Selasa, 15 Februari 2011

PELIK DAN AJAIB.....UMNO KENA BAYAR GANTI RUGI !!!!

Kedah Times amat tertarik dengan lakonan tiga sahabat. Sahabat dalam satu pakatan. Kalau dulu P Ramlee dengan Do Re Mi atau Bujang Lapoknya di bidang seninya, tapi kini kita ada Tiga sahabat dalam arena politik pula.

PAS, PKR dan DAP. Tetapi yang menariknya ketiga-tiga sering tidak sebulu dalam hampir semua isu. Pendapat dan suara-suara sumbang amat berlawanan sekali terutama isu berkaitan Islam. Mereka boleh berada satu bakul tetapi asyik cubit mencubit antara satu sama lain.  Bakulnya busuk pulak tu. Jadi masing-masing menuduh antara satu sama lain.

Tetapi yang peliknya, dalam mereka menuduh antara satu sama lain, mereka begitu satu pendapat dalam menuduh UMNO. Apa saja yang tidak betul yang dilakukan mereka, maka UMNOlah yang menjadi kambing hitamnya.

Jika PAS kentut, DAP dan PKR bau busuknya, tetapi serentak DAP dan PKR menuduh UMNO yang kentut walhal UMNO berada jauh dari bakul mereka.

Kedah Times petik apa yang ditonjolkan oleh JKKKP Kota Sarang Semut. Inilah sifat sebenar 3 stooges ini dalam politik Malaysia.

Hari Valentine: Pemuda PAS teruskan Ekspedisi Dakwah esok

February 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Feb — Dewan Pemuda PAS tetap dengan pendiriannya mahu meneruskan kempen Ekspedisi Dakwah dengan memberikan tumpuan terhadap remaja Islam menjelang sambutan Hari Kekasih malam esok.
Kempen tersebut akan digerakkan di seluruh negara dengan Pemuda PAS setiap negeri akan menurunkan ahli-ahlinya untuk memberi penerangan kepada remaja Islam yang berdua-duaan.
Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Mohd Sabki Yusof, ekspedisi itu akan bermula sebelah malam dan akan berterusan hingga tengah malam.
“Ini adalah agenda berterusan, kita bukan buat pada Hari Kekasih sahaja. Pada kempen ini, kita akan menemui pasangan remaja Islam dan memberikan penerangan mengenai halal dan haram menurut ajaran Islam.
“Kita bukan gunakan kekerasan... kita bukan badan penguatkuasaan dan kita tidak cuba untuk jadi polis moral. Kami hanya mahu berdakwah kepada remaja Islam,,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS pusat di sini.
Beliau berkata beberapa lokasi telah dikenalpasti di seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur yang memberikan tumpuan di Tasik Titiwangsa, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Bukit Bintang.
“Setiap negeri ada lokasi-lokasinya dan kita telah minta Dewan Pemuda PAS negeri untuk menjayakan usaha ini.


Hari Kekasih: Pemuda DAP bantah idea Nasrudin

February 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Feb – Sayap Pemuda DAP membantah cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan Hari Kekasih, Isnin ini.
Ketuanya Anthony Loke (gambar) menegaskan parti itu tidak bersetuju sama sekali pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan “pemeriksaan tidak bermoral” terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih.
“Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP.

Hari Kekasih: Syor Nasrudin pendirian peribadi bukannya PAS, kata Khalid

February 10, 2011
SHAH ALAM, 10 Feb — PAS Selangor hari ini menolak cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Kekasih.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.
“Beliau (Nasrudin) tidak mewakili kerajaan.



BN dan UMNO pulak yang kena...!!!!!

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-dakwa-kontroversi-hari-kekasih-permainan-politik-bn/

DAP dakwa kontroversi Hari Kekasih permainan politik BN

February 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Feb — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa kontroversi sambutan Hari Kekasih baru-baru ini adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama negara ini.
Beliau berkata tindakan melabelkan ajaran Kristian sebagai “tradisi berdosa” adalah satu tuduhan tidak bertanggungjawab dan biadap.
“Jelas sekali ada pihak tertentu yang cuba mencari populariti di kalangan umat Islam dengan menjalankan kempen anti-Hari Kekasih seakan-akan satu kempen menyelamatkan Islam daripada dosa-dosa yang diamalkan di kalangan bukan Islam.
“Jelas sekali, ini adalah suatu permainan politik BN dengan taktik talam dua muka untuk menimbulkan kebencian di kalangan kaum dan agama masing-masing,” katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Tahun Arnab Anjuran PKR Cabang Tanjung

4 comments:

man bo berkata...

Yang pentingnya orang Islam pakat-pakat ramai-ramai sokong PAS yg anti Hari Kekasih.Puak gila babi yg lain biar sahaja lah.Kaum lain sepakat dalam sesuatu isu yg lain.Orang Melayu Islam tiada pilihan lain lagi.Tanpa kira UMNO atau PAS kena bersatu.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sepatutnya sempena Hari Keputeraan perbanyakkan selawat dan salam ketas junjungan dan Keluarga dan sahabat beliau. Inilah jadinya bila mengaku islam membela kaum kekafirin. Kerana takutkan DAP PAS Kedah terpaksa melemparkan kelemahan pentadbiran mereka kepada orang lain. Pemimpin PAS sentiasa terkencing apabila disergah DAP.

Kita lihat Negeri yang dipimpin oleh PAS bertambah-tambah jadinya maksiat. Bukan saja golongan jahil bahkan mendapat didikan agama PAS turut serta meraikan valentine yang dianjurkan oleh DAP. Siapa DAP sekutu kuat PAS. Siapa PAS sekutu kuat DAP. Apa yang DAP cakap umpama keluar daripada PAS.

Senang saja soalan man bo siapa gila babi taklain dan tak bukan PAS. Bukan setakat gila babi tapi gila segala gila apabila turut memberi kebenaran dan menghalalkan tarian joget lambuk Nie Ching dan pertunjukkan fesyen Eli Wong serta betina gila Teresa Kokot. Untuk makluman man bo macam mana nak bersatu UMNO kata pemujaan orang mati itu haram dan bertentangan akidah tetapu ulamak PAS Nizar dan sekutunya menyalakan lilin sembahyang kafir cina DAP.

Kita lihat ketua boneka PAS HADI DAN NASA umpama lembu cucuk hidung dan tiada ada harga dan maruah diri dan seringkali disagah oleh N.Aziz jika tak menyokong DAP. Mereka ini umpama POKKA yang mengangguk kepala apabila N.Aziz beri arahan. Amat malang kerana selama ini PAS menggunakan cara pakaian islam sebagai sendiwara dan malang ikutan PAS bertudung ditangkap berkhalwat dan turut serta dalam majlis mengaingati kekasih tajaan DAP sebuah parti sekutu kuat PAS.

Pemimpin tertinggi PAS tiada pendirian dan tidak tetap iman kerana ianya menjadi boneka N.Aziz dan sebagai budak suruhan saja. Kita lihat saja di Kelantan N.Aziz lebih penting agama buddha daripada Islam hingga membina patung Buddha setinggi kubah masjid, Dimana maruah dan harga diri ahli PAS selama ini yang menyanjugi N.Aziz. Dimanakah perjuangan Islam N.Aziz sedangkan terlalu kedekut untuk meningkat syiar islam.

Nampaknya PAS jadikan islam boneka dan corak pakaian islam sebagai perisai menagkis tohmahan dan agenda perjuangan islam sebagai gula-gula serta retorik semata-mata. Mereka hanya berkepentingan diri dan melihat kekayaan duniawi daripada limpahan rahmat dan keagungan islam.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Saya amat tertarik dengan rencana penulisan dimana Minit Mesyuarat JKKKP di DUN Pedu yang telah dimunapulasi oleh Pejabat Pembangunan KEDA Zon 2 Padang Terap. Seharusnya pihak atasan iaitu Pengurus Besar KEDA memantau setiap tindak tanduk pegawai bawahan mereka. Kerana mereka inilah umpama setitik nila hancur susu sebelanga.

Sepatutnya kerenah birokrasi harus dikikiskan serta sifat keegoaan dan sombong pegawai itu harus dibuang jauh-jauh. Harus diingat bahawa mereka itu merupakan pelanggan tetap mereka dan sepatutnya Kakitangan KEDA Padang Terap membantu mereka dan bukannya menganaktirikan. Hakikat kalangan ahli JKKKP bukanlah terlalu tinggi tahap pendidikan dan terlalu pandai dalam ICT bahkan adakalanya mereka terpaksa menghabiskan wang membayar kepada pihak tertentu untuk menyiapkan atau menaip minit-minit mesyuarat tersebut.

Kebanyakan mereka ini terdiri daripada petani dan penoreh bahkan ada setengahnya terlalu janggal dengan kemudahan ICT serta takut dengan penjawat awam. Ada kewajarannya yang disoal kerana setiap penjawat Awam mempunyai AKU JANJI tersendiri dan mereka ini telah berikrar dan bersumpah untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Terlalu malang bagi mereka kerana mereka akan dipandang serong oleh Ketua UMNO Bahagian kerana tiada berperanan tetapi hakikatnya mereka telah berusaha dan usaha serta harapan mereka dumusnahkan oleh Pegawai yang tidak bertanggungjawab serta tiada amanah dan harga diri. Pihak atasan KEDA harusnya tiada terlalu emosional yang terlalu ketat birokrasi dan berikan mereka ruang dan masa untuk menyediakan mengikut kehendak format sebenarnya. Ini tidak terus dinafikan dan membohongi mereka.

Pandangan rakyat semestinya tertumpu kepada Pimpinan UMNO yang tidak perihatin tentang hal ini sedangkan ianya tidak sampai kepada Pucuk Pimpinan UMNO Bahagian kerana disekat dan disembunyikan oleh Pihak yang diberi tangunggjawab. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah Pimpinan UMNO atasan yang dikatakan tidak perihatin dan pilih bulu. Perkara ini jika tidak dibendungkan akan menerima padahnya UMNO sepertimana PRUke 12 dan tak mustahil mereka ini memberontak dan memperlekekhkan kewajaran UMNO atasan.

Sedangkan kakitangan KEDA ini harus bersyukur kepada ALLAH SWT dan berterima kasih kepada Kerajaan dimana golongan ini yang selama ini memberi nafas kepada mereka dan memberi sesuap nasi serta imbuhan bulanan dalam hasil kerja membantu rakyat dan bukannya menujuk belang dan budaya samseng serta tujuk kuasa atau gila kuasa serta megah diri. Kita harus sedar dan harus ingat mereka yang lemah harus dibantu dan diberi peluang dan bukannya dinafikan hak mereka. Sebagai penjawat AWM harus berpaksikan tonggak 12 dan berpandukan etika sebagai penjawat awam dan bukannya sebagai samseng dan hero.

Ini merupakah kesalahan yang amat berat dan besar serta tidak harus dipandang sebelah mata dan harus diambil tindakan sewajarnya. Sepatutnya sebagai penjawat awam harus berterima kasih dan bersyukur kerana mereka telah menunaikan amanah rakyat dan sanggup membuang masa, tenaga, buah fikiran untuk kepentingan rakyat bawahan serta agama dan negara. Penafian kakitangan KEDA Zon 2 Padang terap ini ketas Minit Mesyuarat tersebut seumpama pembelot negara, agama dan menghancurkan semangat perjuangan pemimpin bawahan UMNO.

AnaQarbana berkata...

sapa bercakap tu...
melayu mana....
puak mana....
pasai apa cakap lagu tuuuuuu.....
hang ada parti ke tak....
hang atas pagaq kot....
PAS nak bersatu dengan UMNO.....???????????????
tobat lahom.....kah....kah.....kah..
umno kena samak dulu...
kena masuk islam dulu....
kena tobat dulu....
kena khatan dulu.....
kena bai'ah dulu....
ingat senangkah PAS -umno nak bersatu.....
tunggu nik aziz dapat wahyu...
tunggu nik aziz keluar fatwa......
jangan main cakap je....
ni bab Isle.....
bukan politik...
politik isle...parti isle kalu hang nak tau....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates