Jumaat, 11 Mac 2011

Blogger vs Saifudin & UMB

1. Timbalan Menteri KPT , Datuk Saifudin yang membidas blogger di PRK yang lalu mungkin berada dalam keadaan terdesak. Ini membawa kepada program bersua blogger yang katanya berlaku di restauran NZ Garden.

2. Tahniah kepada yang menganjurnya. Tetapi siapa sebenarnya blogger-blogger yang hadir? Katanya melebihi 100 orang blogger hadir.

3. Apa tujuan sebenar Timb Menteri KPT ini nak berjumpa dengan blogger? Nak minta maaf? Nak explain apa yang sebenarnya maksud kata-kata beliau hari itu? Atau nak minta blogger menulis perkara baik-baik tentang beliau?

4. Mungkin kita akan dapat maklumat nanti dari pengurus-pengurus blog yang hadir. Nak tahu juga blog mana bakal menceritakan secara detail perjumpaan tersebut. 

5. Tapi yang confirmnya blogger seperti PK, Gomo, dan lain-lain tidak akan dapat cerita apa hasil perjumpaan kerana mereka tiada disana. Jadi, apakah hasil perjumpaan tersebut? Tapi yang hebatnya blogger menerpa berkumpul di NZ Gardens apabila mendengar Timbalan Menteri hendak berjumpa mereka. Kalau ahli politik bila mendengar panggilan Timbalan Menteri untuk bersua, maka awal-awal lagi sudah memenuhi ruang restaurant. 

6. UMB yang satu mas dulu beriya-iya untuk menjadi champion dalam media baru sekali lagi buat kecoh. Kerja tidak buat, nama juga yang dicari.

7. Siapa ketua UMB? Sudah tentu Tun Faizal orang ikutan KJ. Maka assumption disini ialah taktik politik pun macam KJ jugaklah.

8. Jika ketua UMB Pusat ialah Tun Faizal, siapa Ketua UMB Kedah? Ada sesiapa yang tahu. Boleh berikan diruang komen sebab penulis tidak tahu siapa?

9. Ini disebabkan penulis tidak pernah melihat satupun program UMB yang boleh membantu UMNO kedah memenangi kembali negeri dari PR. Mungkin ada satu dua kursus media baru di Pejabat UMNO tetapi, apa tindakan susulannya? Mana impaknya kepada kekuatan UMNO?

10. Pihak pengurusan atasan UMNO patut melihat kembali UMB ini. Jika UMB ini diperlukan, maka pimpinan UMB patut ditukar. Jika rasanya tidak diperlukan, eloklah bubarkan saja. Biar blogger PERASAN, MUSANG BERJANGGUT, I BALUN U ALL, dan pelbagai lagi gelaran yang diberi kepada blogger melakukan kerja-kerja yang UMB sepatutnya lakukan. Duit bukan masalah besar kerana blogger perasan, musang berjanggut dan sebagainya ini sukarela. 

11.Inilah hasilnya jika duit menjadi agenda utama dalam melaksanakan sesuatu misi ...

3 comments:

HHalem berkata...

:-)
Haaaa nasib baik Tuan kata tak pernah tauu sapa Ketua UMB Kedah.

Ni siap dah karang 2 muka surat nak balun Tuan, hehehehehe

Macam mana pun Tuan dah clear the air sebab kami dok ingat Tuan kepala UMB Kedah.

Esok pagi Sabtu kita tau laa sapa UMB Kedah.

Frm HHalem

Sahabat-Gunung berkata...

Assalammualaikum .... Salam perjuangan buat pejuang-pejuang di Kedah yang Berani Berubah

Non Ulu Sik berkata...

hangpa cari tengok.sapa lagi kalau tak yang do selengkak di pejabat umno kedah la kot.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates