Selasa, 29 Mac 2011

BALA atau CUBAAN!


Inilah bala yang diturunkan oleh Allah SWT akibat pemerintahan BN yang tidak berdasarkan kepada hukum-hukum Islam.

Allah turunkan bala dan melapetaka ini kerana kemaksiatan yang dilakukan oleh pemerintah UMNO. Lihatlah bala yang diturunkan di atas kezaliman pemerintahan UMNO dan BN.

Apakah benar seperti yang diperkatakan mereka? Sewaktu pemerintahan UMNO dan BN, segala bentuk 'natural disaster' adalah BALA Allah seperti yang dikatakan PAS dimana saja waima dalam masjid, ceramah dan kedai kopi!


Kita tidak nafi yang bencana seperti ribut, banjir, panas terik dan hujan lebat adalah kerja Allah SWT semata-mata, tetapi mengatakan yang semua itu adalah BALA serta malapetaka balasan Allah SWT ke atas pemerintahan UMNO dan BN adalah amat menyeleweng.

Apakah banjir besar tahun lepas adalah cubaan atau BALA Allah SWT? Apakah angin ribut kelmarin di sekitar Alor Setar adalah Cubaan atau Bala Allah SWT?

Kita menanti fatwa terkini pembesar-pembesar PAS samada melalui tazkirah, ceramah atau sembang kedai kopi mereka. BALA atau CUBAAN. Jika cubaan, janganlah pemerintah Negeri beraksi seperti dalam Filem "Panglima Bujang Lapok" ... Cubaaaaaan Cubaaan Cubaaan walaupun kejadian sebenar berlaku.

Jika BALA atau malapetaka, maka eloklah PAS kedah berpakat untuk sembahyang Hajat memohon kepada Allah SWT supaya menjauhi dari bala ini. BUKANnya pakat berhimpun sembahyang hajat untuk menutup kes Anwar Ibrahim! 


Lebih dari 150 buah rumah musnah dipukul ribut di Kedah petang semalam

ALOR SETAR – Lebih 150 rumah rosak manakala sebuah daripadanya ranap sama sekali akibat dilanda ribut kencang yang disertai hujan lebat petang semalam.

Tiga kawasan yang dilanda ribut itu ialah di Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena.
Ribut kira-kira dua jam bermula pukul 6 petang itu meranapkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) milik Shafie Chat, 70, di Kampung Simpang Empat Kuar, Mukim Padang Lalang, Alor Janggus.

Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Setar Rusmini Meh berkata, pegawai-pegawai jabatan itu telah dihantar ke kawasan terbabit untuk mendapatkan butiran lengkap bagi membolehkan bantuan disalur kepada semua mangsa.

Dalam waktu yang sama seorang lelaki kritikal dihempap pokok

Seorang penunggang motosikal dalam keadaan kritikal apabila dihempap sebatang pokok besar dalam kejadian ribut di Batu Dua, Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, Jalan Alor Setar-Simpang Empat, dekat sini, semalam.

Saksi, Muhd Mohar Azam Abdul Razak, 26, berkata, ketika kejadian sekitar jam 6.10 petang, tiba-tiba angin kuat bertiup disusuli hujan lebat selama lebih sejam, menyebabkan sebatang pokok besar tumbang merentangi jalan raya.

“Saya sedang berbual dengan rakan ketika kejadian berlaku. Kami terkejut kerana tiba-tiba sahaja angin kencang hingga ada bumbung rumah diterbangkan angin. Pada masa sama, rakan memberitahu ada pokok tumbang di jalan raya,” katanya yang bertandang ke rumah rakannya di Lorong Haji Sham, Kampung Batu Dua, dekat sini.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal Honda Wave dihempap sebatang pokok dan kelihatan seorang lelaki berada di bawah motosikal itu dan tidak mampu bergerak, dipercayai patah tangan dan kaki selepas dihempap pokok.

“Orang ramai membantu mangsa yang tersepit sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba sejurus kejadian dan melakukan kerja memotong pokok untuk membersihkan jalan raya,” katanya.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Mohd Nasir Shafie berkata, mangsa, seorang lelaki Cina berusia lingkungan 30-an dikejarkan ke HSB kerana cedera teruk dihempap pokok besar.

“Seramai enam anggota bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan dan segera memotong pokok untuk dialihkan daripada atas jalan raya. Kejadian menyebabkan kesesakan lalu lintas selama hampir 40 minit,” katanya.

Menurutnya, keadaan kembali tenang apabila ribut reda sekitar 7.30 malam.

Dalam kejadian ribut lebih sejam itu, kawasan sekitar turut mengalami situasi sama apabila terdapat dua pokok besar tumbang berdekatan Sekolah Rendah Islam Darul Aman, manakala sebatang pokok lagi berdekatan pintu pagar menyebabkan paip air pecah.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Mmg btul2 CUBAAN yang berbentuk BALA dan MALAPETAKA kpd pengundi2 yang telah memilih Kerajaan Negeri skrg...
Harap Berubahlah dan menukarkan mereka yang BONGKAK, SOMBONG, ZALIM dan BODOH ......

Kpd Mangsa, saya doakan telah mendapat bantuan dari mana mana pihak dan dapat meneruskan semula kehidupan seperti biasa....Amin

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates