Rabu, 16 Mac 2011

HIJAU KUNING SDN BHD... BOLA OH BOLA..!!!!


SOBRI SUDIN

1. Semasa di England dulu, sempat juga akan menonton EPL, perlawanan antara terhebat antara MU vs Arsenal. Tiket , mak oi masa tu pound streling 60, Currency exchange tahun 1997 masa tu 1 pound bersamaan RM7.20. Tapi nak buat macam mana teringin sangat nak pi Old Trafford, maka aku gagahkan juga bawa anak bini drive dari kampus aku di LANCASTER ke Manchester (perjalanan ambik masa 1 jam, di England highway tak dak tol, cuma minyak petrol saja mahai gila.. hangpa di Malaysia patut bersyukur, petrol masih murah, minyak lintah yag dijual lebai PAS saja makin meningkat harga.)

2. Di England, terkenal sehingga kini ungkapan, 'football is our relegion" sama la macam di Brazil. Kalau belek paper tabloid dia seperti 'The Sun' dan 'News of The World' hanya ada tiga cerita utama, bab Oueen, bab artis dan bab bola.. berita lain kurang dapat tempat.

3. Berbalik cerita di Kedah, dalam sejarah gerakan massa, masyarakat KEDAH pasti akan bangkit berdemo secara besar-besaran bila berlaku tiga event ini:

  • Bila prestasi bola pasukan negeri merosot atau pengadil yang adili perlawanan libatkan team Kedah tidak adil.
  • Bila harga padi jatuh
  • Bila hasil pertanian tak laku atau tak menjadi

4. Tahun 1979, waktu aku darjah 2, rusuhan bola terbesar di Stadium DARUL AMAN, perlawanan separuh akhir Piala FAM (JKR KEDAH LAWAN PKNS SELANGOR). Zaman tu dua piala saja, Piala Malaysia dan PIALA FAM.

5. Aku tengok perlawanan malam tu setelah tok wan aku beratur panjang berebut nak beli tiket sampai pitam-pitam, stadium darulaman masa tu kapasiti penuh hanya boleh muat 12,000 orang tapi melimpah sampai dalam trek.

6. Disebabkan pengadil tak adil malam tu, PKNS menang 2-1, bayangkan PKNS dibarisi semua pemain kebangsaan, SOH CHIN AUN, SUPERMOKH, ABDULLAH ALI, RAJAGOBAL, KHALID ALI, SANTOKH SINGH, V. ARUMUGAM. Team JKR Kedah ni apa la sangat, depa anggap cikai saja, siang kerja sapu tar, sambung wayar, angkat kon jalan,  technichian JKR, petang berlatih bola.

7. Antara pemain JKR yang hebat masa tu ROSHIDI SHAARI, KHOR SEK LENG (AZRAI KHOR), JAMALUDDIN HASSAN. Tapi yang paling mencuit hati WING KIRI ROSLI MOHAMAD, kecik dan katik saja dia ni, tapi dengan kaki kidal dia lari cukup laju, berupaya mengelecek SANTOKH SINGH BERULANG kali, bola masuk celah kangkang pulak tu, sebab tu lah penonton kedah dok boo SANTOKH MASA TU. Jadi apa lagi bai, dia sudah marah, dia himpitk, siku ROSLI MOHAMMAD ni sampai terpelanting, tapi REF tak bagi foul dan bagi kad.

Tumpang tuah
8. Tunggu apa lagi, menghampiri lagi 10 minit masa permainan nak tamat, arwah tok wan aku bawak aku keluar stadium, tau dah koi nak jadi pelik, keluar saja tau-tau, kebom kebam, gas pemedih mata jatuh kelepop depan beca tok wan aku, apa lagi dia tutut muka aku dengan tuala basah sambil dia pesan jangan bernafas, sambil dia kayuh beca kelam kabut bawak aku lari.

9. Ramai anggota FRU cedera malam tu termasuk anjing yang dibawa FRU, penonton pun sama, players PKNS ingat aku dekat pukul 2 atau 3 pagi baru boleh keluaq stadium, SUPERMOKHTAR DAHARI teruk JAMALUDIN HASSAN flying kick dan balun dia..

10. Jadi bila lebih 2,000 penyokong HIJAU KUNING tunjuk perasaan baru ni depan STADIUM selepas KEDAH kalah dengan FELDA UNITED, aku tak berapa heran sangat. MEMANG bola sepak adalah sukan kegilaan semua, dekat dengan hati rakyat, kalau ada ja yang tak kena, penyokong pasti marah.

11. Sedar tak sedar kejayaan berganda HIJAU KUNING tahun 2006-2008 adalah hasil muafakat semua, pengurus, jurulatih, pemain, kerajaan BN masa tu, sokongan moral penonton, strategi yang berkesan dan banyak lagi indikator. Demikian juga kebangkitan KEDAH mulai 1986-1990 BANYAK dikaitkan dengan sentuhan arkitek bola Kedah allahyarham DATO PADUKA AHMAD BASRI AKIL dan minat penuh TAN SRI OSMAN AROFF selain naungan payung mahkota KBDYMM TUANKU SULTAN KEDAH..

12. Kini bola Kedah tidak berseri lagi, stadium kian sunyi, maka eloklah bukan sahaja AHMAD YUSOFF perlu direhatkan, namun semua barisan jurulatih yang ada dirombak selain pihak pengurusan termasuk PRESIDEN KFA SEKALI, MB KEDAH.. MB TUMPULAH pembangunan negeri yang kian lembap dan lesu kini, tak rugi apa pun kalau swastakan pengurusan dan pembangunan bola sepak HIJAU KUNING.
13.Let the expert deal soal pengurusan, kejurulatihan, kebajikan, strategi.. Jika KELANTAN boleh buat kenapa KEDAH tidak?  Dalam sukan jangan ada politik, justeru lebih baik diberi mandat kepada SYARIKAT HIJAU KUNING SDN BHD untuk mereform kembali pengurusan pasukan negeri, mudah-mudahan KEDAH AKAN kembali gah sebagai pasukan disegani.. TAK KIRA la kalau HIJAU KUNING SDN BHD nak ambil OTHMAN AZIZ sebagai pengurus ka, AZRAI KHOR sebagai jurulatih ka, yang penting TEAM HIJAU KUNING boleh deliver kejuaraan berganda seperti 2006-2008. Bukan seperti sekarang TEAM HIJAU KUNING penuh dengan TROUBLE, TROUBLE, TROUBLE.. SATGI penyokong hijau kuning berarak demo depan WISMA, baru kerajaan PAS ada akai kot??????

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates