Selasa, 15 Mac 2011

BERHENTI DULU...MINUM RIBENA..!!!!!


SOBRI SUDIN

1.      Himpunan 30K Pemuda PAS Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS, Batu 9 tidaklah berlaku dengan sengaja. Segalanya perlukan perancangan rapi, dan usaha menyusun gerakerja untuk pastikan program berjaya. Bukan sedikit imbuhan seperti t-shirt, makan-minum, wang saku dan duit minyak kereta serta motor diinfakkan bagi menarik peserta untuk hadir.

2.      Demikianlah lumrah jika mahu mengadakan sesuatu program politik.. Samalah seperti kerja kenduri kawin, dalam zaman millennium belanja kenduri kendara sekadar mahu menjemput orang ramai makan percuma menelan belanja puluhan malahan ada yang ratusan dan jutaan ringgit.

3.      Ironinya, ‘wang bukanlah segala-galanya, akan tetapi segala-galanya memerlukan wang’.  Idea tanpa wang menyebabkan idea tak mampu dilaksanakan, dan dengan wang idea boleh dibeli jika tahu dimana idea tadi boleh dijual beli.

4.      Sebab itu janganlah PAS berbohong kononya majlis sambutan KARNIVAL KEDAH SEJAHTERA, 10-14 MAC di perkarangan Stadium dijayakan hasil infak, sedekah jariah ahlinya.. PAS dulu lain, PAS sekarang lain, kuasa sudah ditangan, kunci perbendaharaan dalam poket maka sekarang ibarat kata Amirudin, Pahrolrozi dan Mahfus, ‘giliran kita sebat apa yang ada’. Maka buktinya PAS perlu akui bahawa kerja persiapan, biaya keperluan mengadakan pelbagai acara, kemudahan untuk melancarkan majlis berkenaan seperti yang diuar-uarkan akhbar SINAR HARIAN yang telus, tembus itu adalah dari wang PKNK, BDB, dan MBI. Harapnya dengan penuh tulus juga PAS boleh memaklumkan dalam SIDANG DUN KEDAH April nanti berapakah jumlah keseluruan kos yang terlibat??

5.      Berbalik cerita idea, wang dan penganjuran program politik, sayugia mahu diingatkan dan diberi sekalung tahniah pada PEMUDA BN Kedah.

6.      Meskipun demo membalun anwar berhubung isu DNA yang dianjurkan di depan Balai Besar pada 13 Mac jam 10.00 pagi sekadar dihadiri 25 orang (RTM kata 100.. ini biasa la sebab depa kesian kat PEMUDA).. namun jangan putus asa.. cuba lagi selepas ini.. apapun rehat dulu sambil MINUM RIBENA..

7.      Hakikatnya jika mahu berdemo, peserta haruslah diajar sifat agresif, garang dan bersungguh. Berdemo bukan seperti berkelah atau bersantai.. jika tiada kesungguhan dan sekadar tidak serius.. apa kata berhenti dulu SAMBIL MINUM RIBENA untuk kumpul kembali tenaga..

8.      Demikian juga isu yang mahu didemokan harus ada substancenya, sesuai dengan selera dan kehendak masyarakat setempat dan perlu diukur keutamaanya.. Dalam kes di Kedah apakah soal DNA Anwar satu isu priority yang boleh menarik minat rakyat terbanyak? Atau apakah ada isu-isu lain yang sepatutnya didemokan yang melibatkan kepentingan umum masyarakat di Kedah.. Jika keliru, berehat dan MINUM DULU RIBENA mudah-mudahan akan terpacullah idea…

9.      Tempat berdemo dan kaedah untuk menarik peserta berdemo juga perlu dirancang dengan teliti.. Jika kurang perserta carilah tempat yang lebih kecil agar ketiadaan perserta tidak sangat dilihat dengan ketara.. Begitu juga halnya, jika mahu lebih bersemangat dalam berdemo usahakan agar adanya pakatan, gabungan dari pelbagai pihak agar lebih ramai pihak yang berkepentingan dapat diajak sama untuk terlibat.. Berdemo bukan sekadar suka-suka tetapi untuk menyatakan satu bantahan, aspriasi dan pengharapan perkara yang dibangkitkan. Dalam masa yang sama diusulkan pula langkah penyelesaian dan wujud kesinambungan ke atas isu yang didemokan. Jika terasa agar sukar dan sulit dalam merencana soal ini, maka dinasihatkan pada PEMUDA.. REHAT DULU.. Sambil minum ribena mudah-mudahan terbuka MINDA…

10.     Apapun tahniah untuk PEMUDA BN /UMNO KEDAH.. Jangan putus asa.. selepas ini kita berhenti sebentar untuk MINUM RIBENA bagi pulihkan tenaga.. Banyak lagi kerja dan isu yang harus diperjuangkan..

4 comments:

putera gunung jerai berkata...

Mula-mula sobri tibai PAS.Kemudian dia sepak Pemuda UMNO.Secara perbandingan PAS 30k manakala Pemuda BN 25 orang.Kemudian suroh pemuda BN rehat minum ribena.Mesej dia penuh dengan sindiran.Satu pihak PAS ada kuasa maka pelbagai kemudahan ada sama lah zaman umno jadi kerajaan dulu.Kesian pada pemuda sekadar ribena sebagai tambah tenaga.Kalau begitu KPI semua pemimpin umno dikedah tak tercapai seperti harapan Dato Najib.

Tanpa Nama berkata...

Itu kerja Sobri Sudin lah....... Entah apa maksud dia?. Naik kan semangat jauh sekali. Kecutkan semangat memang dia class.

Entah apa pulak maksud dia hadzir bersama bloges Kedah dalam perjumpaan dengan Dato Mokhris di Sunga Patani baru2 ini. Kerana nak bantu UMNO atau nak pelingkup UMNO?. Sapa boleh jawab?. Mjer Anuar, apa macam?

Yusri berkata...

Kalau setakat 25 orang hanya sesuai berdemo di depan pejabat UMNO Padang Serai je.Tentu Anuar Berahim terkencing bagi DNA dia.

pian sanglang berkata...

Kalau Dato Mukhriz atau Dato Bashah turut sama demo baru lah nampak ramai.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates