Selasa, 22 Mac 2011

Anwar Gelabah Bewak!

Menarik bila melihat kat TV3 tadi bagaimana Anwar menafikan yang lelaki dalam video seks tersebut adalah dia. Dia dengan muka berkerut dan marah menuduh video itu adalah fitnah terbesar ke atas dia. Dan berdiri dibelakangnya bukanlah orang Islam yang warak tetapi kafirun yang senantiasa mencari peluang untuk mencucuk hidung Anwar supaya senang untuk mereka memperolehi apa saja jika Anwar jadi pemimpin negara.

Kenapa Anwar begitu cepat menggelabah menafikan yang dia tidak melakukan aksi tersebut, padahal video pun belum beliau tonton. Entah-entah video yang ditonton oleh wartawan-wartawan yang dijemput itu adalah video Sin Chan atau Doraemon. Tapi Anwar sudah awal lagi menafikan yang beliau terlibat melakukan seks tersebut.

Sambil berkata yang beliau belum melihat video tersebut, beliau menuduh ianya satu fitnah terbesar terhadapnya. Lucu dan sadis kerana seorang yang dikatakan Anugerah Tuhan boleh menuduh video tersebut adalah fitnah terhadapnya. Padahal beliau belum tonton pun video tersebut. Entah-entah video yang dikatakan Anwar tu adalah video Gay Amerika sedang bersetubuh. Macamana beliau boleh kata fitnah pulak? Dan menafikan yang itu gambar beliau?
Gelabah benar si Anwar Ibrahim kali ini! Adakah kerana takut dengan keputusan Mahkamah Rabu ini? Atau memang Anwar buat kerja seperti yang dihebohkan?

INsyaAllah, kita akan dapat kebenarannya satu hari nanti. Hipokrit macam Anwar patut dibuang ke laut saja!

Dan malam ini 21/3/2011 Ceramah Umi Hafilda di Taman Wira Mergong Alor Setar, Kedah terpaksa dibatalkan oleh pihak polis kerana puak-puak PAS dan PKR yang hati mereka sentiasa tidak tenang memprotes. Sudah Gelabah nampaknya penyokong PR Kedah ini. 

Apa? Tak Cayer ke? Yang Umi akan cerita luar dalam tentang Pujaan hangpa!


Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.
Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.
Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).
Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.
ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates