Jumaat, 25 Mac 2011

DUIT dan KUASA buruan mereka.


Gerakan Timur telah dengan bernas memaparkan sikap sebenar pemimpin tertinggi PKR Kedah. Beliau lebih berpaksi kepada WANG daripada berpaksi kepada KEBENARAN.

Inilah peribadi seorang pemimpin yang melaung-laung untuk kebenaran, ketelusan, kesamarataan dan pelbagai lagi slogan yang bersih. Tetapi semua itu hanya manis dibibir sahaja, DUIT dan KUASA menjadi pujaan dan buruan.

Sikap Datuk Johari Abdul yang satu ketika dulu menjadi pengarah BTN yang meminta 'Pelincir' sebanyak RM100 ribu sebagai permulaan dan seterusnya RM1 Juta untuk setiap kepala yang dibawanya membawa pertanyaan kepada pengundi-pengundi Parlimen Sg Petani ' apakah pemimpin sebegini yang anda semua perlukan?'.

Ikhlas dalam perjuangan demi kebenaran???  Itulah yang seharusnya menjadi persoalan kepada setiap pengundi di Parlimen Sg Petani yang telah mengundi Datuk Johari Abdul dari Parti Keadilan Rakyat sebagai MP.  

Sikap tamak dan pentingkan diri sendiri tanpa mengutamakan soal akhlak dan moral yang cukup dititikberatkan sebagai umat Islam telah menguasai dirinya apabila berpeluang "membuat duit".

Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa video tersebut telah meragut kesetiaannya terhadap Anwar & PKR, namun strateginya untuk mengaut hasil "pelincir" RM 7 juta tidak kesampaian.  Johari tidak berpegang kepada kebenaran!!!

"Eh... Ini benar... Ini si polan nih... ketua pakatan rakyat!!!"  reaksi spontan Johari apabila menonton video tersebut.

Akhirnya, Johari terpaksa membuat helah.  Johari terpaksa meyakinkan Anwar bahawa dia tetap setia dengan PKR.  Walhal dia mempunyai rancangan untuk membawa 7 lagi ahli Parlimen PRK untuk menonton video yg sama dengan syarat, dibayar RM 1 juta setiap seorang yang dibawanya.

Johari telah terperangkap kerana bertuhankan duit.  Kebenaran dan akhlak bukanlah isu yang penting baginya.  Johari terpaksa berlakon menjadi "hero" PKR sebelum tembelangnya pecah!

Dan yang cukup menghinakan...  Johari SANGGUP MENCARI KEUNTUNGAN DENGAN VIDEO LENDIR LELAKI Y!!!  

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates