Isnin, 21 Februari 2011

TERKINI : Senarai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Umno Kedah

Berikutan dengan Rombakan UMNO Kedah semalam, Ahmad Bashah berkata Umno negeri juga telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan beliau sendiri dan ketua-ketua bahagian serta ketua-ketua sayap akan mengetuai jawatankuasa tertentu.

Senarai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Umno Kedah:

IT : Norasimah Md Nowar (Ketua Puteri Umno Kedah)

Jalinan Rakyat : Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Umno Kedah)

Poster/Gerak Kempen : Badrolhisham Hashim (Ketua Pemuda Umno Kedah)

Daftar Pemilih : Tajuddin Abdullah (Ketua Bahagian Sik)

Pengundi Luar : Datuk Ahmad Lebai Sudin (Ketua Bahagian Pokok Sena)

Agensi dan NGO : Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua Bahagian Padang Terap)

Sistem Blog : Datuk Nawawi Ahmad (Ketua Bahagian Langkawi)

Kursus dan Latihan : Ali Yahaya (Ketua Bahagian Sungai Petani)

Pembangunan : Datuk Johari Baharum (Ketua Bahagian Kubang Pasu)

Kebajikan : Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Bahagian Baling)

Keselamatan : Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah (Ketua Bahagian Jerai)

Polling/Counting Agent : Datuk Mohd Rozai Shafian (Ketua Bahagian Pendang)

Pengangkutan : Datuk Tajul Urus Mat Zain (Ketua Bahagian Merbok)

Makanan : Abd Rahman Mahammud (Ketua Bahagian Padang Serai)

Barong/Pondok Panas : Datuk Abu Hasan Sarif (Ketua Bahagian Jerlun)

Isu/Risikan : Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian Kuala Kedah)

Tugas-tugas Khas : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Bahagian Kulim/Bandar Baharu)

- dipetik & diolah dari Bernama

KedahTimes : SELAMAT BERTUGAS ........ SEMOGA SEMUANYA GEMBIRA DENGAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN OLEH KEPIMPINAN UMNO KEDAH. JANGAN LENGAH DAN JANGAN LEKA, TERUS "TEKAN MINYAK , MASUK GEAR 5!" DAN BERJUANG DEMI MENGEMBALIKAN KEDAH KE PANGKUAN UMNO PADA PRU13 YANG AKAN MENJELANG TAHUN INI (Ya kaaa???) ....

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

masuk gear 5 kaaaaaaaaaaaa.....
masaalah nya...kalo kereta tu model lama...
nak renew insurance pun syarikat insurance dah tak mau terima lagu mana.
bukan senang nak overhall kereta lama ni...
memang la bolih jalan...tapi masalahnya kuat makan minyak...
bunyi injin saja deraih....masuk gear bergegarq body2 tapi tak laju tara mana.

kereta jenih ni orang dah tak mau pakai...juai kat keling botoi bolih la.

YA ALLAH YA TUHANKU...SELAMATKANLAH UMNO KEDAH DARI LINGKUP....

baju merah berkata...

Nak hadapi pilihanraya jentera penerangan tak wujud ke.Atau terlupa.Atau tak penting lagi.Atau tunggu budget dulu.Atau ada strategi umno kedah tak perlu jentera penerangan.Jentera pil;ihanraya umno kedah belum lengkap.

glokal kedah berkata...

Aku nak komen Jalinan Rakyat: betoi ke jalinan rakyat.Dok nampak jalinan sesama depa je.Pekerja industri tak ada jalinan pun.Jalinan dgn wanita NGO tak ada pun.Jalinan dgn pegawai kerajaan wanita tak ada pun.Yang ada dok kursus gubahan kain tuala,gubahan kari kepala ikan,gubahan kueh asli melayu,.Lepas itu himpun budak tadika suroh depa buboh warna satu ma;laysia.Dah dekat pilihanraya jalinan sesama sendiri pun tak selesai lagi.Wanita UMNO Kedah masih lagi slow macam kereta lembu sakit kaki.Tolong laju sikit kalau nak menang.Pasai calon ketua hangpa Shahrizat nampak kalut.Sekian komen ikhlas dari ku.

Tanpa Nama berkata...

Dato Det Khalid depa bagi Agensi dan NGO.Nampak sangat depa ketepikan orang tua ni.Dato Det tak payah kalut laa.Dato Det jaga Padang Terap sudah lah.Kali ini giliran mereka pula.Bagi depa buat pula.Duit tak cukop minta kat Bendahari UMNO Kedah Dato Li.Mesti tolong punya.

Pakteh berkata...

Pakteh melihat Jentera Penerangan dipecahkan kepada beberapa bahagian. Mungkin menyedari kepentingan PENERANGAN utk merampas KEDAH kembali.
BLOG, POSTER/GERAK KEMPEN/JALINAN RAKYAT adalah antaranya memberi penerangan.
BLOG dah ada ketua yang khusus...apa tindakan selepas ini.....tunggu dan lihat. yang baik pasti pakteh akan sokong.

Syburi Times berkata...

Angin bertiup kencang dari kawan-kawan yang rapat dengan Putrajaya mengatakan memang dah tak lama sangat dahhhh nak PRU13 ...

Kalau boleh, antara kita di Kedah ni, kalau ada sedikit sebanyak kekeruhan dan kecik ati selama ni, lupakan barang setahun kehadapan ni mulai sekarang.

KedahTimes menyokong apa saja yang baik untuk UMNO Kedah ... Harap semua pembaca juga dapat membantu.

Kalau mengharapkan Datuk Bashah seorang, PASTI TAK BOLEH.
Kalau mengharapkan Mukhriz seorang, JUGA TAK BOLEH.
Kalau mengharapkan barisan jawatankuasa di atas saja pun, MEMANG TAK BOLEH.
Kalau mengharapkan KedahTimes LAGILAH TAK BOLEH.

... YANG BOLEH kalau KITA SEMUA bersatu hati demi memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair melalui wadah UMNO. KITA SEMUA BARU BOLEH!

Mari kita semua pulun.


Pesanan Ikhlas dari : KEDAHTIMES.

Nayan berkata...

Tertarik dgn IT dan Blog. Heheh kita tunggu dan lihat kerana Head Blog tu ramai blogger dia. Sepatutnya head IT tu kenalah yg ada ilmu serba sedikit dlm IT.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Saya pasti BN akan menang tahun ni
Saya dah 2 kali PangkaH Pas. tahun ni saya pasti yakin Bn boleh buat.
Biar kat Pas dah 4 tahun berlalu saja
Masalah jalan , sampah tak berubah pun.

Saya akan sokong BN tahun ni

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates