Isnin, 28 Februari 2011

UMNO DAN PAS ITU MELAYU DAN MELAYU ITU ISLAM...!!​!

SOBRI SUDIN

1. Dalam satu wacana ilmiah yang diadakan awal tahun 70-an di UKM, (universiti lama aku semasa buat first degree), sarjana auoritatif politik Malaysia, Profesor R.S Milne dan Diane K. Mauzy (buku ilmiah mereka yang tersohor Politics and Government in Malaysia - ada terjemahannya oleh DBP bertajuk Politik dan Kerajaan di Malaysia) pernah meramalkan politik Malaysia pada masa depan akan memperlihatkan sistem dwi parti gabungan.

2. Ramalan mereka itu benar mulai 1990, apabila terbentuk Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah menentang Barisan Nasional. Kemudiannya gabungan parti pembangkang berubah nama menjadi Barisan Alternatif dan mulai 2008 berubah lagi menjadi Pakatan Rakyat dan kita percaya selepas PRU ke- 13(2011 ATAU 2012) nama ini akan diubah menjadi 'Pakatan Kelentong Rakyat'.

3. Dalam wacana yang sama tatkala R.S Milne dan Diane K.Mauzy menghuraikan perspektif teori mereka, lantas ditanya oleh seorang penuntut kenapa parti berjenama Melayu yakni PAS, UMNO tidak boleh bergabung dan bersatu? Begitu juga kenapa harus ada begitu banyak parti jenama Cina (MCA, GERAKAN, DAP) Dan terlalu banyak parti jenama India (MIC, PPP, IPF, kini Makkal Sakti, Hindraf dan entah apa-apa lagi).

4. Lebih memburukan keadaan parti Cina begitu tebal dengan kecinaanya, India dengan keindiaanya. Soalan juga ditanya oleh penuntut Kenapa parti-parti yang bertunjangkan faham perkauman ini tidak boleh bergabung berasaskan sentimen primordial sesama mereka sendiri sebaliknya berlawanan dan bertentangan antara satu dengan yang lain.

5. Lalu dijawab dan diulas oleh R.S Milne dan Mauzy, jika Melayu sama Melayu bergabung, bukan melayu sesama bukan melayu bergabung, maka akan berlakulah 'konflik kaum yang maha hebat'. Ini disebabkan apabila Melayu sudah bersatu dan damai antara PAS dan UMNO, serta MCA, Gerakan dan DAP pula damai sesama mereka dan tidak lagi bergaduh sesama kaum mereka maka akan dihalakanlah pergaduhan tadi dan kemarahan serta apa jua perasaan tidak puas hati mereka kepada kaum yang lain. Maka dalam konteks ini akan tercetuslah peperangan antara Melayu dan bukan Melayu. Ataupun sepertimana thesis Samuel P. Hungtinton berlakulah apa yang dikatakan 'Peperangan agama' melalui satu konsep peperangan yang besar yang disebutnya 'THE CLASH OF CIVILIZATION'.

6. Namun perspektif ini tidaklah semestinya benar, kerana pendekatan model perbincangan Profesor Mauzy dan Profesor Milne lebih menjurus kepada kerangka teori atau model 'communalism'(faham perkauman). Terdapat dua lagi perspektif teori yang sering digunakan dalam menganalis politik Malaysia yakni perspektif MARXIS Sosialis dan perspektif Islam. Barangkali juga sarjana sains politik di Malaysia selepas ini akan menambah satu lagi kerangka model dan teori yakni 'auta teory' atau 'devian model' dalam mengkaji perihal politik Malaysia. Barangkali ini disebabkan hebat dan gahnya ahli politik di Malaysia berpolitik sepanjang masa dengan bijak pulak menggunakan pelbagai auta dan helah tersendiri sepertimana yang selalu dilakukan oleh.... (faham dan analisis sendirilah).

7. Namun kita tidak perlu melakukan satu indepth study yang begitu rupa dalam memahami kenapa PAS, UMNO misalnya masih ego dan 'keras kepala'serta enggan untuk bersatu.. atau setidaknya bekerjasama dan meransang persefahaman dalam isu-isu melibatkan kepentingan Melayu dan Islam. Jika PAS dan UMNO memahami bahawa 'perpaduan, muafakat, itu adalah sunnah' dan menghayati ajaran Islam bahawa 'setiap mukmin adalah bersaudara' maka ambil kajian kes dalam konteks negeri Kedah.

PAS (Melayu/Islam)- menang 16 kerusi
UMNO (Melayu Islam)- menang 12 kerusi
MCA (bukan Islam)- 1 kerusi
Gerakan(bukan Islam)- 1 kerusi
PKR(adunnya bukan Islam)- 3 kerusi
DAP(bukan Islam)- 1 kerusi
Bebas- 2 kerusi(1 kerusi diwakili ADUN Islam dan 1 lagi ADUN bukan Islam).

Jumlah - 36 kerusi

8. Ironinya ADUN PAS dan UMNO adalah Melayu dan beragama Islam. Takrif Melayu adalah sepertimana terhurai dalam artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang bermaksud 'orang yang bercakap menggunakan bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.'

9. Malangnya kerana sikap bebal, keras kepala, dogmatisme, ego, taksub berlebihan, perbezaan ideologi dan dasar perjuangan dan wujud kepentingan tertentu maka parti dominan Melayu yang menguasai 28 kerusi DUN di Kedah tidak berupaya menubuhkan satu model kerajaan muafakat berteraskan roh Islam yang boleh menjadi contoh bagi negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia.

10. Jika Ansar dan Muhajirin berjaya dipersaudarakan, didamaikan, diikat dengan simpulan perpaduan yang kukuh oleh Rasullulah s.a.w semasa datang ke kota Madinah, namun kabilah PAS, dan kabilah UMNO disebuah negeri yang merupakan negeri 'The Malay Heartland' seperti Kedah dilihat telah gagal menghayati tasawur dan amalan sunnah yang telah diperkasakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

11. Inilah wajah politik Islam dalam acuan Malaysia, 'biar menang sorak kampung tergadai', biar bergaduh sepanjang tahun asal hati puas, biar boleh menfitnah, kata mengata, londeh-melondeh sambil ditertawa oleh kaum lain asalkan kebencian dihati boleh diluahkan. Dendam kesumat yang ditiup api kemarahan oleh syaitan dan iblis berjaya dihamburkan. Tahniah untuk semua kita Melayu Islam, yang lebih rela memeluk musuh Islam seperti DAP Kafir harbi, bersekongkol dengan pihak yang diketahui punyai rangkaian dengan Yahudi laknatullah dari berdamai, duduk semeja, berusaha memajukan ummah dengan saudara seagama mereka sendiri. Hanya disebabkan saudara mereka itu dinaungi dengan label organisasi yang bernama PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU. Jelas, sekali kita masih gagal untuk memahami bahawa 'PERPADUAN ITU ADALAH SUNNAH'.

12. Maka bersedialah untuk bangsa dan umat ini menjadi PUNAH. Punah lantaran perbuatan dan sikap jelek diri kita sendiri.

13. Tragedi dan revolusi di Mesir, Tunisia, Bahrain, Yaman, Libya adalah teladan, bahawa apabila adanya ketidaksetujuan antara dua puak besar yang sama-sama beragama Islam dalam sesuatu hal maka isu-isu sosio-ekonomi, kepimpinan, ideologi politik lazimnya dipergunakan oleh agen CIA dan Mossad bagi mencetus kebangkitan rakyat.

14. Disalut atas nama people's power, kebebasan bersuara, demonstrasi aman, hak untuk berhimpun, dan hak untuk menentukan masa depan yang lebih baik, CHANGE WE CAN. Itulah antara bait-bait popular tagline atau propaganda yang sering musuh Islam mainkan.

15. Niat mereka hanya satu.. Dengan harapan kacau bilau meletus, pergaduhan sesama Islam merebak, ekonomi negara Islam kian mundur, lebih ramai umat Islam dibunuh oleh saudara mereka sendiri... Lantas siapa yang rugi dan siapa pula yang untung... Lihatlah fenomena di Iraq, regim Sadam sudah dihapuskan, kerana kepercayaan Amerika akan mendemokrasikan negara tersebut, tetapi apakah keadaan di Iraq semakin baik selepas Sadam?

16.Di Afghanisthan, regim Taliban berjaya dihancurkan, kononnya mereka bersenkongkol dengan terrorist dan melidungi OSAMA BEN LADEN. Isunya aman dan damaikah Afghanishtan sehingga kini? Yang banyak kita lihat makin ramai saudara seagama mati dengan sia-sia.

17. Iran, negara yang mencetuskan Revolusi Islam 1979, namun hubungan puak Sunnah dan Syiah sering saja tegang, belum dihitung permusuhan dan peperangan yang sering tercetus dengan puak Kurdis yang juga beragama Islam, sama sahaja di Turki. Maka apa yang boleh kita pelajari sebenarnya, apa pengajaran sebenarnya yang mampu kita manfaatkan???? UMNO DAN PAS ITU MELAYU DAN MELAYU ITU ISLAM, justeru apa maknanya? Apa pengertiannya? Dan apa sebenarnya yang boleh kita usahakan???????

1 comments:

shamsuri taher berkata...

Sdr ss.teori barat itu memang betul.Tapi orang melayu islam dia tak mau ikut teori islam yg sebenar.Yang ada cuma teori nik aziz dan teori hadi awang.teori mat sabu belum ada lagi.Semua pemimpin parti melayu/ialam kena ikhlas dan suci hati.Lidah orang politik selalu bercabang-cabang.Sesama dalam datu parti pun ada yang serong.Inikan pula PAS dan UMNO.Teori siapa pun boleh cipta dan ketengahkan.Nak relevan atau sebaliknya yg jadi masaalah.Agaknya orang melayu ini bila dah hancur lebur jadi macam cucok kodok baru nak sedar.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates