Selasa, 8 Mac 2011

KEDAH MACAM MANA?????...

SOBRI SUDIN


1. Momentum kemenangan PRK (Pilihanraya Kecil) Hulu Selangor, Galas, Tenang kini diteruskan di KERDAU dan MERLIMAU..

2. Namun dari sudut pemikiran strategis, keputusan semua pilihanraya kecil ini bukanlah satu petanda kukuh bahawa BN telah kembali pulih diterima rakyat.

3. Rating Najib memang memuncak, namun rating UMNO dibeberapa buah negeri dan kerjasama kondusif lagi kukuh antara komponennya masih banyak perlukan perubahan dan pembaikan yang ketara.

4. Kerdau dan Merlimau merupakan DUN yang terletak di dalam negeri yang dikuasai BN. Pimpinan atasannya yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya adalah orang yang tahu apa yang perlu dilakukan, ini diakui banyak pihak.

5. Namun dalam konteks pilihanraya kecil yang diadakan dinegeri-negeri dikuasai Pakatan, BN ternyata tewas dan lemas. Permatang Pauh, Kuala Trengganu (negeri dikuasai BN), Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang semuanya menyaksikan kekalahan demi kekalahan menimpa BN.

6. Ramai rakan, sahabat dan peminat politik setempat bertanya, apakah peluang BN di Kedah melihat senario keputusan PILIHANRAYA KECIL semasa?

7. Detik hati kecil masih menaruh harapan dan berkata, BN tetap punyai peluang, namun sikap dan political behaviour pengundi di Kedah sukar dijangka.. Maturity pengundi Kedah dan daya pilihan mereka sebenarnya cukup tinggi.. Ini ada justifikasi empiriknya yang bakal kita bincangkan di entry yang lain.

8. Lalu, para pengamat, penganalisis dan peminat politik bertanya aku lagi, apakah 'impetus' atau 'pullinng factor' yang boleh menjadi the ultimate reason bagi BN untuk kembali menawan Kedah? Jawapan hakikinya ialah 'lihat siapa calonnya'.. Memang benar tren terkini membuktikan calon memainkan peranan penting mengatasi indikator lain.

9. Namun kejayaan calon perlu diiringi dengan pelbagai pakej kriteria tertentu yang boleh membuka laluan mudah bagi BN untuk beri saingan hebat seterusnya menang pertarungan.

10. Dalam pada itu golongan peminat politik tadi bertanya lagi, 'dengan situasi sekarang, momentum dan gerakerja UMNO dan BN Kedah yang dilihat lesu, kurang menyerang, kurang menyengat'  walhal PAS, PKR dan DAP terus nyenyak lena menampakkan seolah-olah UMNO dan BN Kedah kurang berani mengusik mereka', apakah situasi ini boleh beri kelebihan pada UMNO/BN?.. Jawapannya tentu tidak.. melainkan disaat injury time nanti akan berlaku miracle misalnya UMNO/BN TERJUMPA LAMPU ALADIN AJAIB yang boleh digosok kemudian keluarlah JIN-JIN untuk membantu memenangkan UMNO/BN.

11. Lalu mereka itu (para pengamat politik lagi) terus mengasak bertanya, bersintesis, 'jika demikian bagaimana mungkin UMNO/BN akan menang dan menawan Kedah'?.

12. Lalu aku menjawab, UMNO/BN akan menang dengan syarat semua ahli UMNO, komponen BN, fence voters, golongan silence majority dan rakyat yang tahu berfikir memusatkan fikiran, membuat keputusan dan menanam tekad untuk menurunkan tanda X di kertas undi di bahagian kotak kosong disebelah logo BN dalam pilihanraya Umum nanti..

13. Mereka terus bertanya, 'KENAPA KAMI HARUS BERBUAT DEMIKIAN', lantas ulasan aku mudah dan ringkas, 'SETERUK-TERUK UMNO DAN BN, TERUK LAGI PAS DAN RAKAN PAKATAN'.. Cukuplah sepenggal peluang diberi, eloklah peranan sebagai pembangkang yang efektif kita kembalikan kepangkuan mereka.. Mereka bersoal lagi, KENAPA????

14. JAWAPAN aku mudah sahaja... TELAH TERBUKTI, UMNO/BN memang telah ditakdirkan dan hanya boleh berfungsi apabila menjadi kerajaan..

15. Sebaliknya UMNO/BN akan lesu, layu, kaku, dan basi serta MEREKA gagal dan akan terus gagal SEKIRANYA berperanan sebagai pembangkang...

1 comments:

Pak ya berkata...

Nak menang macamana kalau Ketua Bahagian pun berdepan depan isu liwat.Bila lagi nak buat penafian.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates