Rabu, 9 Mac 2011

Bukti Tanpa rela tidak diterima

1. Hakim mahkamah perbicaraan Anwar Ibrahim hari ini membuat keputusan bahawa bahan bukti yang diambil oleh pihak penyiasat (Polis) adalah tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran tuanpunya.

2. Walhal Tuanpunya tubuh badan selepas diminta untuk dapatkan sumber DNA dari tubuhbadannya secara sukarela menolak untuk memberinya.

3. Keputusan mahkamah ini memberi satu petanda buruk kepada sistem kehakiman kita. Bahan bukti hanya sah jika diperolehi dengan kebenaran yang dituduh. Orang bodoh saja bakal memberi bukti untuk digunakan bagi menuduhnya!

4. Maka dengan ini Polis tidak boleh memeriksa tempat letak barang kereta kita semasa road block kerana tuan empunya kereta tidak memberi kebenaran. Jika ada dadah dalam kereta pun, yang dituduh boleh lepas kerana bukti yang diperolehi adalah secara tidak sah dan tidak direstui pesalah.

5. Balik kepada kes Anwar, jika beliau benar ingin kebenaran maka berilah sample untuk ujian DNA secara sukarela. Kalau tidak anda adalah Peliwat seperti yang disahkan oleh Karpal Singh dan Mat Sabu.

6. Konklusi kepada penghakiman ini, penjara akan menjadi kosong disebabkan tiada pesalah kerana polis atau pegawai penyiasat tidak boleh mencari atau mendapatkan bukti sesuatu kes tanpa kebenaran orang yang disyaki. Polis juga tidak boleh paksa yang dituduh/syaki beri keterangan atau bukti tanpa kebenaran si tubuh badan. Polis juga tidak boleh buat apa-apa trick atau hidden work untuk mendapatkkan bukti.

7. Pesalah hanya bakal ditentukan oleh Pembangkang! Jenayah boleh dilakukan terang-terangan kerana bukti perlu di perolehi dengan kebenaran si penjenayah. Hishamudin bakal fail dalam KPI nya!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates