Ahad, 27 Mac 2011

ADUN BANDAR BAHARU- ADUN Serba Tak Tau

Bapa Borek, anak rintik. Begitulah pepatah melayu yang amat sesuai dengan ADUN Bandar Baharu ini. Setiap kali ada mesyuarat Pelaburan dimana Pengerusi atau MIDA membentangkan pelaburan baru, maka ADUN ini akan tercengang-cengang apabila ada laporan berkaitan Bandar Bhaharu.

Jika MB dengan ayat ' saya tidak tahu, kena tanya si anu si anu', ADUN ini terkenal dengan tag line nya ' Saya tak tahu ada pulak .... '.

'Macamana saya tidak tahu ada pelaburan baru akan masuk ke Bandar Baharu'? Tanya ADUN ini kepada pegawai MIDA semasa pembentangan pelaburan. 

'Apa syarikat dan jenis pelaburan yang akan datang tu?', tanya dia lagi.

Itulah ADUN Bandar Baharu yang serba tidak tahu ..

Dibawah petikan dari Flying Kick kisah ADUN ini se waktu kawasannya yang kini dilanda banjir. Akibat ketidak sebuluan dengan MB, maka tinggallah beliau keseorangan terkontang kanting menyelesaikan masalah kawasannnya. 


ADUN BANDAR BAHARU LEMAS DITELAN BANJIR!!!

Banjir yang melanda Daerah Kerian di utara Perak turut melanda Kedah Selatan. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di kawasan Bandar Baharu, Serdang dan beberapa perkampungan terutama sekali Kampung Sungai Tengas yang terletak lebih kurang 6 kilometer dari sempadan negeri Perak.

Kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas telah dinaiki air setinggi antara 0.8 hingga 1.2 meter sekaligus menenggelamkan beberapa kediaman apabila hujan lebat turun dari jam 6 petang sehingga 9 malam. Jalan ke kampung itu juga ditenggelami air antara 0.5 meter sehingga 0.8 meter dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

Kejadian tersebut berlaku pada 23 Mac lalu.

Kejadian banjir di kampung berkenaan sebenarnya merupakan satu kejadian tidak diduga memandangkan kampung tersebut berada di tempat yang tinggi. Bagaimanapun, akibat saliran yang telah ditutup dan tidak dihiraukan oleh segelintir penduduk, menyebabkan banjir melanda. Apatah lagi dengan kejayaan Pakatan Rakyat, khususnya PAS berjaya mentadbir Kedah, maka sungai-sungai yang ada di sekitar kawasan tersebut termasuklah Sungai Tengas, Sungai Punti, Sungai Selama yang merupakan anak-anak sungai ke Sungai Kerian tidak diselenggara dan diperdalamkan. Banjir yang melanda Daerah Kerian bermakna, kaasan tersebut turut dilanda banjir meskipun kawasan seperti Kampung Sungai Tengas berada di hulu dan berhampiran Gunung Bongsu.

Antara pihak yang begitu pantas menurunkan tangan untuk membantu sudah tentulah pasukan polis, bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu turut menghulurkan bantuan dengan menyalurkan bantuan seperti sekampit beras untuk keluarga yang terjejas akibat banjir di kampung tersebut.

Malangnya sehingga ke hari ini, ADUN Bandar Baharu, Yaacob Hussin tidak nampak muka. Kalau hendak dikatakan, dia sudah dibawa arus banjir sehingga terdampar di perut Sungai Kerian, keluarganya di Kampung Sungai Batu, tidak pula berkata apa-apa tentangnya.

Kawasan paling selatan di negeri Kedah itu merupakan kawasan yang dianggap kubu kuat PAS selepas tsunami 2008. Bagaimanapun, suatu perkara yang sangat menarik tentang PAS di kawasan sempadan Selama Kedah-Selama Perak itu ialah, PAS sebenarnya hanya wujud sebagai sebuah parti yang serakah kuasa tetapi sangat kedekut membantu masyarakat.

Apakah fungsi ADUN Bandar Baharu sudah terhenti apabila PAS berjaya menguasai Alor Star walhal Yaacob Hussin merupakan anak tempatan sekaligus mempunyai pertalian saudara dengan hampir keseluruhan Melayu di kawasan tersebut!!!!

2 comments:

Anonymous said...
CTW, Wakil Rakyat Bandar Baru Yaacob Hussin memang tinggal kesorangan dalam kepimpinan PAS Kedah. YB ni MB tak berkenan, depa begaduh sakan. PRU13 akan datang Ustaz Azizan takan sama sekali meletakkannya sebagai calun PAS di DUN Bandar Baru ini.

Jadi, jika apa balak yang diturunkan Allah dikawasannya, kena banjir contohnya, Kerajaan PR/PAS Kedah tak akan tolong. Kerana bergaduh sesama depa, depa sanggup lihat rakyat mampoih.

Tapi yang herannya, Pengerusi PAS Kulim/Bandar Baru adalah orang kuat MB, dan beliau menjadi Pegawai Khas MB Lagi. Dia pun turut tidak memperdulikan kemalangan banjir yang berlaku di Daerah Bandar Baru baru-baru ini.

Inilah Kerajaan PR/PAS yang tiada keperihatinan langsung terhadap kemalangan yang menimpa rakyat Kedah. Beginilah juga yang berlaku apabila rakyat ditimpa bencana, kena banjir ka, kena ribut ka atau kena sunami ka, Kerajaan Negeri tidak akan mengambil peduli. Dah habis semua orang ramai menerima bantuan daripada Kerajaan BN Pusat, mulalah mereka berkunjung dan menjaja kata kerana desakan mereka lah Kerajaan Pusat kena ambil tindakan. Sedangkan Pemimpin BN, samada di peringkat Pusat ka, peringkat Negeri ka, Peringkat Bahgian ka atau peringkat JKKP ka akan sentiasa perihatin dan bantu keatas apa saja kesusahan dan keperluan rakyat.

Begini jadinya, nampak sangat orang PAS ini sangat-sangat tiada malu dan dubelstanderd mereka dan berperangai serta bersifat munafiq.
CUCU TOK WAN on March 27, 2011 1:07 AM said...
bab Hasan Abdul Razak tu, kita boleh maafkanlah pasai la ni dia tengah tak sihat... dia kena strok dan kebetulan pula, jantungnya sama saja dengan jantung saya.... dua-dua berpenyakit... hehehe...

yang jadi masalahnya, orang PAS yang lain, semua dah jadi macam anak ayam kena timpa hujan... kalau lawan bercakap, depalah nombor satu. Sampai kat kedai kopi pun depa nak ajak lawan bertumbuk.

8 comments:

Nomad Selama berkata...

umno yg turun pun bukan duit poket depa.semua duit JKM.nak harap duit poket puak umno jangan haraplah.yang teruk pegawai kerajaan.puak umno tumpang tui sahaja.aku tahu lah.cerita kat budak bodoh ulu banat boleh lah.nak bodek pun berpada-padalah.melayu bukan bodoh lagi mereka tahulah nak undi siapa nanti.kalau calon bagus ok.kalau calon teruk pun sorry lah.orang serdang dah lama senggara bukan zaman PAS sahaja.zaman BN dulu lebih kurang serupa sahaja.

Tanpa Nama berkata...

sebab duit poket kerajaan la dia turun membantu.Nak harap duit kerajaan pas habis di sapu.Nak harap duit poket Nomad selama....kepala butuh adala.Kalau mengomplen pandai...setakat duduk kedai kopi nak cerita pasai agama serah kat Nomad selama.Puki mak kau la.

Tanpa Nama berkata...

LAAAAA. awat yg hang naik angin.Bukan Nomad tu komplen.Dia habak je.Tak pe.UMNO buat kerja bagi elok-elok.Kekalkan perpaduan.

Tanpa Nama berkata...

Memanglah duit yang diberi untuk membantu mangsa banjir duit Keajaan Pusat. Tapi mana duit Kerajaan cabok PR/PAS niiiii....?????

Tanpa Nama berkata...

Bodoh betoi...JKM tu kerajaan negeri pun ada bagi duit...RM13 juta tahun ni...bukan duit BN, bukan duit PAS, duit rakyat... Apa nak mengaku duit umno pulak...yg kerajaan pusat tu mai dari mana duit dia kalau bukan dr rakyat?

Tanpa Nama berkata...

Tak kira la duit dari kerajaan pusat nak bagi melalui agensi2nya. Tapi duit kerajaan negeri depa p boh tang mana. Bila ada musibah cari kerajaan persekutuan...habih tu kerajaan negeri buat apa...kemudian nak bebai...macam ni pun ada!!!

pengundi atas pagar berkata...

sabak lah member.Hari ini PAS jadi state gomen memanaglah sengkek dari segi duit.Sebab tu perjuanagan PAS bukan setakat jadi kerajaan negeri sahaja.Perjuangan PAS untuk jadi kerajaann Federal.Masa tu baru hangpa tau.

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah negeri pun x mampu nak jaga, macam mana nak jaga persekutuan...lagi carca marba la jawabnya. Dah la batang hidung wakil rakyat x pernah nampak...rakyat dikawasan yg diwakilinya nak cari sapa bila ada bencana dll. Semua bebanan diletakan kepada JKM dan lain2 agensi persekutuan...wakil rakyat dok buat...dok hayun teloq, lebih baik x ada wakil rakyat...hati pun x sakit!!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates