Isnin, 14 Februari 2011

WANTED OR UNWANTED!!!!!




SOBRI SUDIN

1. Kelmarin selesai satu rundingan meja bulat dengan sekumpulan penyelidik dari kumpulan penyelidik dari 3 buah universiti di UTARA SEMENANJUNG.

2. Disebabkan turut terlibat dalam kumpulan penyelidik berkenaan, maka rumusan dicari dengan memerah idea, tinjauan kerja lapangan, pemerhatian turut serta dan pengalaman lalu untuk menyiapkan laporan penyelidikan bagi dihantar kepada pihak yang membiayainya.

3. Di antara objektif kajian adalah mengenalpasti 'winable candidate dari kalangan UMNO/BN Kedah'. Tujuan kedua mengkaji persepsi pengundi di Kedah berhubung kemampuan UMNO/BN untuk kembali menawan Kedah. Ada banyak objektif yang lain tetapi cukuplah sebahagian tujuan berkenaan dikemukakan dapatannya untuk dikongsi dengan para netters di KEDAH TIMES.

4. Di antara Barisan calon yang unwanted atau yang tidak boleh menjamin kemenangan(berdasarkan situasi semasa) pada UMNO/BN Kedah adalah seperti berikut:

1. DATO PADUKA GHAZALI IBRAHIM
2. DATO OTHMAN AZIZ
3. DATO LAT SHARIMAN ABDULLAH
4. DATO SUHAIMI ABDULLAH
5. DATO AHMAD LEBAI SUDIN
6. ALI YAHAYA
7. DATO TAJUL URUS
8. DATO'SERI MAHAWANGSA MAHDZIR KHALID
9. DATO PADUKA AHMAD BASHAH ABU HANIFFAH
10.DATO IR NAWAWI AHMAD
11.DATO ZUBIR ZABIDI
12.ARIS CHE MAT
13.DATO' JAMIL IDROS
14.DATO AZEEZ RAHIM
15.DR CHEAH SOON HAI

(senarai nama yang lain akan disambung dalam bahagian kedua artikel)

5. Bagi tujuan kajian kedua yakni mengkaji persepsi pengundi berhubung keupayaan UMNO/BN menawan kembali Kedah, dari seramai 7,950 responden yang ditemui, 55.46%menyatakan mereka tidak yakin UMNO/BN mampu menawan kembali KEDAH dalam PRU ke-13. Hanya 44.54% responden bersetuju dan yakin bahawa UMNO/BN berupaya menawan kembali Kedah dari terus diperintah oleh Pakatan Rakyat.

6. Dari dapatan kajian juga dikenalpasti 8 kawasan DUN yang berpotensi untuk dimenangi oleh calon bebas atau golongan yang menggelarkan diri mereka 'third forces'. Kawasan tersebut meliputi DUN Jitra, DUN Air Hangat, DUN Alor Mengkudu, DUN Bakar Bata, Dun Bukit Selambau, DUN Tanjung Dawai, DUN Pantai Merdeka dan DUN Derga.

7. Penemuan kajian juga mendapati PAS hanya akan mampu memenangi 15 kerusi DUN, UMNO/BN di 13 kerusi DUN... Bagi kerusi Parlimen, BN/UMNO berupaya memenangi 9 kerusi dan baki 6 kerusi berupaya dimenangi Pakatan Rakyat. Namun penentuan akhir bergantung pada calon dan juga isu-isu setempat selain peranan jentera pilihanraya.

8. Mudah-mudahan dapatan kajian sebegini mampu memberikan input bermakna kepada seluruh gerakerja UMNO/BN di Kedah..

8 comments:

PU3 Sg Badak berkata...

Sobri Sudin.Satu lagi unwanted candidate.Problem candidate.Discruktif candidate dari UMNO Padang Serai.Abdul Rahman Mahmud.

Basikal Tua berkata...

Kalau macam tu.Habissss lah UMNO di Kedah.Yg dok geli dah ramai ni.Aku ingat kalau Mr.Sobri Sudin dia adalah wineable candidate.

CCZ berkata...

Hahahahahaha...naik je timbalan kesemua bahagian...Merah menyala mata mereka baca nih...

Tanpa Nama berkata...

Apa nak buat dgn UMNO Kedah.Najib silap perhitungan perlantikan Bashah sebagai Pengerusi UMNO Kedah.Macam keluar mulut naga masuk mulut harimau sajalah.Pi mai pi mai tang jugalah.Yang hidup Bakri bijaksana jugalah.Hangat tahi ayam daging sajalah.UMNO Kedah perlu pemimpin dinamik,agresif,qualified,pengalaman,bijak,cerdik,pintar,mesra semula jadi,akhlak baik.Kaki judi,betina alamat binasalah nanti.

Pakteh berkata...

Apa kata calon yg nama tersenarai sebagai unwanted?
apa kata penyokong?
apa kata pengulas di Kedah times?
apa kata pakteh?...kata pakteh..kalau nak menang..buat gheja macam nak menang....

Tanpa Nama berkata...

Calun untuk DUN Pantai Merdeka mestilah mewakili BN atau PAS. Cuma calunnya mestilah "fresh"...bukannya dikalangan pimpinan UMNO Bahagian SP. Org dah tidak berkeyakinan lagi dengan pimpinan Bahagian samada yg menang ataupun yg kalah....maknanya...calun yg diturun dgn "heli" tapi mestilah bersih dan fresh..insyaAllah menang.

Tanpa Nama berkata...

haa dato najib pun dah tengok batang hidung dan wajah KB di Kedah di KL baru ni.haprak belaka.KB yg naik kerana rasuah politik.mana pengundi nak hormat.

Tanpa Nama berkata...

dato shuhaimi nak menang macam mana dia pun dulu duk keja bagi org umno kalah ja ...kawan anwar tu jaga2 la dato seri najib

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates