Selasa, 1 Februari 2011

POLITIK MORAL DAN POLITIK SIAL!!!!

SOBRI SUDIN

1. Kalau ikut pandangan Enrico Malatesta dan Mikhael Bakunin, ahli politik semuanya berperwatakan penyamun, berperangai penyamun, bezanya nak cari yang kurang sikap penyamun, 'the choice of lesser evil'.

2. Ini hakikat, sebab itu tak salah telahan Rober A. Dahl, 'tujuan dan matlamat politik adalah satu usaha untuk mendapat, mengekal dan menambahkan kuasa.

3. Maka dalam konteks inilah pelbagai ideologi, platform digunakan, mencantas ka, menfitnah ka, membunuh ka, peralat Islam ka, banyak beretorik ka.. semuanya akan diguna semaksima mungkin demi matlamat menghalalkan cara.

4. Sebab itu karya NICOLO MACHIAVELLI, 'The PRINCE' meskipun ditulis hampir 600 tahun yang lampau masih menjadi rujukan dan amalan kebanyakkan ahli politik masa kini.

4. Dalam erti kata lain atau disingkatkan cerita, nak cari pemimpin politik, ahli politik, wakil rakyat, pemimpin, pentadbir atau para pencacai, gurkha yang berdamping dengan orang politik yang benar-benar ikhlas, dan nak bela nasib rakyat, majukan ekonomi ummah, angkat budaya ilmu di kalangan masyarakat, selesaikan isu rakyat cukup susah dalam era milinium kini. Depa buat setakat nak pancing undi ada la.. paling jengkel depa buat ikut musim.. musim pemilihan bahagian, musim Pilihanraya kecil, pilihanraya umum kerap la nampak muka puak ni.. selebihnya.. lu.. lu.. gua.. gua.. (tak semua la, tapi ramai pemimpin buat kelaku macam tu).

5. Ukurannya cukup mudah, mai kita pakat tanya siapa dia pegawai kerajaan atau ahli politik yang seumur hidup dia tak pernah ambil rasuah, komisyen, atau terima hadiah, imbuhan atas kuasa meluluskan sesuatu yang pegawai atau ahli politik tadi miliki?

6. Demikian juga mai kita pakat tanya siapa dia ahli politik tak kira dari parti mana pun yang tak pernah cakap bohong dan janji palsu dengan pengundi kawasan dia? ada ka dak? Conform semua mesti pernah buat benda tu.

7. Inilah yang dikatakan moral dalam politik. Aku timbulkan isu ini bukannya apa, bila mai musim kempen pilihanraya umum ka kecik ka, isu yang paling digemari dan didebatkan adalah isu peribadi calon.

8. Rohaizad calon BN Penanti sampai bercerai berai pasai mainan isu peribadi ciptaan Mahfuz and the gang..

9. Di Tenang pun sama, AZHAR IBRAHIM, calon BN dituduh ada skandal dgn pompuan Cina di Equotarial Melaka. Dan yang buat tohmahan pula parti cap lebai yang mengaku 'ISLAM MATLAMAT KAMI', 'AL-QURAN PANDUAN KAMI', 'JIHAD ARAH TUJU KAMI', 'MATI SYAHID CITA-CITA KAMI'... Poodah la.. Islam apa lagu tu?? Ingatan untuk puak PAS, mengaji dulu politik Islam tu apa, teori politik Islam apa cirinya, dan tasawwur politik Islam itu apa ke bendanya.. kalau tak reti kuliah percuma boleh diberikan... Memalukan ISLAM SAJA HANGPA NI...!!!!

10. Apakah benar masyarakat kita melihat kriteria moral sebagai aspek utama dalam memilih calon. Apa beza antara calon yang sebelum dia jadi calon memang nakal dan buas, tetapi lepas dia jadi calon dan menang dia tinggal semua perangai buas dan nakal dia dan betoi-betoi komited dengan khidmat kepada rakyat? Menjadi orang yang tawadhuk, istiqamah dan menjadikan Umar Al-Khattab r.a sebagai ikon atau teladan dalam beliau menjalankan amanah sebagai pemimpin dan wakil rakyat.

Amati contoh di bawah:

a) Pak mat(bukan nama sebenar) pengundi di satu kawasan DUN. Penyokong kuat parti lambang mata dan juboq (PKR la parti apa lagi). Dia ni penjual durian dah 20 tahun, tapi dia selalu tipu dalam timbangan macam kaum Nabi SALLEH , kaum Madyan, tapi bila bab mai pilih calon dia nak calon yang bersih, tulus, adil dan segala-galanya galanya. Realitinya ada ka calon yang bertanding dalam Pilihanraya Umum atau kecil bertaraf malaikat atau wali yang suci seperti kain putih yang tak pernah buat dosa, salah dan cuai dalam hidupnya???

b) Zakaria (bukan nama sebenar) seorang Pegawai kerajaan di sebuah negeri dikenali dengan pegawai yang suka ambik komisyen 10 persen bgi setiap projek yang diluluskan. Dia ni penyokog kuat parti cap roti canai. Kegemaran si Zakaria adalah berhibur di pekan Danok, arak dia teguk, perempuan siam biasa la dia sapu, tapi yang bagus bila adik siam ajak dia makan daging bak kut teh(sup babi) dia pandai pula kata 'tak boleh haram'.. Habis ambik rasuah, langgan pelacur, minum arak halal ka? Tak berdosa ka???

CONTOH DI ATAS BERTUJUAN untuk memaparkan betapa masyarakat kita cukup hipokrit bila bincang bab moral. Masyarakat kita suka menipu diri sendiri termasuk pimpinan pak lebai ka parti cap keris ka yang bila cakap bab moral seolah-olah ada unsur judgemental dan selektif. Hakikatnya bila mereka berbuat demikian mereka lebih TIDAK BERMORAL SEBENARNYA.

11. Bagaimana pula dengan wakil rakyat yang sebelum jadi calon, alim bukan main, jubah serban PUNYA labuh. Pandai tahlil, baca khutbah dan doa. Tau tau bila dapat kuasa, jadi ADUN, EXCO, Setiausaha Politik, rasuah depa sapu, projek kuari pasir, batu, balak dan duit untuk mangsa banjir pun depa sapu... (aku rasa hangpa faham sendiri la aku tujukan statement ni kat siapa?).

12. Tuan Setpol MB, apa khabar? Bila nak pekena TOMYAM DI NORHA TOMYAM, Jln Langgar. Orang KEDUNDONG habaq Tuan HAJI la ni dah kaya raya.. Baguis la, bila lagi nak buat duit, ISLAM DIKETEPIKAN, HARTA DUNIA JADI REBUTAN, TUMPANG DOK PEJABT MB LAGI... BUAT LA APA YANG PATUT.. Zaman la ni yang haram boleh dihalalkan yang hahal boleh diharamkan.. JANGAN TAK BUAT...!!!! Tapi ingat sama balasan di AKHIRAT!!!!

13. Dalam segmen yang lain, teliti tengok tindakan beberapa ahli Parlimen PKR yang keluar PKR, paling terbaru N.Gobala Krisnan, MP Padang Serai.. wa mau garu wa mau garulah.. Pemimpin kanan PKR di KEDAH yang dulunya pernah jadi ahli BN sempat memaklumkan Gobala sebenarnya cannot survive anymore, rumah dia nak kena lelong, kereta nak kena tarik, jadi last solusi, dia jadikan kedudukan dia dalam PKR sebagai komoditi.. bahan dagangan.. mungkin masyuk la tu kot sejuta dua... dalam politik tak dak yang berlaku secara sengaja. Cuma dalam nak menjustifikasikan tindakan dia guna la alasan apa pun.. Orang macm ni jangan la pulak BN gatai pungkok nak terima pulak..

14. Dan ada seorang pemimpin cabang PKR dari satu bahagian di Kedah NI pula sedang kecewa, sebab janji KETUA UMUM PKR nak huluq duit jutaan ringgit sampai la ni tak terpenuh, lalu ketua cabang ni dok tengah kalut cari Bashah untuk masuk jadi ahli bersekutu BN.

15. Sebab tu aku nak ringkaskan dalam entry kali ni. Memang betoi dah kalimat P. Ramleee dalam filem Tiga ABDUL.. 'dah kena dah penyamun jual penyangak'. Amat susah mencari pemimpin luhur, jujur dan ikhas berjuang untuk rakyat.

16. Sebahagian besarnya berjuang untuk penuhkan poket dan tembolok sendiri.. Kalau ada yang kata 'saya berjuang untuk tegakkan keadilan, tak kira Melayu Cina, India, Iban dan Kadazan', dan "saya KOMITED untuk mertabatkan (murtabak ada la) keagungan bangsa, agama dan negara." Kalau jumpa pemimpin macam tu, walhal tindakan dia tak sinonim dengan apa yang dia ucapkan.. Maka marilah kita pakat-pakat kata pada pemimpin itu... PIIIIIRAH.... POOODAH... BOLEH JALAN DAHHHHH!!!!

17. ***awat la urusan bayar duit saguhati mangsa banjir kendalian UMNO bahagian Alor Setar, di Kompleks Kerajaan Persekutuan, 29 hb Januari lalu kelam kabut sangat.. terserlah bantuan bukan lagi menjadi nikmat tapi bakal bertukar menjadi beban berat yang pasti dimanipulasikan oleh AZIZAN...

18. OOH kes banjir di KedaH DULU tak habis lagi, ada khabar berita yang AZIZAN mengamuk kat Samad Majid bukan sebab utamanya diprovoke oleh Samad dalam sidang media. Tapi sebelum pada tu dalam meeting EXCO AZIZAN sudah naik angin la sebab ikut sumber dalaman dari EXCO dan Pimpinan PAS sendiri, duit bantuan banjir sumbangan PKNK ka atau GLC mana ka berjumlah jutaan ringgit YANG Kerajaan Kedah nak bagi kat rakyat tak tau boleh lesap.. itu rupanya cerita sebenar.. Kalau aku pun aku naik angin.... jadi ibarat kata pepatah.. Samad Majid hanyalah punching bag bagi Azizan yang marahkan benda lain.. kesian Samad Majid... apa pun harapnya berita duit untuk mangsa banjir jutaan ringgit yang lesap tidak benar-benar berlaku.. kalau berlaku maknanya memang sah kerajaan ISLAM ALA PAS DI KEDAH tidak amanah, bodoh piang dan lengai dalam bab pengurusan. Dalam hal ni satu NASIHAT ikhlas dari aku..

WOI PUAK PAS.. HANGPA MEMANG BAGUS.. TAPI BAGUS SEBAGAI PEMBANGKANG SAJA LA.. DUIT tabung MEMALI PUN HANGPA SAPU.. DUIT ANAK YATIM TUuuu.. CIKGU NON BALING (C.N AFGHANI) HANGPA UGUT.. PASAI TULIS BUKU.. NAK UGUT APA.. HUJAH BALAS DENGAN HUJAH LA.. KATA HANGPA TERAR... Dah habis dah ka ayat AL-Quran dan hadis yang hangpa selalu dok putarbelitkan???? KATA HANGPA TERA!!! HANGPA PI LA.. tuih!! puih..!!!

MAKA BENARLAH POLITIK BUKAN LAGI POLITIK MORAL TAPI POLITIK SIAL... DAN JANGANLAH PULA AKIBAT KESIALAN TINDAKAN PEMIMPIN POLITIK TAK KIRA DARI PARTI MANA PUN, RAKYAT TERUS DITIMPA SIAL.. SIALAN BETOI HANGPA NI..

Pakat-pakat la buat kerja sepertimana suruhan ajaran ISLAM!!!!!!..

9 comments:

HHalem berkata...

Cerita kelas gitu....

99 percent ada kebenaran. Rujukan cukup cendiakawan.

Awat ujung-ujung naik angin. hehehehehe

Sembang bab PAS ni boleh jadi hpertension.
Aku heran sungguh macam mana orang Kedah pilih depa.
Ni lagi satu tajuk yg boleh jadi gila, kalau pikiaq2 pi, mau pi sekeh pala puak UMNO.

Pakteh berkata...

hehe...nampak cenge aih ayat2 last tuan SS tu..

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih saudara blogger, memang sudah jadi satu budaya dan trend terkini penipuan paling ketara dilakukan samada secara terus terang atau secara tidak disedari. Hakikatnya itu semua adalah untuk mengail pengundi dan mengaburi mata rakyat. Tapi lebih malang jika kumpulan atau puak berserban, jubah meleret dan kopiah puteh tak pernah lekang daripada kepala.

Secara dasar dan fizikal inilah golongan terbaik, tetapi hakikatnya golongan berserban dan berkopiah puteh kini banyak mengecewakan rakyat bahkan mereka ini golongan yang paling licik dan paling cerdik menipu. Masakan tidak dalam kempen PRU 12 yang lalu bermacam-macam ragam mainan janji mereka taburkan. Boleh dikatakan belum tertunai atau akan ditunaikan dihadapan pengadilan Allah nanti.

Paling malang golongan inilah menyebabkan kumpulan melayu berpecah belah dan mengeruhkan keadaan. Keadaan bertambah parah apabila golongan melancarkan gelombong untuk menghancurkan sesama islam bahkan mengeluarkan fatwa karut marut dan menjadi satu budaya dan trend kini golongan ini menjadi pendakwa dalam menghasut, mengata dan mengeluarkan propaganda murahan.

Paling hairan sedang golongan ini yang jahil dan setengah terlalu cetek ilmu dan tahap LCE boleh mengadakan bermacam-macam ceramah bertajuk agama. Sedangkan mereka ini tiada berpendidikan agama dan lebih kepada jahilan ilmu agama. Contoh nyta Mat Sapu, Mahfuz, Nasir Mustafa dan banyak lagi sentiasa mengadakan ceramah agama kehulu kehilir dan adakalanya tajuk Malidur Rasul, Israk Mikraj dan lain-lain lagi. Persoalanya bilakah mereka ini belajar lepasan timur tengah, UIA atau daripada madrasah pondok sedangkan mereka ini dulu hanya berkeliaran dan mundar mundir sana sini. Apakah terlalu senang menjadi ulamak dengan tidak perlu bersusah payah belajar tentang agama dan cukup sekadar pandai cakap menghemtan buta tuli mengikut selera nafsu sendiri.

Inilah jadinya bila orang jahil diangkat diri sebagai ulamak dan ulamak dipersendakan oleh golongan ini Contohnya Mufti Perak yang sering dicemuh oleh golongan kerana kononya ilmu mufti tersebut terlalu rendah daripada golongan Mat sapu,Mahfuz dan Nasir Zakaria.

Apakah golongan cerdik pandai dalam islam kini kolot dan pemimpin PAS yang berfahaman sekular terlalu alim bila menjadi ahli PAS. Maka dengan itu terjadilah dimana sebuah buku Tabung Memali AIR MATA MAT SAPU. Alangkah sedihnya duit tabung derma hanyut oleh golongan yang dijaja ulamak oleh golongan PAS. Dimana Nasir Zakaria menghilang diri dan sepatutnya beliau menjadi wira dalam hal ini daripada sombong diri dan bongkak bodoh mempertikaikan orang lain tak betul hanya mereka betul dan pandai tetapi tahi sendiri terpalik penuh dibadan dan bersemburan sana sini.

Apakah ini dihalal oleh Allah mengikut fatwa PAS yang dimainkan oleh ulamak PAS N.Aziz dan Penasihat terkemuka Ostaz Nasir Zakaria yang menepuk dada mendapat didikan Timur Tengah. Inilah dikatan ulamak terunggukl oleh Nasir Zakaria dan erancangan terapi dan terperinci mereka selama ini. Bertuah dan hebatnya Ulamak Pujaan nasir Zakaria dan sungguh hebatnya perancangan Ekonomi Nasir Zakaria kerana kebijaksanaan mereka berjaya melesap RM 45 juta wang Koperasi Kohillal.

Inilah dia belajawan terhebat dimana Nasir zakaria dimana Kohilal berjaya dilesapkan RM 45 juta serta mempersendakan kebodohan PM dalam membentangkan belanjawan baru-baru ini kerana telah membuahkan hasil memacukan ekonomi negara dan diakui oleh kejayaannya oleh negara luar.

Apapun fikir-fikir yang mana patut dicohtohi atau buat sempadan,

Hosni bin Mubarak berkata...

Sdr Sobri;sempena PRK Merlimau Melaka hang tolong habak pada Datok Najib sat supaya pilih calon yang wineable juga.Kelulusan yang baik seperti ijazah .Bukan ijazah palsu yg beli.rekod akhlak kena cantik.Bukan ativis politik wang dalam umno.Pengundi hari bukan pandang pada jawatan utama dalam UMNO.Mereka nak lihat tokoh yang baik dan bermoral seperti Di Tenang baru ini.Walau ada tkoh umno yg tak jadi calon frust dan ada unsor sabotaj.Tapi penmgundi lebih bijak dan mampu memberi kemenangan pada UMNO dan BN.Pasti DUN Merlimau milik BN.Pastikan wineable candidate.

Tanpa Nama berkata...

Apa macam SS kat Kasanova semalam, ada best tak? nampak peluk dan teguk sakan! Cermin dulu laaa kalau nak bersyarah bab moral ka bab sial ka...

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 3 febuari 2011, 10.31 pm. memang sah hang penfitnah dan sudah panas pungkok dari parti cap roti canai..gamaknya hang spesis anjing yang dilatih oleh mahfus mampus atau anjing belaan sanusi setpol(SS). Setau aku sanusi setpol(ss) memang kaki danok sejak dia mula senang dapat projek balak dan kuari batu dari mb pas lena

Tanpa Nama berkata...

ya aku setuju, tanpa nama yang kata ss di kasanova adalah pembohong, ss yang aku kenai dah 5-6 tahun bukan kelaku macam tu.. yang aku tau dia ni bukan jenis dok keluar merapu rata..nak sembang pun dirumah dia atau dia akan pi rumah kawan-kawan..sembang mesti bab pendidikan, isu-isu yang boleh membuka minda bukan macam puak PAS dan kelab SRP UMNO, sembang mengata kat orang..hang sabar sajala sobri sudin ooi, bukan semua orang suka apa yang kita tulis, mungkin depa dah rasa panas..kami akan sokong all out, dedahkan segala kemungkaran dan kejahilan pas bodoh di kedah..kami tau hang jenis penyabar dan tahan fitnah dan uji..biaq depa nak kata apa pun..allah maha adil.. yang aku heran, apa yang ss ulas, isu yang dia bangkitkan hangpa tak mau ulas dan pikir, tak dak kaedah lain nak lawan hujah dia last-last macam perangan mahfus mampus, buat cerita merapu, fitnah dan penaya orang..sobri sudin..lawan tetap lawan..setahu aku yang aku dengan cerita, yang selalu ke kasanova adalah SANUSI SETPOL dengan EXCO PAS, DR ISMAIL SALLEH

putera gunung jerai berkata...

UMNO di Kedah Lena lagi.UMNO bahagain pun lena.UMNO cawangan pun lena.Pemuda UMNO Kedah pun lena.Pemuda Umno bahagaian pun lena.Pemuda UMNO cawangan pun lena.Wanita UMNO kedah lena.Wanita bahagian pun lena.Wanita cawangan pun lena.Puteri UMNO Kedah lena.Puteri UMNO Bahagain pun lena.Puteri UMNO Cawangan pun lena.Habis semua pakat-pakat lena.Datok Bashah dan Datok Mukhriz hangat tahi ayam sahaja pada mulanya.

dolah doleng berkata...

Aku nak ucapkan kong xi fat choi pada semua pemimpin UMNO di Kedah.Selamat berehat dan bercuti.Relek lah sebelum kamu di relek kan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates