Selasa, 8 Februari 2011

UMNO bulih Menang? Pas pasti kalah? sapa kata?

Artikel pakteh tahap kampung ja, paklong Majid, maksu Senah, Tokmid Budu, Leha Senget… semua bulih paham. Lagipun keja tebang buluh macam pakteh memang kalu rasa tak puas hati, mengomel lagu ni laa.
Kata seorang rakan, PRU13 nanti comfirm Kedah dapat dirampas semula. Betoika bulih jadi lagu tu? Apa buktinya, malah pakteh cuba provokasi dengan soalan “betoika MB Azizan ni disukai UMNO  dan  Pas? Mak aihhh punya bedengung marahnya. Pakteh tak nampak rakan pakteh ni marahkan MB Azizan namun jentera dibawah kendaliannya begitu lemah dan sudah tidak mampu untuk dikawal.

Pakteh senyum sendirian apabila rakan pakteh bertanyakan tahun 2010 ada elaun mesyuarat tak untuk AJK JKKKP?  Beliau menjawat jawatan bendahari JKKKP kampung dan bertanyakan pakteh soalan begitu, kes berat jika dibiarkan. Mujurlah bukan dari kampung pakteh…..
Jika diawalnya dengan yakin mampu mengalahkan Pas di Kedah, pakteh dah jadi hambar melihat gerakkerja diakar umbi yang masih terkial-kial mencari rentak. Lebih malang ada yang terus tidak berentak dan berirama.
Buah mulut orang memang sangat yakin Pas akan tewas di Kedah. Setakat hari ini, tidak ada lagi yang berkata Pas akan menang (pakteh belum bertanyakan kepada pengikut totok berdarah hijau pekat). Soalan pakteh dan pengamatan pakteh hanya tertumpu kepada rakyat yang kurang meminati politik atau tidak extreme dalam memberikan sokongan. Golongan ini tidak kisah siapa yang memerintah, yang penting kebajikan rakyat didahulukan malah mereka sebenarnya tidak mengenali secara dekat pemimpin akar umbi mereka apatah lagi untuk menghafal senarai nama pemimpin atasan.
Jika pandangan sebegini diajukan kepada pemimpin UMNO, sudah pasti keyakinan mereka akan bertambah namun banyak faktor perlu juga diberi perhatian. Kenaikan harga barang yang keterlaluan kini amat berat untuk ditanggung. Jika dulu kenaikkan hanya sekitar 10 sen ke 30 sen, kini kebanyakkan barang naik melebihi Rm1.00. Perit dan penat untuk menanggung bebanan kenaikkan harga barang. Kenaikkan harga petrol perlu diasingkan dari kenaikkan harga barangan yang lain kerana pembangkang berjaya menjadikannya dua isu yang berbeza. Isu kenaikkan harga petrol sudah pasti akan berterusan dimainkan kerana RON97 adalah mengikut harga pasaran. Penjelasan yang lebih BERKESAN perlu dilakukan dalam isu RON97 ini. Pakteh Halim yang hidupnya hanya kenal pokok getah takkan faham jika sekadar diberitahu RON97 adalah mengikut harga pasaran.
Sepatutnya isu KEDAH SEJAHTERA boleh digunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang (UMNO/BN) di Kedah, Cuma pakteh melihat usaha itu tidak aggresif seperti di Selangor. Adakah pembangkang di Kedah merasa yakin akan memang kembali atau sudah menyerah kalah lebih awal. Program yang dilaksanakan kini kebanyakkannya hanya member impak kepada penyokong UMNO/BN dan sedikit golongan neutral. Banyak isu terhenti separa masak atau sekerat batang…. belum puas bermain… dan releks dan orang yang kena balun masih segar bugar. Sepatutnya perlu dibalun biar terkulai layu atau menyerah kalah. Peranan pemain media baru belum digunakan sepenuhnya malah masih bersikap sinis terhadap mereka. Ini amat berbeza dengan rakan2 pemain media baru di lain-lain wilayah dalam Malaysia. Mereka menikmati kelebihan untuk menerima bahan yang gred A malah berkategori super. Pakteh ucapkan Tahniah kepada blogger  Medah-Info-Kita yang diberi peluang membuat liputan secara langsung dari Mesir.  
P/S: Jika admin KedahTimes dan Sobri Sudin pi makan kenduri masa cuti raya cina, pakteh ambik kesempatan pi jenguk tempat dangdut terbuka yang pakteh umum akan dedahkan dalam sedikit waktu lagi di blog pakteh. Memang ramai orang dan Pakteh dapat meja depan sekali. Wow, pakteh yakin pakteh akan dapat video yang jelas untuk tatapan semua. Sayang seribu kali sayang, baru beberapa kali penganyi seksi pungkoq bulat, besaq, bekilat menggoyangkan buah dadanya, pakteh dapat panggilan emergency… takpa, nanti pakteh pi lagi… lagipun kini Kedah semakin SEJAHTERA, tentu tempat begini MB Azizan takkan tutup.

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

Bukan mudah nak tawan Kedah semula walaupun kita canangkan PAS x buat kerja. Hakikatnya adakah ahli-ahli UMNO itu sendiri telah kembali sepenuhnya kepada UMNO begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. Manakala ahli PAS akan TERUS KEKAL menyokong parti mereka dlm apa keadaan sekalipun. Pengundi atas pagar akan buat keputusan bila PRU menjelma. Begitu juga pengundi muda mungkin akan buat kejutan lagi.

Apakah barisan kepimpinan UMNO Negeri dengan gelombang merahnya telah diterima oleh rakyat Kedah. Apakah perangai sebahagian ketua-ketua bahagian dpt diterima oleh ahli-ahlinya. Macam mana pula pimpinan bahagian akan bertindak bila tidak terpilih jadi calun...la ni ramai yg termimpi2 nak jadi calun, ramai yg dok pakat geli. Apakah sabotaj akan terus melanda calun UMNO dlm PRU akan datang. Kalau semua ini masih tergiang-giang ditelinga, jangan harap sangatlah BN bolih merampas kembali Kedah.

Kalau sebut pasaim JKKKP pulak...berapa byk JKKKP yg telah mengadakan aktiviti terutama dlm mendaftar pengundi baru. Elaun pengerusi dan setiausaha depa balun...elaun mesyuarat jika akan dpt bila mesyuarat diadakan...tapi kedengan dicuping telinga dlm negeri Kedah hanya 18% JKKKP yg buat mesyuarat tahun lepas...yg selebihnya entahlah...nak menang juga!!! Mungkin tahun ni pengerusi JKKKP buat kerja kot elaun dah bertambah sekali ganda, kalau tak buat kerja juga lepas PRU nanti "buang tangga hayun kaki" nampaknya. Tapi celah2 tu depa merungut juga pasai apa elaun pengerusi naik, elaun setiausaha tak naik...elaun mesyuarat naik juga sikit. Ni baru bab yg yang lain byk lagi...lain kali kita cerita!!!!

Beri jeniang berkata...

Pak Teh betoi laa tu.Rengkas cerita depa hangat-hangat tahi ayam.Agenda depa pertama elauan JKKKK.Yang atas sikit jawatan kira projek.Lagi atas kira komisen.Hari-hari inilah cerita aku dengar masuk dalam lubang telinga aku.PAS/UMNO dah jadi serupa 2x5

anak ttbaru berkata...

salam.

selain dari 'winanble candidate' UMNO juga kena buat sikit pembaharuan utk kembali menjadi kerajaan.

aku nak sarankan agar SU bahagian/cawangan kembali menjadi jawatan yg diPILIH dan bukannya diLANTIK. SU patut dipilih berdasarkan karisma dan kesungguhan mereka. SU tak sepatutnya dilantik dari kalangan kroni2 ketua bahagian/cawangan. Mereka2 ini (SU) adalah barisan hadapan UMNO. Jatuh bangun UMNO sebenarnya bergantung kepada mereka ini.

Fikir-fikirkanlah....jgn jadi macam cawangan aku yg SUnya nak taip sekeping surat pun menggelabah bewak!

Melayu lunas berkata...

Puak UMNO kalau dok relek macam laaa ni.Jangan haraplah nak menang.Ahli sendiri pun tak ada pendirian politik.Dok kira projek masuk poket sendiri.rakyat bukan bahlul lagi.Mereka nak tengok calon.Kalau haprak sorry laaa.Itulah kata pengundi kini.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau perangai serta pendekatan puak-puak UMNO tak berubah macam mana nak ubah kerajaan PAS Kedah kepada kerajaan BN. Kalau semua puak-puak pakat-pakat kira masuukk saja, yang tak masuukk, macam mana pulak, depa pun makan nasik jugak. Rakyat dok prati tengok "game" puak-puak ni. Depa kata kerajaan persekutuan melalui pelbagai agensi dok bagi bantuan kepada org kampung tapi ada pulak seekor dua ajk bahagian dok kutip "tong". Inilah antara spesis2 yang dok merosakkan nama umno, abis cam mana nak menang!!!

Tanpa Nama berkata...

Di Padang Serai ada cerita skandel pula .Lagi kusut.

Tanpa Nama berkata...

depa had ataih tu dok pikiarq oghang kampong masih bolih dibeli dengan sehelai kain batik/pelikat.
ketua2 umno masih dengan perangai lama..
depa tak jugak berubah.
masa pi ghumah kenuri pun depa cuma pi jolok tembolok lepaih tu balik.
sepatutnya kat situlah tempat paling sesuai kenaikan diri dan bergaul dengan oghang kampong tanpa susah payah jemput oghang pi dengarq ceramah.
dok terasa depa hebat...
tapak kaki aku ni dok gatai nak boh penendang kat ketua bahagian mana pun tak tau.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sudah menjadi adat resam manusia sekiranya mereka bencikan seseorang walaupun ianya sudah kembali kepada fitrah kebaikan mereka tetap dicop jahat. Hakikatnya begitu bagi mereka yang ada agenda dan niat jahat dan tak berhenti-henti membuat angkara dan fitnah. Hakikatnya apa yang saya lihat semenjak perlantikan Dato' Mukriz mahathir sebagai Tim. Pengerusi Perhubungan Kedah telah merapatkan jurang antara pemimpin UMNO. Justerulah terdapatnya Pihak PAS yang sangat iri hati dan cuba untuk mengeruhkan suasana dan keadaan.

Pada hakikatnya Pakatan PAS kini sudah diambang kehancuran dan menuju jurang kearah kejatuhan. Justeru itu maka untuk menaikkan semangat terpaksalah mereka ini melakukan provokasi untuk cuba melemahkan semangat UMNO atau BN. Sebenarnya dalam PAS kini sudah bermacam spesis yang memakan dan menikam sesama sendiri. Bagi menutup lubang dan kebocoran itu maka mereka inilah mereka-mereka cipta provokasi murahan.

Bagi menutup kelemahan pentadbiran dan penyelewangan pemimpin PAS Kedah yang kian meruncing dan terlalu lemah dan tiada pernah menunaikan janji dan mengkianati janji akhirnya mereka ini dijadikan batu peantaraan untuk merobohkan UMNO. Kita lihatlah bagaimana perancangan jahat mereka di DUN Tenang dan akhirnya mereka kecundang kerana jerat sendiri dengan teruk sekali. Kita lihat saja PAS yang megah membela dan meracun penuntut Timur Tengah dan sentiasa terpapang dalam web mereka contohnya Nasir Zakaria Padang Terap dan Hadi Awang, Nik Aziz dalam harakah tetapi apa mereka buat bila pelajar ini dalam kesusahan berlakunya demonstrasi ala PAS di Mesir. Mereka sembunyi tangan dan diri dan akhir BN yang membela dimana BN yang dijadikan hemtaman oleh puak ini suatu ketika. PAS hanya melakukan cemuhan terhadap kerajaan dan melakukan pembohongan dengan mengata semua kos terpaksa ditanggungkan pelajar sedangkan kerajaan berkeriat tenaga dan habis beratus jutaan ringgit bagi memastikan keselamatan mereka ini.

kalau dah berhati dan berkawan dengan iblis selamanya tetap iblis tetapi bila berkawan dengan Jin masih terdapat ruang tergolong dalam Jin Islam. Apapun kini bayangan Kedah sudah dalam bayangan akan dimiliki oleh BN kembali. Insyaalah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara Malaysia, bukan ikut cara India, bukan ikut cara Cina, bukan ikut cara orang kampong, bukan ikut cara orang Bandar,bukan ikut cara orang pekan, bukan ikut cara pulau pinang, bukan ikut cara perlis, bukan ikut cara perak, Pahang, kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Melaka, negeri Sembilan, sabah, Sarawak, johor, bukan ikut cara wilayah persekutuan kuala lumpur dan bukan juga cara wilayah persekutuan Labuan. Tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. Orang kaya bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.
Apa maksud MUHAMMADUR RASULULLAH
Maksud :- SATU-SATUNYA CARA YANG BOLEH MEMBAWA KEJAYAAN BAGI MANUSIA DI DUNIA DAN AKHIRAT ADALAH CARA NABI MUHAMMAD S.A.W. CARA LAIN PASTI AKAN MENERIMA KEGAGALAN DAN DAN TIDAK AKAN DI TERIMA OLEH ALLAH
Nak Berjaya dunia dan akhirat WAJIB SOLAT. Kalau solat pun tak buat tak ada kehidupan.nabi MUHAMMAD beri tau orang tak solat kafir terang-terangan. Orang tak solat adalah penjenayah yang paling besar. Tak solat lebih celaka dari iblis, syaitan, haman, qarun, firaun, pemabuk, peminum arak, penzina, peliwat, perogol, penipu pembohong, pembunuh, pendosa. Dosa orang yang meninggalkan solat ialah:-
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibu sendiri bagi lelaki, dan berzina dengan bapak sendiri bagi perempuan Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates