Selasa, 1 Mac 2011

Iran : PAS atau UMNO?

PAS yang dari dahulu sehingga kini memuja Iran sebagai negara contoh yang ingin mereka tegakkan di Malaysia. Dan kita DAP menjadi sahabat baik PAS dalam mencapai cita-cita ini.

DAP telah dianggap PAS lebih memahami Islam dari mereka yang lain dan ini yang menyebabkan PAS memilih untuk berpelukkan dengan 'over my dead body' DAP.

Tup tup negara PUJAAN PAS memilih UMNO sebagai organisasi contoh dalam memperjuangkan Islam. Apa dah jadi kepada PAS?

Mungkin Iran melihat DAP sebagai komunis yang bakal menghancurkan Islam sedang tidur se rumah dengan PAS yang asyik berslogan menipu rakyat.

Inilah hakikatnya.....


Duta Besar Iran Iktiraf Umno Parti Islam



KUALA LUMPUR: Umno bukan sahaja parti politik yang memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu, malah diakui sebagai sebuah parti yang konsisten dalam memartabatkan agama Islam, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Profesor Dr Mohammed Mehdi Zahedi.



"Umno adalah parti Islam yang mempunyai kesinambungan kepimpinan dengan struktur yang jelas dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni, bukan hanya di kalangan anggota beragama Islam, tetapi juga masyarakat keseluruhannya," beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita Umno Online semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat Umno hari ini.



Pada pertemuan tersebut, Tengku Adnan menjelaskan kepada duta berkenaan tentang perjuangan Umno untuk agama seperti yang termaktub dalam Fasal 3.3 Perlembagaan parti serta isu semasa membabitkan agama.



"Umno menghormati agama-agama lain dan masyarakat di Malaysia bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing, tetapi apa yang sangat ditekankan dalam konteks Islam ialah pengukuhan akidah agar tidak berlaku pemesongan," katanya.



Dalam pertemuan lebih sejam itu, Tengku Adnan juga menerangkan pemimpin Umno tidak bertolak ansur dalam soal akidah Islam, namun pada masa yang sama, percaya persefahaman dan kerjasama antara masyarakat majmuk mampu membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.



Tengku Adnan turut menghuraikan sejarah penubuhan Umno pada 1946 dan perjuangannya dalam menuntut kemerdekaan, serta latar belakang yang membawa kepada penubuhan parti PAS oleh bekas anggota Umno pada 1955.



Dalam kunjungan ini, Dr Mohammed Mehdi turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Umno untuk bekerjasama dengan anggota Parlimen dan ulama Iran dalam rangka bertukar-tukar fikiran serta berkongsi pengalaman. - BERNAMA


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Nak percaya atau tidak dunia telah mengiktirafkan Malaysia dibawah pimpinan BN sebuah negara islam. Tapi jangan lupa PAS juga mendapat peniktirafan ISO daripada DAP. Persoalannya yang mana satu boleh pakai sedangkan negara2 islam dan ulamak tersohor mengesahkan BN sebuah parti yang menjuangkan islam. Sedangkan PAS hanya disahkan oleh sebuah parti perjuangan Yahudi dan Komunis DAP sebagai sebuah PARTI yang banyak menyusahkan kaum melayu dan sesama islam.

Ini terbukti apabila M.Am Pas N.Ajis sendiri mengesahkan bahawa beliau bukannya melayu dan DAP dengan lantang menentang islam. Justeru itulah DAP dapat tidur sebantak dengan PAS serta pelukan mesra. Ini terbukti lagi PAS hanya sendiwara kosong apabila calon mereka di Kerdau adalah dari golongan jahil tentang islam atau bukannya golongan alim ulamak. dalam islam jika hendak dipilih sebagai pemimpin mestilah berilmu dan berpendidikan tinggi supaya dapat memacukan pertumbuhan negara kejalan yang benar dan betul.

Kita lihat PAS melantik pemerintah tahap LCE menjadi pemimpin untuk memimpin negara yang berhubungan dengan negara luar dan diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Syarikat Gergasi GLC Kedah yang berhubungan dengan negara luar. jadi secara tak langsung mereka ini mudah dipermainkan dan diperbodohkan kerana jika berurusan dengan Negara Luar seperi Eropah dan Negara lain Timur Tengah bahasa yang digunakan adalah bahasa perantaraan antarabangsa iaitu english. Justeru tak hairan jika mereka ini dipermainkan kerana mereka benar2 TAK TAU seperti MB Kedah sering kali ucapkan.

Maka tak hairan CEO Seri Temin baharu nak masuk 3 bulan menjadi CEO sudah boleh memiliki Kereta Mewah BMW. Apakat CEO Seri Temin dibayar gaji RM 100,000.00 sebulan kerana harga BMW hampir mencecah sukuan juta ringgit bah setengan hampir jutaan ringgit. Hakikatnya dengan kebodohan ini rakyat diperalatkan dan dibodohkan. Justeru itu macam mana Negara Islam yang lain nak jadikan PAS sebagai idola dan contoh kerana mereka setengahnya terdiri daripada golongan yang bodoh dan sudah direject dari pemimpin yang diiktiraf oleh meraka dan merupakan golongan pelampau serta terlalu murah moral seperti Mat Sapu.

Ini lebih terbukti PAS bersengkokol dengan DAP yang terangan menentang islam dan lebih mirip idelogi Komunis dan fahaman yahudi yang menentang islam. Jika mereka ini dipilih beerti sama seperti menyerah bulat-bulat pada yahudi dan amerika syarikat yang akan mengikat hidung ditarik sana sini.

Tak hairan jika kita lihat pembawakan PAS kini lebih cenderung pada pendirian DAP dan Fahaman DAP yang banyak menyusahkan Malaysia.

Hakikatnya kini sudah sah bahawa BN telah menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam dan diwaktu yang sama tidak meminggirkan kaum dan agama lain semuanya dijadikan satu bangsa Malaysia cuma fahaman agama masing-masing tetapi hakikat untuk memakmurkan Malaysia.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates