Khamis, 24 Mac 2011

Hero Kungfu di Malaysia

Kedah Times petik tulisan ini dari Blog The Flying Kick. MInta laluan dari Cucu Tok Wan untuk disiarkan di Kedah Times

Kedah Times merasakan yang pengikut PAS sudah berubah sangat kini. Mereka sudah jadi macam hero Kungfu filem Cina yang kehilangan keluarga. Kehilangan ahli keluarga beliau ini belum pasti siapa angkaranya.

Hero Kungfu akan menjadi pendendam dan sentiasa mencari jalan untuk membalas dendam walhal beliau tidak tahu angkara siapa kehilangan keluarganya. Maka semakin hari semakin menjadi perangainya. Pendendam dan pemarah. 

Dek kerana hebat berkungfu, maka siaplah sesiapa saja yang menegur atau menghalang laluannya. Inilah perangai puak-puak PAS sekarang ini hasil didikan DAP dan PKR.  Dan mereka tidak sedar yang DAP dan PKR lah yang menjadi batu api dalam segala tindak tanduk mereka hari ini.

Panas baran, pendendam dan suka mengamuk tak tentu hala ... itulah PAS. Terukan membaca tulisan The Flying Kick.

PAS-Kembalilah..

PAS, Parti Islam Semalaysia antara parti terawal di Malaysia..pempin2nya silih berganti.

Asal maksud lebih kepada amar ma'aruf nahi mungkar..satu maksud yg sangat mulia.

Dipesan oleh Allah swt.."berpesan2 ngan haq, berpesan2 ngan sabar" mahfumnya..

Parti ni umumnya dihormati oleh orang2 Melayu kerana barisan pempin2nya dan ahli2nya mempunyai latar belakang agama yg baik..golongan2 yg nampaknya warak..

Pada masa dulu2..jarang2 sekali pempin2 PAS dicemuh dan dikata macam2, walaupun masa kempen..jarang2 kedengaran serangan pribadi. Walaupun mereka menyerang UMNO dalam berbagai2 gaya, berbagai2 hukum dan fatwa..abis2 mereka dikata sebagai jumud, brfikiran sempit..tidaklah sampai dihina. Dan rata2 ahli2 PAS dahulu, merupakan golongan yg taat pada undang2 jugak..tak de le pandai brdemo2..

Tapi...sejak mereka berbaik2 ngan Anwar dan DAP, sikap mereka telah brtukar..ulamak2 mereka dihina, diperlawakkan, dan dicemuh..mereka rasa hinaan tu adalah dari UMNO..

Mereka yg menempah penghinaan ini..kutukan dan hinaan ni adalah peringatan dari Allah swt..

Sikap sabar dalam brpesan2 yg haq..telah diabaikan. Mereka tahu sapa Anwar yakni pempin2 tertinggi mereka semasa Anwar dalam UMNO lagi..Mereka tahu sapa DAP, sapa LIM Kit Siang dan sapa KArpal Singh..tapi mereka pejamkan mata, dan mereka2 cerita agar ahli2 mereka dapat menerima dan telan bulat2. Ketaatan, ketaksuban ahli2 dan penyokong2 PAS diliwat dan diperkosa ngan gitu saja..ISTIGHFARLAH!!! Cukup2 lahh..Usah lah brpura2 tak tahu sapa Anwar, Lim Kit Siang dan Karpal Singh..pempin2 tertinggi PAS pernah hidup zaman 60an, 70an, 80an...mereka lebih arif.

Kerana terlampau yakin bahwa ngan kuasa adalah segala2nya..ngan kuasa kerajaan, agama leh dimakmur dan disebarkan..ngan kuasa kerajaan agama leh disempurnakan dan zaman kegemilangan Islam di Madinah dizaman nabi saw leh diwujudkan kembali..

Elemen "SABAR" telah dkorbankan..elemen "RAKUS dan PENUH BERNAFSU" telah diambil pakai.

Org2 Melayu PAS dulunya trmasuk golongan yg mencintai bangsanya..telah mula mengutuk dan menghina bangsa sendiri..PAS yg dulunya begitu jumud pasal agama, kini telah melonggar2kan tali2 pegangan agama mereka..org2 Melayu PAS dulu adalah golongan yg taat pada Raja dan Sultan, telah sanggup baring2 atas jalan menghalang perjalanan..

PAS yg dulu tidaklah gitu pandai memutar2kan citer, tak gitu pandai menyebarkan fitnah, tak begitu pandai melaknat,mencaci dan memaki..kini sudah jadi kebiasaan. PAS dulu abis2 pun tekankan pentingnya hukum hakam agama!!

PAS dulu sangat berkeras ngan org2 kapir malah memarahi UMNO kerana bersekutu ngan org2 kapir..sangat2 tidak bersetuju org2 pompuan jadi wakil rakyat, DUN atau MP..tapi sekarang telah mula menjilat2 kembali. Malah berkelakuan lebih buruk lagi.

Dulu tidak nampak keganasan wanita2 PAS berkempen..kini bertebaran kesana kemari, memujuk rayu..berkempen mengalahkan kaum lelaki mereka. kesungguhan kaum wanita mereka diexploit sungguh2..ada yg sanggup tinggalkan rumah dan keluarga utk berkempen politik..haiiiii


Matlamat asal..amar ma'aruf nahi munkar telah bertukar menjadi parti politik yg berpolitik cara kapir..maksud asal mencari redhaNya telah bertukar mencari undi2 manusia!!


Kasihanilah org2 tua yg siang malam sokong PAS..kasihanilah mereka yg miskin2 ni menderma duit kerana jihad ngan harapan mereka telah bantu agama Allah swt..tak rasa bersalah ke mengadap dan melihat muka2 mereka yg penuh kepercayaan.. Tak berasa bersalah ke menghabiskan duit2 derma dari titik peluh mereka tulang 4 kerat..


Udah2ler..


Anwar..pempin yg terlalu banyak keranahnya, sejak dia dibarisan depan negara...banyak onarnya dari kebaikannya. Perlukah sia2kan perjuangan Islam kerananya, perlukah korbankan doa2 dan harapan2 ahli2 PAS yg gitu setia dan taksub..

Anwar..tidak menampakkan lagi, ciri2 pempin Islam spt Abu Bakr ra, Umar ra, Ali ra, Usman ra, atau ulamak2 terbilang!!


Sanggupkah meletakkan nasib2 ahli2 PAS yg gitu setia dan taksub lagi taat 110% tu pada tangan Anwar, pada teduhan payung Anwar..gitu juga anak2 dan generasi akan datang..RENUNGKANLAH..

Ada mata..buka lah seluas2nya..lihatlah kelakuan Anwar..lihatlah telatahnya..lihatlah..lihatlah!!


Gitu juga sanggupkah gadaikan semua tu dibawah naungan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Gobinda Singh, ..sanggupkah??? Sanggupkah kita perjudikan nasib agama kita pada mereka ni..RENUNGKANLAH!!!


Adakah BERBALOI!!! Adakah ni maksud perjuangan PAS? apakah PAS jangkakan jika PAKATAN berjaya menguasai PUTRAJAYA, PAS secara automatik akan kuasai PKR dan DAP?


Lihat saja..apa PAS mampu di Selangor? apa PAS mampu di Pulau Pinang? apa PAS mampu di Perak semasa PAKATAN masih berkuasa? dan apa PAS mampu LAKUKAN diKedah dan Kelantan?


Hanya meraih kerusi pemerintahan MB di Kedah, Kelantan...tapi melukut dikaki BN. Langsung tak mampu melunaskan segala janji dan harapan2 yg ditaburkan..jika segi material dan pembangunan mungkin kita leh faham..tapi dari segi kerohaniah, apa yg telah dibangunkan?


Kembalilah pada AQ dan sunnah..biarlah dikutuk oleh org2 kapir dan fasiq, tapi dicintai oleh Allah swt..biarlah tak dapat memerintah, namun disegani dan dihormati bukan saja didunia tapi dilangit!!tidaklah meletakkan kepala utk diinjak2 dan dikencing spt hari ni..


Kembalilah..

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates