Jumaat, 11 Mac 2011

Jangan Bikin Haru Biru Banyak Sangat ... Masa ni, Masa Untuk Bersatu ... Bukan Bertelagah !

Ini yang kita tak mau dengaq, dan tak mau tengok di saat-saat UMNO Kedah sedang membentuk semula kekuatan dan proses penyembuhan ... Rupa-rupanya masih ada lagi masalah hati & perasaan dalam perjuangan.

Jangan macam ni, Perjuangan UTAMA adalah Kedah ni perlu diambil balik dari PAS, jangan asyik bergaduh macam budak2 ! Sudah ! Sudah ! Sudah !
Umno Sg Petani: Selesai krisis atau saya keluar parti


Ketua Umno cawangan Industri dalam bahagian Sungai Petani, Khairul Anuar Zainol akan keluar parti sekiranya krisis kepimpinan yang membabitkan ketua bahagian tersebut, Ali Yahya, masih gagal diselesaikan oleh Umno negeri dan pusat.

Dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu Julai lalu, berlaku kekecohan apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali berucap di majlis perasmiannya, serta mendesak beliau berundur.

Selepas kejadian tersebut, mereka yang tidak sehaluan dengan Ali telah menubuhkan Gerakan Anti-Ali (GAA) untuk mendesak beliau meletak jawatan.

Isu tersebut kemudiannya dirujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) yang kemudian menyerahkannya kepada badan perhubungan Umno Kedah mencari jalan penyelesaian. Timbalan pengerusi Umno Kedah ketika itu, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik memangku jawatan ketua bahagian Sungai Petani.

Khairul yang juga setiausaha GAA berkata beliau akan menjadi ketua cawangan pertama yang akan bertindak keluar daripada Umno sekiranya isu tersebut gagal diselesaikan dengan segera.

Beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan bila akan berbuat demikian tetapi berkata: "Saya ada tempoh berbuat demikian."
'Dapat sokongan'
Khairul juga mendakwa ada ketua cawangan yang menghubunginya menyatakan sokongan tetapi beliau enggan menyatakan identiti mereka.

"Saya tak mahu ajak (keluar parti dan) saya tak larang, (malah) saya sendiri akan buat dahulu (keluar parti) jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera.

"Saya memang akan mengambil tindakan itu, sekiranya tidak diselesaikan, tidak mustahil ia akan berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Khairul Anuar juga tidak menafikan mengenai SMS yang disebarkan mengenai hasratnya untuk keluar parti jika isu kepimpinan bahagian itu tidak diselesaikan segera.

Bahagian tersebut mempunyai 130 cawangan dan Khairul mendakwa 81 daripadanya menolak kepimpinan Ali.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno turut meminta bahagian Sungai Petani menyelesaikan masalah dalaman mereka itu.
SMS tersebar
Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata sejak SMS itu beredar, beberapa "tokoh tertentu" menghubungi dan menasihatinya supaya memberi masa kepada perdana menteri dan kepimpinan Umno Kedah untuk menyelesaikan masalah dalaman itu.

Katanya, isu terdapat dapat diselesaikan sekiranya dengan jawatan-jawatan kanan di peringkat bahagian seperti setiausaha, ketua penerangan dan bendahari disandang oleh pemimpin GAA.

Bahkan, katanya, jawatan setiausaha juga perlu disandang oleh individu yang boleh diterima kedua-dua kumpulan dan perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Ahmad Bashah dan setiausaha Umno negeri, Datuk Othman Abdul Aziz.

Dengan nada kecewa, Khairul memberitahu bahawa jawatan tersebut sekarang ini disandang oleh pemimpin Umno dari kumpulan Ali.

Khairul berkata, beliau tidak berniat untuk "menggertak" semua pihak susulan tersebarnya SMS tersebut, tetapi beliau "tidak ada pilihan" kerana mendakwa ramai akar umbi Umno merungut dan bertanyakan hasil perbincangan itu.

"Saya masih berharap masalah (bahagian) ini dapat diselesaikan dengan segera untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang akan datang.

"Bahagian ini masih di awang-awangan, nampak sahaja kulit di luar cantik, tetapi di dalam bergolak. Semua pihak termasuk Umno pusat, negeri dan Ali sendiri perlu menyatukan semula ahli," katanya.

Dipetik dari : MKini 

Harap - harap UMNO Kedah cepat-cepat pulihkan diri sendiri untuk berjuang dengan lancar ... kalau dalaman dok asyik dok melawan satu-sama-lain, bila nak lancar untuk berperang dengan musuh nieeee !???

Jangan Bikin Haru Biru Banyak Sangat!  ... Masa ni, Masa Untuk Bersatu ... Bukan Bertelagah !

... Pesanan ikhlas dari
Team KedahTimes
JUMAAT : 11 March 2011 : 5.00Ptg


9 comments:

Double Y berkata...

UMNO kedah bermasalah lagi nampaknya..

http://yuseriyusoff.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

hebat juga tuntutan mamat ni...
bagus dan bersemangat...
jika tak ada tolak ansur...dua2 pihak masih nak mempertahankan kebenaran masing2...
satu jalan keluar ialah gantung saja bahagian ni.
dalam pru nanti umno tak payah letak calon..
bagi jer kemenangan percuma pada pakatan..
kalu letak calon pun belum tentu menang...asyik bergaduh sama sendiri.
siapa rasa hebat dan ramai penyokong...jadi jer calon bebas.

pendapat aku sendiri....tak suruh korang ikut.
dari aku pening2 dengan perangai haprak korang ni...baik aku bela babi...
cepat kaya.

Tanpa Nama berkata...

La..tak abih2 lagi..!!puak2 GAA ni sapa yang ketua bahagian nak lantik jadi tu jadi nie..!!puak2 tu pakai sari pun orang kenai aihh...!!!hampa nampak PRU nak dekat dan2 hampa mau post dalam bahagian..!!awat hampa ingat orang tak tau ka hampa nak sapu duit peruntukan..!!!orang kenai la hampa tu..!!!hampa keluaq pun tak ta aihh..hampa tu macam virus saja dalam bahagian..!!!

Titi panjang berkata...

Aku bukan nak jadi batu api.Tapi rasanya elok dan wajar berbuat demikian.Selepas selesai pemilihan dulu Ketua Bahagian SP tidak menjalinkan semula perhubungan ahli dan kumpulan yang tewas.Sebaliknya dia tergamak menekan dan menindas kumpulan yangb kalah.Dia rasa cukup berkuasa dalam UMNO SP.Sekarang sudah jadi bubor.Harap UMNO Kedah asyik main selamat.Pandang ringan akan masalah ini.Harap UMNO Malaysia serupa juga.Mereka lebih sayangkan Ali Yahaya daripada UMNO seluruhnya.Sepatutnya Ali kena selesai terlebih wal dulu lagi.Kalau nasib Ahli biasa pun tak dengar eloklah buat keputusan begitu.

Tanpa Nama berkata...

semua serupa ja...baik puak Ali mahupun puak GAA..masih gila kuasa dan nak perabih apa yang ada..senang cerita,gantung bhgn dan perwakilan pilih ja muka2 baru sebagai pemimpin...

Tanpa Nama berkata...

Titi Panjang, tungguuuu..... pemimpin kita ada wibawaaaa.... tarik benang epng jangan tumpah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

UMNO ada perlembagaan, rujuk perlembagaan dalam mengambil tindakan. Keputusan yg dibuat mesti adil dan bijaksana jangan mengelirukn ahli.

Difahamkan GAA badan yg tidak berdaftar disegi undang2.

Dalam Parlimen Sg.Petani ada 2 kawasan industri
i.Bakar Arang ii. Tikam Batu.

Simamat ni jadi ketua cawangan industri dimana,ahli-ahlinya kilang2 mana. Difahamkan beliau tinggal di Sungai Pasir. Tak tau pulak Sg.Pasir ada industri yg lebih luas dari Tikam Batu atu Bakar Arang.

Seperkara harus dilihat mengapa Ketua Bahagian tidak layan tuntutan mereka dan apakah niat GAA meletak syarat sedekian rupa.

Renungan ; Garam kena besi karat,letak dipokok kelapa suburlah pokok kelapa itu. TQ.

"SIASATLAh DENGAN ADIL"

Nelayan Pantai Merdeka berkata...

Tanpa nama 6;17 pm.hang tak payah habak lah yg kata umno ada perlembagaan tu.Semua orang tahu.Persatuan kedai gunting rambut pun ada.Kalau ada perlembagaab pun tak ikut inilah jadinya.Sejauh mana Ali Yahaya ikut perlembagaan.Dia lah kena ikut perlembagaan bukan ikut perasaan.Serupa juga haprak GAA pun tak ikut perelmbagaan.Yang pegang kuasa dengan yang berada diluar seperti Ali dan geng GAA serupa sahaja.Penghancur UMNO Kedah dan SP.Rupanya Ali Yahaya ini indah habak dari rupa.Tak ada tokoh pemimpin pun.Layak jadi stesyen teksi master sahaja.Kalau UMNO SP tak reti nak jaga.Sejarah UMNO SP belum pernah terjadi macam ini rupa.Ali Yahaya kena guna budi bicara berlebut berbincang agar masaalh ini seelasai.Puak GAA ini tahu sahaja lah ulaq ayak juga.Kalau kumpulan ulaq ayak ini pun Ali Yahaya tak reti nak selesai eloklah berundor bagi orang tadbir pula umno SP ini.Masing-masing keras kepala atas.Yang rosak UMNO SP.Ali Yahaya tak rugi sebab dia asyuk sebula RM 7 ribu.Ini lah yg jadi rebutan sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Samada Puak-puak Ali Yahaya atau GAA yang dipengerusi oleh Bakar Ahmad & S/u Khairul, semuanya sama saja berjuang untuk perut bukan berjuang untuk parti. Akibat tindakan dua puak yang masih bertelagah umno sp semakin lemah, depa tak kira dah apa nak nak jadi kpd parlimen SP masa PRU nanti, depa ni lebih pentingkan perut masing-masing.

Kalau masa mesyuarat bercakap bergegar2 dalam dewan tapi sebenarnya ekor masih bergelumang dengan tahi. Inilah realiti umno sp.

Kalau dulu umno sp tak pernah sunyi semasa pemilihan tapi selesai pemilihan semuanya kembali bersatu, tumpu kpd perjuangan parti...la ni bila semakin ramai yang cerdik depa sanggup berkelahi kerana jawatan/perut sepanjang tahun. Khairul asalnya kerja dgn Allahyarham Hj Ibrahim Mustaffa sebagai PA, kemudian berjinak2 dgn politik...cari makan pun harap kekuatan politik, bila x ada jawatan mula bising sebab periok nasi mula terancamya. Inilah antara tokoh pejuang umno sp. Kemudian mula hasut ketua2 cawangan dengan bermacam2 cerita supaya GAA dapat sokongan terutama puak2 yg kalah semasa pemilihan dulu.

Manakala Ali pula bila dah menang mula ego seperti dia jadi setpol MB dulu, susah nak jumpa ahli-ahli umno...cuma turun bila ada program saja. Gaya ego dan elit si Ali Yahya mula membuatkan ahli umno sp muak almaklumlah bila nak turun jumpa rakyat pun kena pakai drebar, kena turun dgn kuncu2nya..macam dulu-dulu semasa setpol. Lepas tu pula dia cuma kenai ketua2 cawangan saja...yg lain tu dia tak kenai langsung...tapi dia kena ingat yang nak mengundi bukan ketua cawangan saja, ahli-ahli pun terlibat juga, itupun kalau terpilih jadi calun!!!!!hahahahah, maaf nak gelak sikit.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates