Rabu, 23 Mac 2011

EXCO DAH JADI GUARD

Apalah lu Dr Ismail, lekeh sungguh. Ada ka tahap Exco pi jaga pintu pagar dewan kampung. Buat malu saja oiiii.

Punya hendak halang Ummi Halfida dari berceramah di Taman Wira, Mergong malam tadi Dr Ismail, ADUN Alor Mengkudu yang juga Exco Kerajaan PAS Kedah, mengepalai samseng-samseng PAS dengan PKR jaga dewan Taman Wira Blok B, supaya orang ramai tak boleh masuk dewan itu.

Lagak macam samseng, tapi pakai kopiah putih, Dr Ismail duk monitor supaya siapapun tak boleh masuk dewan tu.

Sapa yang cuba masuk dewan yang bukan harta benda mak bapak depa itu akan dihalang oleh samseng upahan beliau itu.

Lepas tu bila Ummi Hafilda pi duk berehat di rumah Hj Awang Kecik, ketua cawangan Blok B, Dr Ismail duk pi meronda dengan Toyota Prado kerajaan negeri depan rumah Hj Awang.

Mungkin Dr Ismail pun teringin nak tengok Ummi Hafilda tapi malu nak cakap, jadi dapat tengok rumah tempat Ummi Hafilda duk berehat pun jadilah. Bolahlah juga dapat tidur lena malam tadi dengan bermimpi jumpa Ummi.

Apapaun, memang lekeh sangatlah Exco Kerajaan PAS seorang ni, Bagi gurkha sajalah buat kerja tu. Kerja Exco fikir pasal nak tadbir negeri bukan jadi guard dewan.
NOTA : Lebih ADUN Alor Mengkudu jaga rakyat kawasannya.
JAIK tahan dua beradik dengan pasangan di bilik berasingan sebuah hotel

[BH] ALOR SETAR: Seorang abang 'bermurah hati' membiarkan rakannya meniduri adik perempuannya di sebuah hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, di sini sebelum pasangan itu dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), petang kelmarin. 


Dalam ‘Ops Krismas’ itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun turut dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 22 tahun yang juga rakan adik perempuannya di sebuah bilik berasingan hotel berkenaan. 
Siasatan mendapati pasangan yang ditangkap berkhalwat itu baru mengenali antara satu sama lain.

Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata dalam pemeriksaan lanjut, lelaki terbabit hanya berseluar jeans tanpa baju manakala pasangannya memakai baju tidur nipis bertali halus tanpa coli dan seluar dalam.

“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan mengaku baru berkenalan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Md Nasir berkata, pemeriksaan di bilik kedua pula, penguat kuasa JAIK menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa ikatan sehingga menimbulkan syak. 

Beliau berkata, ketika disoal siasat wanita itu mengaku dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel murah itu bersama rakannya yang juga pasangan khalwat abangnya.

“Lelaki berusia 24 tahun dan rakannya itu bekerja sebagai nelayan di Kuala Kedah, manakala adik perempuannya dan seorang lagi wanita masing-masing tidak bekerja.

“Apa yang mengejutkan mengapa abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya tidur semalaman dengan rakannya di bilik hotel itu,” katanya.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Nak kata apa..dah spesis HARAMJADAH..POKKA HIJAU memang haramjadah la jadinya..bawak pulak puak lebaik monyok samseng PAS, Gunung Keriang, KG PADANG HANG, nampak sangat PAS desperate..apapun tahniah pada pemuda UMNO Taman Wira yang tak berganjak dan tak berundur dari depan dewan Taman Wira dan sanggup bertembung dan bersemuka dengan puak samseng taik minyak PAS.. SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK USTAZ AZIZAN DAN IR AMIRUDIN, INGAT PAS, INGAT BINI BANYAK, INGAT ZINA, INGAT PKR INGAT LIWAT, INGAT DAP INGAT KOMUNIS

Mat Kiram Junior

AnaQarbana berkata...

Kedah Negeri Berkebajikan
Kedah Sejahtera
Tu baru pembangkang berjaya perintah Negeri..kalau berjaya perintah peringkat persekutuan...baru hagpa tau UMNO Oiii....
kami pembangkang ahan haramkan semua parti politik yang tak sehaluan dengan kami..
kami tak benar apa juga bentuk aktiviti politik yang boleh menggugat kedudukan kami....hangpa dengaq......
UMNO kena ingat...mulai dari sekarang jangan nak dok buat ceramah di Kedah...kami PAS mampu berdepan dengan pecacai UMNO...kami ada Unt Amal yang sanggup berjihad........aktiviti anda di perhatikan...awas UMNO.....
Kami akan pertahankan Kedah dalam PRU ke-13 dengan cara sekalipun.....UMNO atak ada peluang....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates