Jumaat, 25 Februari 2011

Reformasi dan Revolusi impian PAS

Semoga harapan PAS supaya revolusi dan reformasi yang berlaku di Tunisia dan Mesir akn merebak datang ke Kedah, Kelantan, Penang dan Selangor. Ini disebabkan mereka berhasrat untuk tidak membubarkan DUN bila pusat berbuat demikian kelak.

Ini bermakna kerajaan di bawah PR ini tidak jauh bezanya dengan kerajaan Mesir dan Tunisia seperti yang dikatakan Ketua Pemuda PAS itu. Revolusi dan reformasi bakal melanda negeri-negeri ini kerana mereka adalah lebih kurang sama dengan Hosni Mubarak dan Ben Ali.

Tambahan pula seruan tersebut dibuat di Kedah, maka bangunlah orang Kedah, kita lakukan reformasi dan revolusi supaya pemerintah Kedah diingatkan yang mereka gagal memerintah negeri ini. Jauh untuk memajukannya. Apa yang berlaku adalah seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Pemerintah dan pengikutnya merampok segala kekayaan negeri tanpa menghiraukan kehidupan rakyat.

Apa lagi yang ditunggu oleh rakyat Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang. Marilah kita lakukan seperti apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir dan Tunisia.



Krisis Mesir: Mukhriz bidas sikap Pas 




ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir membidas sikap pemimpin Pas yang masih membuat perbandingan situasi politik di Mesir dengan Malaysia dalam ceramah politik mereka. 


Beliau berkata, isu itu tidak wajar dibangkitkan kerana situasi politik sebenar di kedua-dua negara amat ketara berbeza. 

“Masih ada pihak cuba samakan situasi politik Mesir dan negara ini dengan tujuan mahu timbulkan kekecohan. Walaupun jelas pemerintahan di sini tak sama dengan Mesir, tapi mereka tetap kaitkan kononnya masih ada persamaan dalam beberapa aspek,” katanya. 

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, sebelum menimbulkan isu terbabit, pemimpin Pas sepatutnya membuat kajian terperinci dan bukan sekadar membuat andaian. 

“Kerajaan Mesir tidak amal demokrasi tulen dan tidak jaga kebajikan rakyatnya, manakala Malaysia sebaliknya. Mesir juga menyekat kebebasan bersuara malah pembangkang di sana tidak boleh berpolitik, sedangkan Malaysia membenarkannya,” katanya. 

Isnin lalu, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan pada ceramah di Himpunan Pemuda Pas 30K, mahu Pemuda Pas bersatu meneruskan reformasi dan revolusi yang tercetus di seluruh dunia termasuk Tunisia dan Mesir dengan menjadikan kebangkitan itu sebagai suntikan semangat untuk mengubah politik dunia menggulingkan pemimpin yang rakus. Malah beliau percaya semangat itu akan sampai ke negara ini kelak. 

Mukhriz berkata, amalan demokrasi di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding di Mesir dan tidak seharusnya dijadikan perbandingan. 

Menurutnya, isu pengangguran di Mesir antara pencetus golongan muda di sana bangkit memberontak, sedangkan peratusan kadar pengangguran di negara ini masih terkawal. 

“Di Malaysia situasi tidaklah seburuk di Mesir, oleh itu tidak wajar samakan apa yang berlaku di sana kelak boleh berlaku di sini. Kerajaan Persekutuan tidak pernah abaikan mana-mana pihak dan setakat ini bersikap adil pada pembangkang,” katanya.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Apakah perjuangan PAS berlandaskan islam dan bertunjang kepada menengakkan keadilan dan menghapuskan kebatilan?. Kita tahu kejatuhan BN dibeberapa Negeri akibat daripada tindakan golongan BN sendiri yang tidak berpuashati dengan corak pemerintahan tertinggi BN pada masa itu.

Akibatnya banyak Negeri dikuasai PAS,PKR dan DAP. Keadaan negeri yang dikuasai PAS,PKR dan Negeri amat memeritkan kepada golongan melayu dan india. Mereka dihina dan dijadikan seperti bola ditendang kesana kemari. Justeru itu banyak topeng sendiwara PAS terbuka seluas-luasnya. Isu perut PAS kian ditayangkan kepada umum. Niat buruk PAS makin ketara diperlihatkan.

Akibat perbuatan mereka yang menerima akibat adalah rakyat yang tidak berdosa yang menerima akibatnya. Sedangkan pemimpin PAS masih meraikan kejayaan mereka dengan terus membohongi dan cuba membolok kekayaan negeri yang mereka perintah. Kita dilihat paparan Sinar Harian yang memaparkan PAS memdabik dada mereka berjaya mempromosikan arak dengan sewenang-wenangnya di Selangor. Namapaknya MB Selangor Khalid gagap hanyalah boneka dan tangan yang kuat dibelakangnya ialah DAP yang menentukan segala arahan.

Di Penang melayu dihina dan dikeji malah Ketua Yahudi dan Komunis LGE dinaikkan taraf oleh N.Aziz atas kejayaannya memporakperanda kaum melayu dan India seumpama Khalifah Umar Abdul Aziz. Itulah hina melayu bernama PAS. Paling menyakitkan gaya pakaian islam dijadikan alat topengan menghemtan sesama bangsa.

DiKelantan kita disajikan Islam PAS berjaya membangunkan berhala budhha hingga sama tinggi dengan Kubah Masjid. Negeri yang dilakonkan oleh N.Aziz yang dinamakan Serambi Mekah hebat dengan kegiatan maksiat pelancuran dengan sewenang-wenangnya. Perjudian makin menjadi-jadi dan Kelantan sebuah Negeri yang hebat dengan penyeludupan yang hebat.

Di Kedah habis khazanah alam dihapuskan untuk mendapat wang dan meningkatkan kuasa oleh Ostq Azizan. Banyak maksiat dan kejadian syahwat bermaharaja lela. Pusat perjudian sangat gah dan bangunannya hebat dan berprestij. Akibat ketamakan yang melampau maka Syarikat GLC milik Kerajaan Negeri sedang dalam kegawatan dan menunggu menghitung hari.

MB Kedah terlalu lemah dan tiada pengetahuan dalam hal pentadbiran Negeri. Justeru penyelewebngan mudah dilaksanakan oleh golongannya. Malah di Kedah percakaran antara EXCO yang tak sehaluan dengan MB. Kedah cakap tak serupa bikin. Cogan Kedah Sejahtera dijadikan pelindung sedangkan rakyat Kedah amat hina dan ditekan.

Tiada perancangan dan wawasan menyebabkan Kedah menjadi lemah dan kita lihat banyak prasaranan tidak dapat diselenggarakan dengan baik seperti jalanraya, sistem perparitan, kemudahan awam dan sebagainya. Amat malang kutipan dsamapah yang tak menentu menjadikan Kedah kaya dengan sampah malah pencemaran dan perumahan tikus dan ulat-ulat tumbuh bagai cendawan.

Bagi PAS hanya gah bercakap tetapi tiada perlaksanaan. Ini jadinya bila PAS hanya pandai bercakap dan berceramah memaki hamun bahkan Wang tabung Memali mereka samun dan songlap. Kulim Hitech hampir tinggal nama jika tidak memdapat pertolongan daripada Kerajaan Pusat.

Kesimpulannya PAS tiada kualiti dan cakap tak serupa dan tiada wawasan hanya petah bercakap dan membuat demonstrasi serta hanya dari segi fizikal sahaja nampak islamik sedangkan hakikat dari segi rohaniah dalam dalaman amat busuk dan penuh dengan kehinaan, kepuraan serta mabuk kuasa dan gila wang serta pemimpin yang terlalu lemah serta tak bermaya yang hanya jadi boneka kaum DAP.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates