Ahad, 20 Februari 2011

TERKINI : ROMBAKAN UMNO KEDAH (Dipetik Dari blog DetGuaq Pelantaq Hujah)

Tok Man Tok Jit jadi itu, Tok Li jadi ini

Setelah menunggu lebih dari tiga jam, akhirnya wartawan-wartawan akhbar dan elektronik dapat tahu juga keputusan hasil dari mesyuarat BPUNK malam tadi dan seperti mesyuaratnya yang pertama, mesyuarat kali ini juga melangkah jam yang mengubah tarikh dan hari.

Nampaknya DS Najib Tun Razak telah merestui Dato' Othman Aziz sebagai Setiausaha BPUNK, manakala Dato' paduka Ghazali Ibrahim, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri pula telah di lantik sebagai Bendahari BPUNK.  Dato' Ir Nawawi dilepaskan dari bebanana tugas di BPUNK bagi membolehkan beliau memberi lebih tumpuan kepada UMNO Bahagian dan rakyat Langkawi.

Sementara itu DS Jamil Khir kekal sebagai Pengerusi Biro Penerangan BPUNK dan satu jawatankuasa khas bagi menyelia jentera pilihanraya pada PRU akan datang juga telah di ujudkan.

He he he...aku hanya nak ucapkan SELAMAT BERTANGGUNGJAWAB dan selamat segera menjalankan tugas masing-masing kerana PRU12 semakin menghampiri tarikh luput dan PRU 13 semakin pasti akan tiba.


By detguaq8 Sunday, February 20, 2011 


KedahTimes : Terima Kasih Pelantaq Hujah di atas info terkini ini.

5 comments:

seri canggong berkata...

Setiausaha muka baru muda,Bendahari muka lama orang lama.
Ianya merupakan satu proses mengenepikan pengaruh Dato Det Khalid secara tersusun dalam arena politik UMNO di Kedah yang digambarkan sebagai imej tun Dolah Badawi dan KJ.Ini juga berpunca apa yg dikatakan orang yg bertanggung UMNO/BN tungging buyung di Kedah.
Namun begitu pengaruh Dato Det Khalid masih ada dan kebal kalau dilihat ramai ketua bahagian adalah orang Dato Det Khalid seperti:
1.Baling
2.Padang Serai
3.Sg Petani
4.Merbok
5.Sik
6.Langkawi
7.Pendang
8.Jelun
9.ketua pemuda kedah
10.ketua pu3 kedah
walau apa pun ini adalah lumrah dalam seni politik.Pandai pandai lah jaga diri.Pandai-pandai main wayang.Pandai-panadi berlakon.Pandai-pandai cium tangan.Kalau nak selamat.Kalau rakyat diutamakan pun belum tentu ada tempat.Yang penting kena ikhlas.
Mungkin juga sesuai dengan dasar Dato Najib iaitu Wineable candidate.Itulah politik namanya.

Tanpa Nama berkata...

kalau umno nak menang.....bersihkan segala kekotoran yang ada.
orang yg bertanggung jawab pru12 dulu harus dibuang jauh2.
rakyat dah menolak mereka dulu.
ramai lagi yang bolih dipilih.
lantik yang muda2 dan perhatikan kegiatan mereka.
yang dah lama tu tak bolih di perbaiki lagi.
tasik pedu tu dalam...sumbat jer dia orang dalam tu

Tanpa Nama berkata...

Nak tergelak juga dengan rombakan kepimpinan UMNO Kedah. Selalunya yang pegang hal ehwal duit kupang ni reti soal kewangan. Bukan soalnya Tok Li tak layak tapi lebih dari layak. Bukan nak menafikan kebolehan Pegawai Tugas2 Khas yang bertanggungjawab soal-soal Parlimen Malaysia bertaraf JUSA C utk menjaga duit kupang UMNO Kedah. Sepatutnya jawatan yang lebih layak untuk Tok Li ialah Menteri Kewangan. Itu baru warga Padang Terap rasa bangga dan seronok.Aci boleh biaq kita habaq tengok Tok Li potong Dato Afifuddin yang pernah jadi Timbalan Menteri Kewangan. Ni Bendahari UMNO, mana layak dengan Tok Li. Apapun kita tumpang suka sebab dulu masa Tok Li jadi Ketua Bahagian memang dia sangat bijak berbelanja menghabiskan 7 juta. Semua orang dapat rasa habuannya. Sekarang sekurang-kurangnya kita tunggu la kot-kot Mahligai bertukar Istana...hehe

Pakteh berkata...

tanpa nama 3:10
hehehe...no komen cuma mahligai tu pakteh sempat kencing ja...
ni kencing yang betoi..bukan kencing main-main nak hina dia...
kebetulan dah nak tekencing masa dok di mahligai dia...kena la pakteh kencing.

Tanpa Nama berkata...

aku mintak sgt Ketua Bahagian Pendang tu disingkirkan..bukan tau apa tu..dok bg org UMNO pecah belah adala..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates