Jumaat, 4 Mac 2011

Bughah kah PAS?


Setelah PAS bersahabat baik dengan DAP hasil dari pujukan PKR untuk bersama dalam Pakatan Rakyat (Pakatan Haram), PAS hari sudah tidak lagi bercakap soal Islam, hukum hudud dan lain-lain berkaitan Islam.

Mereka lebih banyak bercakap tentang keburukkan UMNO dan pemerintah. Caci maki, hina hamun dan pelbagai kata buruk dilemparkan sewenang-wenang kepada UMNO dan pemerintah Islam.

Seperti kata Hj Mohd Nor Idris, mereka sudah terang-terang menderhaka dan ingin menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui orang Islam. Lebih ringkasnya menjatuhkan sebuah negara Islam. Mereka sudah boleh dikatakan BUGHAH!

Kita ungkitkan kembali  kejadian-kejadian yang telah mengakibatkan perpecahan amat dahsyat orang Islam dan Melayu. Semua ini adalah hasil fatwa atau seruan pemimpin-pemimpin PAS kepada pengikut mereka.

Akibat dari tindakan dan perlakuan golongan pelampau agama ini bermacam-macam masalah dan huru-hara yang mengaibkan telah timbul dalam masyarakat Melayu Islam di negara kita termasuk :
  • Sembahyang dua Jumaat serentak
  • Sembahyang dua imam
  • Nikah dua kali. Pasangan yang diakadnikahkan oleh kadi kerajaan kena akad nikah sekali lagi dengan kadi PAS
  • Berlaku penceraian suami isteri kerana berlainan ideologi Politik
  • Memutuskan silaturrahim dengan jiran. Mewujudkan puak-puak
  • Memulau kenduri dan tidak makan sembelihan penyokong berlainan parti
  • Tidak mengunjungi orang sakit atau meninggal dunia dari kalangan mereka yang berlainan parti
  • Tidak menyembahyangkan jenazah dan mengkembumikan mayat muslimin lain kerana kononnya kafir, kubur berasingan bagi pengikut PAS
  • Mengajar anak-anak kecil, kaum keluarga serta kumpulan mereka membenci pemimpin kerajaan
  • Membakar bangunan dan merosakkan harta benda orang lain
  • Menghalalkan perbuatan mencaci, menghina dan mencarut
  • Mengisytiharkan mati syahid ke atas mereka yang mati kerana menentang golongan yang berlainan fahaman
  • Menganggap segala perbuatan mereka sebagai jihad sedangkan orang lain kafir walaupun melakukan perbuatan baik.
Sehingga kini aktiviti-aktiviti sebegini masih segar diamalkan oleh totok PAS.  Masih tidak sedarkah mereka yang perbuatan sebegini bakal menjerumuskan mereka kepada penyelewengan ajaran Islam?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

SAYA TAK PASTI KEBENARAN CERITA NI TAPI MENGIKUT SEORANG RAKAN DI SEBELAH NAKA SANA SEDANG BERLAKU MANUSIA PENGANUT PAS NI DIKATAKAN TAK PERGI SEMBAHYANG JUMAAT DI SESEBUAH MASJID HANYA KERANA KONONNYA SEORANG IMAM TU ORANG UMNO. MEREKA SANGGUP MELANGKAH KAMPUNG LAIN KE MASJID YANG KATANYA IMAM TU ORANG PAS. KAMPUNG TU KATANYA KAMPUNG YB PT SENDIRI. BETUI KA MASIH BERLAKU MACAM TU? SAPA TAU TOLONG CERITA.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates