Rabu, 9 Mac 2011

KALAU ADA YANG TAK KENA....UNDUR SEGERA!!!


SOBRI SUDIN

1. Amat tepat politik Malaysia masih tebal dan kuat dengan penilaian moral, meskipun ramai pengundi bukanlah orang yang bermoral termasuk golongan yang mendakwa ulama, ustaz, lebai dan haji..

Rumusannya.. Ketua UMNO Bahagian disebuah kawasan di Kedah Selatan, segeralah berundur, kerana tingkahlaku tuan yang mengamalkan gaya sodomi kaum Lut dan ajaran Anwar Al-Juburi bakal memalitkan imej dan menyusahkan parti. Pengakuan bersumpah mangsa sudah ada, bukti bergambar tersedia, pimpinan UMNO negeri sudah ketahu, PM sudah dihubungi.. Undurlah jangan tungggu lagi....

Dari sudut hukum agama meliwat dan membiarkan diri diliwat adalah berdosa, pertimbangan moral tidak boleh diterima, kesaksian aspek budaya juga sama sekali menentang amalan songsang yang menyakitkan mata... Lelaki diciptakan untuk wanita bukannya untuk lelaki..

2. Judi adalah antara 7 dosa besar disisi Islam. Justeru bila EXCO pelbagai portfolio PAS Kedah, Pahrolrozi berkata ramai orang gila judi di Kedah dan sepanjang 3 tahun PAS perintah tidak ada satu lesen judi baru diluluskan bunyinya amat menarik.

Rumusannya, lebih afdal dibatalkan langsung lesen kedai judi yang sedia, ada tingkatkan gerakan kuatkuasa bersama PBT, Jabatan Agama dan PDRM menyerbu premis kedai ekor haram yang berleluasa di Pantai Johor, Simpang Kuala, Sg Petani, Jitra, Pokok Sena dan serata negeri.. Tingkatkan gerakerja nahi mungkar.. bercakap retorik tak mungkin berupaya tuntaskan masalah.. kuasa sudah ditangan, upayakan biar syariat dan syiar Islam ditegakkan barulah kena dengan slogan PAS.. 'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'. Jika terasa gagal dan payah nak kota apa yang dikata.. jadilah masyarakat dan pemimpin yang lebih bermaruah seperti di Jepun dan Korea.. bila gagal penuhi amanah.. UNDUR SEBELUM DISUMPAH SERANAH...!!!

3. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata lagi dalam versi terbaru, 'UMNO Kedah sudah bersedia hadapi Pilihanraya Umum'.

Rumusannya bersedia dari sudut apa? Calculation atas kertas sahajakah? Ungkapan bersedia hanya untuk tarik perhatian PM dan TPM sahajakah? Apakah PM dan TPM begitu peduli tentang kerusi DUN di KEDAH. Prioriti mereka tentulah Parlimen, PM nak jadi PM bukan MB Kedah..

Bersedia sekadar dengan kata-katakah? Bersedia sekadar untuk sedapkan hati sendirikah? Pemuda, Puteri, Wanita dan komponen yang lain turut bersediakah?

Hakikatnya jika mahu mengharapkan momentum gerakerja UMNO/BN Kedah serta sayap partinya.. lupakanlah sahaja... lupakanlah sahaja... UMNO/BN Kedah tetap seperti dulu jugak, perubahan yang berlaku sekadar kosmetik, perubahan jawatan tetapi sikap, kesungguhan ditakuk lama..

Seperti jugak luahan hati hampir sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian di KEDAH yang masih berbunyi ke hari ini, KERANA TIDAK PUAS hati dengan lantikan muka baru sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Kedah.. Warlords ini bertanya....  MUKHRIZ LU SAPA??? Harapkan aura TUN SAJA? Lama mana nak duduk bawah ketiak BAPAK ???? Kalau pimpinan UMNO nak marah, nak pecat aku pun pecatlah.. buat apa kita perlu hipokrit.. dan selindungkan kebenaran...

UMNO/BN Kedah sebenarnya belum pulih dan belum sedar bahawa rakyat telah mengajar mereka, menumbangkan mereka kerana kebebalan dan keegoan sikap mereka.. Justeru talian hayat terakhir yang boleh diharapkan buat sisa sisa perjuangan untuk menawan kembali Kedah ialah apabila senarai calon UMNO/BN diumumkan.

Jika berjaya ketengahkan calon yang pengundi suka, pengundi sayang, pengundi kenal jasa baktinya maka ada harapanlah UMNO/BN menang.. Jika calon dipilih kerana kawan rakan, penuh liabiliti yang boleh jejaskan imej parti dan diri, dipilih kerana pegang jawatan dalam bahagian tetapi majoriti pengundi menyampah dikawasan.. maka bait terakhir yang boleh kita ucapkan pada UMNO/BN Kedah.. goodbye.. goodbye.. goodbye... UMNO/BN SELAMAT DIPERSARAKAN...

Aku pun lepas ni nak tutup buku dah... nak balik kampung usahakan kebun, dan diselang seli ikuti pengajian di pondok pak MENAKAN aku...

Ingatan terakhir untuk bakal-bakal calon dan yang terasa ghairah nak jadi calon pilihanraya.. KALAU ADA RASA DIRI BUAT BENDA TAK KENA.. maka umumkan... segera... SAYA SAMA SEKALI MENOLAK DAN TIDAK AKAN MENJADI CALON BAGI MEWAKILI PARTI SAYA... Maka senang cerita... Lebih baik mainkan peranan dibalik tadbir seperti kami para blogger.. tanpa upah, tanpa biaya tapi boleh menyumbang mengikut kemahiran yang ada..

Mat LEBAI SUDIN.. cukup-cukuplah
ALI YAHYA... sudah-sudahlah
TAJUL URUS... berehatlah
RAHMAN MAHMOOD... bersaralah

ada lagi senarai lain??? hangpa pakat tambah la!!!!... YANG PENTING UMNO/BN perlu menang dan prospek untuk menang akan lebih cerah jika senarai yang kita semua tahu lebih banyak bawak masalah dari selesaikan masalah dengan rela hati.. MENGundur diri.... maka dengan ikhlas hati kita RELAKAN MEREKA PERGI...

Tahniah Cikgu Shuib MURAD bekas Setiausaha Sulit Kanan DATO PADUKA RAHMAN IBRAHIM, yang baru dilantik ke jawatan SETIAUSAHA KERJA UMNO KEDAH yang baru...

34 comments:

AnaQarbana berkata...

UMNO Kedah dah bersedia...itu kata Dato' Basah...betoi ka ni...hang mimpi kot...hang syok sendiri kot...jangan-jangan hang dok lena di bawah ketiak bini hang kot lagi.....seingat aku..sejak bn kedah kalah dalam pru ke-12 sampai ke la ni...umno kedah hilang arah...hilang fokus....asyik dok buat stetement yang syok sendiri...kot..kot umno kedah bersedia sekali lagi nak kalah dalam pru kot...tu yang di maksudkannya....tengoklah di peringkat Bahagian...mana yang yang ceria ...semuanya bermasalah..padang dah kena....tapi penyokong tegar raman masih dok up raman..lebih-lebih lagi p3......merbok pula habih bercempera di peringkat AJK....ketua dengan kroninya saja yang turun ke cawangan terpilih.....persediaan untuk menghadapi pru sebenarnya tak ada..kalau ada pun atas kertas je.....Tok Basah kata bersedia di atas platform mana.....dari segi apa......janganlah buat statement merapulah Basah Oiiii.....jangan sampai pengundi gelak...jangan sampai ahli umno menyampah...jangan sampai puak pas takbir.....

Tanpa Nama berkata...

Hari ini genap 3 tahun BN hilang kuasa di Kedah. Kita sudah tiada masa. Tikagkat Prestasi, kurangkan kontraviesi. BN pasti boleh tawan semula Kedah.

Mr Paya Besar berkata...

Aku dah cakap.Bangaki gajah mana boleh tudung.Tapi mereka ini degil.Rahman Pdg serai eloklah undor.Imej umno cukup terok dimata orang ramai.

HAMMER berkata...

AKU TAMBAH

JOHARI POKOK SENA TU SIMPAN LAGI KA,,,,CELAKA, DIA SKRU TUN MASA PAK LAH DULU

CHE DET KHALIK, KRONI PAK LAH NGANGA LAGI BLAH LA

AZIZ FADZIR, BUAT SEMAK, DOK DI KL, NAK BALIK TENGOK KAWASAN PUN PAYAH

SEMAK SEMAK

sepat ronggeng berkata...

Nak habak pun malu mula kisah UMNO Padang Serai ni.Lepas menang seraga dulu mula ego.Kemudian bila berrebut projek SDO tu lah bermula segalanya.Kawan jadi lawan.Segala rahsia pecah.Terkejut besar bila cerita liwat dan kena liwat.Ada majlis angkat sumpah pula dan baca yasin.Tercacak bulu roma aku.Mungkin aku pun cukoplah dengan UMNO setakat ini.Perjuangan apa lah ertinya ini semua.Aku puh tak mahu subahat.Bye bye

Anak sg Kob berkata...

Mamat padang serai ini takut pada bayang yang dia buat sendiri.Janganlah dok fitnah orang lain pula.Kalau dah tak benar dan betul buat laporan polis saman pihak satu lagi.Buat penafian kerana malu besar.Buat juga majlis yang sama baca yasin dan angkat sumpah dalam mana-mana masjid.Dalam Islam ada peraturan.Hidup pun undang-undang.Pihak satu lagi dah pun buat baca yasin dan angkat sumpah junjong Quran.Kalau macam ini UMNO pun rosak masyarakat pun rosak.Kerana penyokong lah Mamat ni bawa rebah.Salah diri sendiri lah kot.

Manika varagam berkata...

Berita dari kawasan Padang Serai:
1.berita liwat
2.berita cekup khalwat
3.berita main judi
4.berita bawa bini orang
5.berita bawa indon
6.berita tambah bini

Insaf Kulim berkata...

Rahman minta lah semua cawangan dalam padang serai buat baca yasin.Biro Agama UMNO Padang Serai Baca yasin.Biro Agama UMNO Kedah baca yasin.Biro agama UMNo Msia baca yasin.Untuk membersihkan nama sdr sendiri dan buat penafian segera.

AnaQarbana berkata...

Ana setuju dengan Sepat Ronggeng....mai kita ramai-ramai pakat sokong calon PAS dalam PRU akan datang untung-untung dapat masyuk syurga freeeeeeeeee....kalau nak harap calon UMNO..puak yang menang seraga kerana politik wang [rasuahlah tu]dan kes liwat-meliwat jadi calon, sapa yang sanggup dok dalam seraga tu masyuk neraka...Pasai apa Rahman buat dekkkkkkkkk..je...buatlah sesuatu supaya liwat-diliwat tak jadi, palsu, fitnah....dia ni pun buat perangi DSAI kot.....jangan-jangan depa dalam spisi yang sama. kalai macam ni statement Tok Basah yakin boleh takluk kedah dalam PRU akan datang tak betoilah.....Tok Basah silap kot......jangan-jangan Tok Basah tak tahu kes Rahman ni kot.....biaqpilah kat depa...peduli apa aku...menang ke...kalah ke...sama je.....

sayang umno berkata...

Sebagai org umno khususnya di bhg Pdg Serai dan am di Malaysia cukup rasa terhina dan malu akibat perbuatan ini. Selama ini kita telah dimalukan dengan perbuatan liwat Anwar Ibrahim dan hari ini dikejutkan lagi dengan perbuatan yg sama di Bhg Padang Serai. Aku cukup malu dan rasa sungguh terhina kerana perbuatan ini. Malu nak mengaku org UMNO pun ada kerana yg melakukan perbuatan ini adalah bukan yg calang-calang punyai jawatan yg hebat. Sudahlah, cukuplah jgn rosakkan UMNO lagi... berambus lah..pi mampos la DS Najib tunggu apa lagi ambil tindakan pecat...si pelaku ini...buang jauh-jauh...agar umno tidak terus dimalukan. UMNO tidak akan rugi dan lemah kalau tindakan diambil.

Tanpa Nama berkata...

Aku sedih dgn perangai orang2 umno.Pembangkang tak kuat tapi umno berpecah.Rebut jawatan amat merbahaya dlm umno.Mcm2 fitnah direka utk pastikan seseorg tu jatuh.Apa lagi skrg ini musim org lobi nak jd calon.Mcm2 fitnah dibuat.
Kepada ana qarbana suka aku nyatakan bahawa Dato' Bashah buat kenyataan berdasarkan kpd laporan yg dia ada.Kadang2 kita berlagak tau sebenaqnya kt tak tau.Tok Bashah tau sbb semua laporan sampai kat dia.Tuan berckp berdasarkan kpd pengamatan tuan.
Dlm kes Padang serai aku rasa kita kena siasat dulu.Tak payah suruh Raman letak jawatan,sbb kita dgq sebelah.Sebelah Rahman kita tak dengaq lagi.Kalau nak jatuh hukum kita kena siasat dulu.Seseorg itu tidak dikatakan bersalah kalau mahkamah tidak mengatakan dia bersalah.Jangan mezalimi dia.
Aku dengaq kata di pdg Serai ni macam2.
Timbalan kena tangkap basah di Balik Pulau. Bawa lari bini orang,laki dia serbu nak tembak.
Marlia KETUA WANITA banyak skandal.Waktu jd bini Farid banyak kes skandal dia.Dgn Wan JPJ,Sobri Pegawai galian,Saberi pegawai ASB dan last sekali dengan Kamarudin laki dia sekarang.Bekas laki dia nak p bunuh depa berdua tapi nasib depa baik kerana bekas laki dia accident.
Siapakah winable canidate di Pdg Serai.Dengaq kata di Padang serai kalau lain dr Rahman jd calun ....... bungkus. Peti undi pun tak buka.

Tanpa Nama berkata...

P15 Sungai Petani. Mengkalu boh tongkoi lwn ngan UMNO/BN kompom bungkusssss. Besaq tuah kalu duit pertaruhan dapat balik. ALI............. dok angan-angan lagi ka nak jadi calon P15. Lawan ngan tongkoi pun hang kalah KALAH KALAH. Tapi kalu DUN Pantai...........UMNO/BN muleh menang, SYARATnya boh Hashim Hanafiah jadik calon.... KAH KAH KAH KAHHHH. RAjaei..........mentedarah elaun buta. Bukan batang hidung pun tak nampak buat kerja. Batang teloq pun tadak. Bacul

sayng umno berkata...

Tanpa Nama...hang sembang apa ni...nak suruh mahkamah jatuh hukum dulu....baru ngaku salah...mcm tu...kalau lagu tu jgn pecat anwar ibrahim lagi la sebab mahkamah x jatuh hukum lagi kata dia salah dlm perkara nie kita dah menzalimi DS Anwar Ibrahim. betul x??????? .Ni kita persoalkan masalah moral...bersumpah laknat pun sudah...bacaan yasin pun sudah..la nie kalau nak puas hati hang suruh rahman bersumpah laknat plak..berani dia buat...kalau dia berani habaq tang masa tempat kita nak pi dgr tgk..dia sumpah laknat nak dengar sebelah rahman ckp tobat dia x ckp hang tunggu sampai bila pun dia akan senyap jer.Rahman kena berundur...kalau naik nama rahman calon sebelum subuh lagi dia akan kalah...tanpa nama baru dengar kata kalu x boh rahman kalah ni aku kata org padang serai kata yg mengundi di dun Merbau pulas kata kalau boh rahman kompom bungkuih......silap-silap duit pertaruhan pun hilang..belambak peti undi x akan dibuka...sapa candidate bukan hang yg tentukan tu pimpinan tertinggi yg tentukan...pasaipa yg hang sebut halim bas , marlia saja ....yg bakri kena tangkap khalwat baru-baru nie awat hang x sebut...yg k/pemua duk kira berjudi awat hang x sebut...sebut semua jgn dok selindung...

Tanpa Nama berkata...

cerita buruk pemimpin Umno ni bukan setakat di Pdg Serai sj, di Bahagian lain pun ada jugak...macam yang terjadi di Kubang Pasu..baru2 ni Tim Ketua Bahagian yg jugak Adun Bukit kayu Hitam di dakwa ada skandal dgn PA dia..bukan setakat di dakwa tapi memang ni cerita benar bila bini dia p serang PA wakil rakyat ni di ofis..bini dia dah syak bila tercium hubungan cinta dua sejoli ni...kluaqla mcm2 caci maki sang bini kpd "bakal madu" dia..maka kluaq la cerita si wakil rakyat ni bawa PA dia bermalam di kondo depa d KL sana nuuu..bini mana tak marah oooii..la ni dah pecah satu kubang pasu..

si PA ni pulak body dia punya la solid molid...maklumla anak dara..sapa tengok pun
meleleh beb...

Tok Misai

Insaf kulim berkata...

Maklumat yg aku dapat mangsa itu ada kaitan keluarga dengan AJK pemuda bahagian padang serai dan juga AJK UMNO padang serai.Semua mereka ini tinggal di sekitar Labu Besar.Majlsi baca yasin dan angkat sumpah pun buat di taman sena.Apa nak jadi dengan umno.Rahman kena sama malu kalau dia rasa dia kena fitnah atau diinaya.Tunggu apa lagi.Atau pun minta prtunjok Allah.Baca yasin sama dan angkat sumpah didepan orang ramai.

Manika varagam berkata...

Dua tiga orang kuat bahagian padang serai cerita.Tiga perkara yang Rahman selaku ketua bahagian tak mengaku setakat ini;
1.TAK NGAKU SABOTAJ PILIHANRAYA YANG LALU.
2.TAK NGAKU JUAL BANGANUNA UMNO 2 PINTU DI TAMAN MAHSURI SEKARANG JADI SUPERMARKET APOLLO PADANG SERAI.
3.TAK NAGKU TERLIBAT DALAM KES LIWAT ATAU DILIWAT.

Tanpa Nama berkata...

Betul insaf kulim Rahman kena malu dan berundur demi UMNO kalu dia sayang UMNO dan dia nak tengok UMNO ni di hormati dia kena berkorban. RAHMAN KENA UNDUR......kalau dia nak UMNO nie terus hancur ikut suka dia la....nak buat apa pun (lg pun memang dia buat UMNO ni mcm harta dia pun he he he) . Padah yang akan diterima bukan dia sahaja tp kita semua org UMNO kat padang serai. Memang pun mangsa adalah nak saudara kepada AJK pemuda bhg dan AJK UMNO Bhg merangkap Ketua UMNO caw. Cian kat depa 2 org tu selama nie depa yg byk sokong rahman last2 anak saudara depa pun rahman sapu...

Tanpa Nama berkata...

Mak oiii...byk nyer masalah rahman nie...betul ke manika kalau cam tu sah la memang x layak pun jadi candidate kat Merbau pulas...lepas nie kalau x lekat jadi calon rahman leh la p usyar keja kat lorong gaharu ker pantai road....he heh he...sana ada byk kosong...

Dia la punya angkara yg menyebabkan merbau pulas kalah pada PRU 12 naya la kita dpt ketua bahagian cam nie rupa nya musang berbulu ayam dia la pengkhianat parti dan bangsa la nie nak tunjuk hero plak AUWWWWW x rela i......

La bangunan UMNO hak ahli umno pun dia juai...la naya nie..leh report kat sprm nie..camner dia juai dia igt harta nie harta pusaka dia kot bleh juai ikut suka esok sekali ngan org-org umno dia juai...mak x rela u....AUWWWWW

bab di liwat aku x mau kata pa...la tunggu dia buat sumpah la...AUWWWWW jgn mare.....kalau dia meliwat kira ok la satu geng ngan pak Sheikh....kalau dia diliwat mak x relaa u dpt ketua bahagian yg lembut yg suka tahan belakang...

pemikiaq umno berkata...

La.......... awat hangpa ni lembu sangat ....
Rahman blm didapati bersalah.Hangpa saja yang tuduh dia.Lembaga disiplin x pernah panggil dia dan tak dak repot polis.
Anwar didapati bersalah oleh lembaga disiplin.Lembaga disiplin cadangkan kpd MKT supaya dia di pecat.Dia ada kes polis.Dua keadaan yg berbeda.
Kalau hangpa nak suruh dia berundur,hangpa tu sapa.Memang dari awalpun hangpa mmg dah tak mau kat dia.
Lani aku nak tanya hangpa apa kata kalau laki Marlia buat sumpah laknat mengatakan marlia ada berlaku curang dengan kamarudin ketika masih menjadi bini dia,adakah marlia kena undur.Atau bekas laki mahani bini Halim hasan Timbalan sekarang buat sumpah laknat mengatakan halim berlaku curang dengan bini dia sehingga tertangkap basah di Pulau Pinang,adakah halim juga kena berundur.Atau laki perempuan yang pukul Lebai fadzil di Butterwort buat sumpah laknat mengatakan fadzil berlaku curang dgn bini dia maka fadzil kena letak jawatan sebagai ajk pemuda.Kalau ya jawapannya maka mudah sangatlah nak pejatuh pemimpin dalam umno.Bayaq duit kpd org gila,buat sumpah laknat mk pemimpin itu kena pecat.
Kewibawaan saksi juga kita kena tengok.Kalau saksi tu panagih dadah,peminum arak spt budak yg buat sumpah tu,bolehkan diambik kira.Aku dengaq kata hari ini mengaku,esok tak mengaku pulak.Apa muslihat fadzil kurung dan kuratin budak tu.Apa muslihat fadzil ugut rahman nak duit hingga RM330.00.Pasaipa setelah minta duit tak dapat baru cerita ini timbul.Sbb pa masa yg diambik terlalu lama(1 1/2 thn) baru heboh perkara ini.Perkara-perkara ini perlu diambik kira atau disiasat sebelum suruh rahman berunduq.Adakah kalau esok rahman buat sumpah laknat maka kes ini dianggap selesai.Aku rasa akan ada cerita baru pulak selagi tak dak PRU 13.Sbb niat hangpa nak bagi rahman tak lekat calun.Itu saja,bukan soal moral.
Aku nak bagi tau hangpa,umno ada tatacara menghukum orang.Umno ada peraturan dan perlembagaan.
Kpd yg dok geli nak jadi calun suka aku nyatakan bahawa kalau tuhan nak kita jadi calun maka jadi lah kita.Pengalaman ku dlam umno puluhan tahun.Ada yg sudah diarah letak jawatan pun masih miss,kalu tuhan x mau restu.
Dalam Padang Srai aku dengaq kt ada 90 cawangan umno lani. 80 cawangan berada dibelakang rahman.Semua pengerusi peti undi yg telah bermesyuarat adalah org rahman.Hangpa dapat maklumat mana kata peti undi tak mau buka kalau rahman jadi calun.Kerja hangpa memang pemohong.Tapi kalau org lain jadi calun mcm mana dgn peti undi yg org rahman jadi pengerusi.Lu fikaqla sendiri..............

Tanpa Nama berkata...

Saya amat tertarik dengan pendedahan Sdr. Sobri Sudin.
Tentang Kes 1:
Jika sudah mempunyai bukti samada bukti bergambar ataupun lain-lain bukti yang menunjukkan kesalahan pelaku seperti yang didakwa amatlah elok dibuat laporan Polis dan kes ini dibawa kemuka pengadilan supaya orang yang menuduh dan kena tuduh mendapat keadilan yang sewajarnya dengan kesalahan yang dilakukannya.
Janganlah kita menjatuhkan hukuman kepada seseorang jika kita tidak tahu perkara yang sebenar dan hanya mendengar cerita daripada orang lain.
Ini adalah kerana tindakan mempolitikkan isu yang amat mengaibkan ini akan menjatuhkan maruah kedua-dua belah pihak samada yang menuduh atau yang kena tuduh.
Biarlah pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya dan bukannya menjaja isu ini mencari publisiti dan keuntungan politik menaikan satu pihak dan menjatuhkan satu pihak yang lain.
Kita semua amat yakin dengan kredibiliti dan kewibawaan pihak berkuasa terutama pihak polis dan mahkamah untuk menyelesaikan isu yang amat mengaibkan ini
Cara yang diambil dengan menghebohkan dan mempolitikkan isu ini sebenarnya menjatuhkan parti UMNO itu sendiri.
Kita harus ingat jika kita dapat mencapai sesuatu hasrat kita dengan mengaibkan orang lain nescaya kita akan mendapat pembalasan dari Allah SWT dengan aib yang lebih hebat lagi dari aib yang kita lemparkan. Sesungguhnya Allah SWT maha adil.
Berfikirlah dahulu kesannya apabila kita bertindak samada kepada diri kita, agama kita, bangsa kita dan negara kita.
Jauhkan sifat mazmumah menguasai diri kita.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat tertarik dengan pendedahan Sdr. Sobri Sudin.
Tentang Kes 1:
Jika sudah mempunyai bukti samada bukti bergambar ataupun lain-lain bukti yang menunjukkan kesalahan pelaku seperti yang didakwa amatlah elok dibuat laporan Polis dan kes ini dibawa kemuka pengadilan supaya orang yang menuduh dan kena tuduh mendapat keadilan yang sewajarnya dengan kesalahan yang dilakukannya.
Janganlah kita menjatuhkan hukuman kepada seseorang jika kita tidak tahu perkara yang sebenar dan hanya mendengar cerita daripada orang lain.
Ini adalah kerana tindakan mempolitikkan isu yang amat mengaibkan ini akan menjatuhkan maruah kedua-dua belah pihak samada yang menuduh atau yang kena tuduh.
Biarlah pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya dan bukannya menjaja isu ini mencari publisiti dan keuntungan politik menaikan satu pihak dan menjatuhkan satu pihak yang lain.
Kita semua amat yakin dengan kredibiliti dan kewibawaan pihak berkuasa terutama pihak polis dan mahkamah untuk menyelesaikan isu yang amat mengaibkan ini
Cara yang diambil dengan menghebohkan dan mempolitikkan isu ini sebenarnya menjatuhkan parti UMNO itu sendiri.
Kita harus ingat jika kita dapat mencapai sesuatu hasrat kita dengan mengaibkan orang lain nescaya kita akan mendapat pembalasan dari Allah SWT dengan aib yang lebih hebat lagi dari aib yang kita lemparkan. Sesungguhnya Allah SWT maha adil.
Berfikirlah dahulu kesannya apabila kita bertindak samada kepada diri kita, agama kita, bangsa kita dan negara kita.
Jauhkan sifat mazmumah menguasai diri kita.

Tanpa Nama berkata...

Setakat hari ini belum ada lagi orang yang berak atas jalan mengaku dia berak.he he he he

Tanpa Nama berkata...

saya sokong kenyataan tanpa nama 11.46.
Janganlah kita membantu kempen kemenangan pembangkang.Gunakan saluran yang betul.Buat laporan polis.Tapi perlu ingat juga kesan kepada org yang nak buat laporan.Sudahkah anda ada banyak bukti......... Bukan apa aku takut saman menyaman kalau kes ini memehak kpd rahman.kalu sudah bersedia silakan........

besar labu berkata...

Kes Rahman ni berat.Kalau salah lagi berat.Jangan dok kait dengan orang lain pula.kalau nak bela pun bagi lah nampak cerdik sikit.Kalau dia dipihak yang betoi.Maka dia buatlah sumpah dalam masjid junjong ke Quran.Untuk membersihkan namanya.Kalau nak repot polis pun lagi cantik untok mencari keadilan bagi dirinya.Tak kan yang itu pun hangpa tak boleh nasihat dia.Orang ramai mahu tengok dia gentelmen sebagai pemimpin.Yang orang lain heran kenapa pihak satu sanggup bersumpah dan baca yasin.Sedangkan kawan kita ini senyap sunyi.Orang tua dulu kata berani kerana benar takut kerana salah.Masa itu polis pun tak ada lagi.Rahman tak perlu takut kalau dia tak buat ini semua.Bila banding Rahman dengan pihak satu lagi seolah Rahman kecut perut.Apa takut Rahman ada duit pengaruh pakailah loyar hebat-hebat lawan sama pihak sana.Rahman wajib bersih dirinya.Nasihatlah molek-molek kalau kawan dan sayang padanya.Jangan takut Allah bersama dengan kebenaran.Tunggu apa lgi bersihkan segera nama nya itu.

MR Paya Besar berkata...

Tanpa nama 1.51. kalau dah nampak nak berpehak pada Rahman tunggu apa lagi.Jalan lah repot ke.Nak sumpah ke .Nak junjong Quran.Kota kan apa yg dikatakan.Aku nampak Rahman amat takut.Kalau tak buat ayuh kedepan demi nak bersih nama.Tak payah lah nak dolak daleh.Dolak daleh banyak sangatSelagi dok dolah daleh selagi itu akan menghantui Rahman.Jangan takut Rahman kalau benar.Buktiksn kebenaran mu itu.

ulaqayaq berkata...

pemikiaq umno nampak gayanya seperti orang upahan Raman. Cara berceloteh, cara berhujah, berapa Raman bayaq, awat bari ni baru timboi pemikiaq umno...kot-kot dia ni wati cot benggali kot, kot-kot dia ni rosni gedempol kot, jangan-jnagn si mamat ni beri 3 line kot yang cuba nak bela Raman.....bagiuhlah....

Ahli UMNO Kilang Lama berkata...

Bila aku baca semua pengkomen kes liwat atau diliwat Abd Rahman Mahmud Ketua UMNO Padang serai ini sebagai kesimpulan nya:
1.yg paling tak layak dan kena undok diri ialah Abd Rahman sendiri.
2.sdr halim hassan timbalan ketua seperti yg dikomen.
3.sdr bakri naib ketua pun tajk layak kerana seperti yg dikomen.
4.sdr asmadi ketua pemuda pun lebih awal kena berenti seperti yg di komenkan oleh tuan-puan,
5.sdri marlia ketua wanita juga dan tak layak kena undor kerana seperti yang di lapur olah tukang komen.
Begitulah teruk dan dahsyatnya serta hinanya barisan umno padang serai.Kalau PAS macam hampas pimpinan UMNO Padang serai macam debu hampas.Barangkali sudah akhir zaman.Tanda-tanda keruntuhan kuasa melayu bila pemimpin penuh dengan angkara maksiat.Kalau pemimpin kencing berlari pengikut mereka kencing menerap.Sudah tidak ada harapan lagi umno padang serai ini.

Pak Lah bom berkata...

Baru padan muka hangpa semua umno padang serai.

Pakda berkata...

Rahman,Pakda sebagai orang tua dan lama dalam UMNO Pdg.Serai nasihatkan pi la buat report polis saman balik pihak lagi satu,buat sumpah kat mana-mana masjid dalam Pdg.Serai...bersihkan nama Rahman dan UMNO Pdg.Serai....Allah akan menyebelahi Rahman andainya Rahman benar...bab jadi calon itu adalah janji Allah,kalau Allah izin maka jadilah ia..kalau tidak rezeki orang lain...Pakda dengar cerita pihak lagi satu dah pun buat sumpah junjung Quran dan baca yasin..katanya tokwan budak tu sendiri yang jadi khlifah baca yasin..yang Pakda tau tokwan budak tu bukan calang org juga alim kat Labu Besar...mungkin dia tak rela Rahman buat dan paksa kat cucu dia..dia orang biasa yang tak punya kuasa apa-apa,hanya pada Allah saja dia berserah...kasihanilah keluarga depa kalau betul Rahman buat macam tu....kalau bersalah berundurlah,ramai lagi pemimpin yang boleh memimpin UMNO Pdg.Serai....

Jebon Labu berkata...

Cerita baru pula:rupanya bila mamat Rahman ini ada masaalah besar yg sedang menimpa dirinya.Ada pula manusia ambil kesemptan.Sepatutnya dia selesai msaalah supaya bersihkan nama dia.Orang-orang Zuber pula dah jalan supaya angkat Zuber jadi Ketua Bahagian ganti Rahman.Diam-diam ubi rupanya kawan aku ini.Bijak politik Zuber ini.Aku rasa pun memang dia cukup pintar dan bergeliga nak pelingkup.he he he he

MR Paya Besar berkata...

UMNO Padang Serai dan Pemuda UMNO Padang Serai bila pula nak buat demo desak Anuar serah DNA pada mahkamah berhubung dengan kes liwat pak sheh yang sedang heboh saat ini.Ini pun gelombang merah juga.menetang PKR.Adul Laman setuju ke.....

Tanpa Nama berkata...

raman nie kalau xdak isu moral pun memang dia xlayak jd pemimpin.sombong, ego,angkuh mcm mn dia dipilih jd pemimpin.ketua-ketua cawangan takut nk bersuara sebab takut hilang jawatan dan elaun jkkkp.Banyak ketua-ketua cawangan yg tegur dia kena kerat jawatan dan elaun.Di cawangan pecah belah habis angkara sikap raman tu.

Gelembong Merah berkata...

Zuber ni selalu dok kata dlm politik tak ada kawan.Semua yg berlaku ini kerana percaturan dia sejak dari belum pilihanraya lagi.Dia dah mengidam nak jadi ketua bahagian ini lama dah.Dia pun tahu Rahman ini ada masaalah.Sebab tu dia umpan Rahman.Dia guna Halim Bas,Marlia,Asri.Kemudian bagi pecah lagi.Tinggal Raman ,Zuber sahaja.Asri dgn Marlia keluar masa pemilhan dulu joint dgn Bakri,Cot dgn Wati.Bila Rahman jadi kambing hitam Zuber buat-buat bela Rahman.Nampaknya Padang Serai kian meruncing bila zuber/ketua PU3/ketua pemuda satu team.Halim Bas/Halim Gemuk satu team.Bakri/Ku Rashidi satu team.Marlia/Asri /Alias laki Naib ketua wanita satu team.Inilah pelan -pelan zuber dan yang lain nak jadi calon dan ketua bahagian.

Dacing berkata...

Hangpa ingat baca yasin dan angkat sumpah ini main-main ke.Berat akibatnya nanti.Tapi kenapa keluarga mangsa sannggup buat begitu.Kenapa Rahman dok diam.Kenapa tak bersih diri.Mungkin takut kot.Semua ni modal PAS laa.Jangan dok salah orang lain.Berani kerana banar tak berani kerana bersalah.Aduh kesian umno....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates