Ahad, 13 Februari 2011

Pengerusi Kata Bantu, Rektor Kata Tidak

Ustaz Azizan MB Nak-Buat-Kerja-Buat- Cara-Islam kata KUIN boleh bantu, Rektor kata tak dak langsung rancangan nak bantu sebab KUIN tak cukup tempat.


Apa Ustaz cakap ni, tak bincang langsung ka dengan pengurusan KUIN, Nak cakap, cakap cara Islam Ustaz...jangan pi dok janji itu ini, walhal apa satu kajian pun tak dibuat..

KUIN sediakan tempat peperiksaan jika Al-Azhar bersetuju

11/02/2011 11:19am

ALOR SETAR 11 Feb. – Kolej Universiti Insaniah (KUIN) akan menyediakan tempat untuk pelajar pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar, Mesir menduduki peperiksaan di sini, jika universiti itu bersetuju berbuat demikian.  
Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi KUIN, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kolej itu mempunyai 16 pensyarah yang dipinjamkan oleh Al-Azhar dan mampu mengadakan kerjasama bentuk lain jika perlu. "Kita akan bagi kerjasama tetapi hanya untuk kursus pengajian Islam sahaja seperti Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Usuluddin kerana kursus-kursus lain seperti perubatan dan kejuruteraan kita tidak mempunyai kemudahan yang lengkap,” katanya kepada pemberita di sini.

 
Tiada perancangan bantu penuntut: Kuin

ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membantu pelajar Kedah yang menuntut di Mesir, menyambung pengajian di institusi itu disebabkan ketiadaan tempat.

Rektornya, Profesor Datuk Dr Jamil Osman (gambar) berkata, masalah ketiadaan tempat sememangnya menjadi perhatian pengurusan Kuin ditambah dengan kekurangan tempat penginapan pelajar disebabkan peningkatan pelajarnya.

Menurutnya, Kuin kini lebih memfokuskan untuk menyelesaikan masalah dalaman membabitkan masalah pengurusan dan pentadbiran institusi itu; maka meletakkan masa depan kira-kira 800 pelajar Kedah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kerajaan Negeri.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates