOLAN DET KHALID" dari SENARAI CALUN KEDAH,,,kerana MEREKA ini telah melakukan KESALAHAN dan DOSA terhadap UMNO dan MELAYU,,,,,,HUKUM MEREKA,,,,,Rakyat Kedah akan KEMBALI YAKIN dan menyokong UMNO,,,,,,,TURUN CARI RAMAI ANAK2 MUDA KEDAH yg PROFESIONAL,akhalak baik.semangat juang tinggi dan ada rekod KEPIMPINAN yg BAIk,,,,,,,,

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates