Khamis, 3 Mac 2011

Kedah Sejahtera - Apa dah jadi?

Kedah Times panjangkan pendedahan oleh DuluKiniSelamanya (DKS).

Kedah Times tidak mahu perpanjangkan lagi cerita. Semuanya didedahkan sendiri oleh DKS. Boleh baca dibawah atau lawat di blognya seperti link di atas.

Cuma ingin Kedah Times sentuh ialah sikap Kerajaan PR yang dulunya mengatakan tiada under table, tranparency, merakyatkan dan pelbagai slogan lagi yang manis seperti gula diberikan kepada rakyat. Tetapi kes seperti ini hanya jika dilihat secara terus, tiada tindakan oleh Kerajaan yang memerintah sekarang. Simpan bawah karpet!

Bila dibentangkan fakta-fakta, maka jawablah totok PR yang semua ini berlaku pada 2007, zaman BN/UMNO. Jawab kita senang saja ... so apa tindakan kerajaan PR bila mamat ni masih berleluasa dalam masa pemerintahan PR? Adakah kerana dia orang kuat PR, maka kerajaan  "make dunno" saja?

Sekali lagi MAnifesto Kedah Sejahtera GAGAL..

 

 

 

Penemuan Salahurus Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB).

Tengah aku dok menyelongkap sampah2 yg ada (maklum la tak sabaq dgn pejabat baru, depa ni pakai lempaq merata segala dokumen) terkezutttt aku terjumpa sepucuk surat pendedahan salahurus KTMSB. Surat drp KTPC ditujukan kat YB Tuan HAJI Ir Amiruddin Hamzah. Mai kita pakat2 baca... (Maaf kerana terlalu buruk dan berkeronyok aku scan tak clear, jadi aku taip jugak habuan santapan pembaca)...

---------------------------------------------------------------

Y.B. Tuan Haji Ir. Amiruddin Hamzah,
Pengerusi,
Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd

PENEMUAN-PENEMUAN SALAHURUS KULIM TECHNOLOGY MANAGEMENT SDN BHD (KTMSB)

Merujuk kepada surat pengerusi KTMSB ref:KTMSB/Chairman/01/08 bertarikh 18 March 2008, saya ingin memaklumkan kebimbangan saya bahawa salahurus oleh Tuan Haji Annuar Mohd Saffar tersebut merupakan satu tindakan yang menyalahi undang-undang.

Saya percaya apa yang dinyatakan oleh pengerusi KTMSB dalam surat tersebut merupakan sebahagian kecil sahaja daripada salahurus tersebut setelah melihat penyata Akaun KTMSB bagi tahun 2007.

Transaksi mencurigakan tersebut bukan sahaja berlaku pada bulan Julai 2007 melibatkan 9 keping cek bernilai RM448,118.43 sebagaimana dinyatakan oleh Pengerusi KTMSB melalui surat beliau, malah ia telah berlaku beberapa lama sebelum itu.

Pada bulan Mei dan Jun 2007 juga terdapat pola pembayaran yang sama, iaitu membahagikan jumlah nilai cek agar tidak melebihiRM50,000.00 dan keseluruhannya melibatkan 26 keping cekdengan jumlah keseluruhannya bernilai hampir RM1.3 juta. Cek-cek yang dikeluarkan tersebut adalah seperti di Lampiran A.

Pola tersebut berulang selama tiga bulan yang menunjukkan ianya dilakukan dengan penuh pengetahuan dan sedar, dan bertujuan mengelakkan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah lain tentang pembayaran tersebut memandangkan pengeluaran cek melebihi RM50,000.00 memerlukan tandatandangan seorang lagi Pengarah selain beliau. Oleh kerana itu, cek-cek telah dibahagikan jumlahnya bagi membolehkan beliau menandatangani cek-cek tersebut dengan Pengurus Jabatan Akaun KTMSB yang merupakan kakitangan yang hanya mengikut arahannya.

Rekod juga menunjukkan Teknologam merupakan pelanggan KTMSB, Syarikat TeknoLogam Sdn Bhd pernah dianugerahkan beberapa projek antaranya tender bernilai RM4,431,384.00 pada tahun 2002 yang mana Tn Hj. Annuar merupakan orang yang bertanggungjawab membuat penilaian tender dan cadangan penganugerah tender.
Disertakan bersama-sama ini maklumat berkaitan Tn Hj Annuar dan Teknologam seperti di Lampiran B untuk makluman YB.

Saya mencadangkan agar satu Audit Bebas keatas perkara tersebut diadakan bagi menjamin integriti pengurusan KTMSB.

Sekian, Terima kasih,

Yang benar,
KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD

---------------------------------------------------------------

Lampiran A

Nombor Cek
Tarikh
Jumlah (RM)
163102
3 Julai 2007
RM50,000.00
163110
3 Julai 2007
RM48,118.43
163109
3 Julai 2007
RM50,000.00
163103
3 Julai 2007
RM50,000.00
163102
3 Julai 2007
RM50,000.00
163104
3 Julai 2007
RM50,000.00
163105
3 Julai 2007
RM50,000.00
163108
3 Julai 2007
RM50,000.00
163106
3 Julai 2007
RM50,000.00
149931
6 Jun 2007
RM50,000.00
149930
6 Jun 2007
RM50,000.00
149929
6 Jun 2007
RM50,000.00
158628
6 Jun 2007
RM50,000.00
158629
6 Jun 2007
RM50,000.00
158636
6 Jun 2007
RM50,000.00
158638
6 Jun 2007
RM50,000.00
158635
6 Jun 2007
RM50,000.00
158634
6 Jun 2007
RM50,000.00
158637
6 Jun 2007
RM50,000.00
158633
6 Jun 2007
RM50,000.00
158632
6 Jun 2007
RM50,000.00
149898
11 Mei 2007
RM50,000.00
149923
11 Mei 2007
RM50,000.00
149924
11 Mei 2007
RM50,000.00
149922
11 Mei 2007
RM50,000.00
149925
11 Mei 2007
RM50,000.00
Jumlah Pembayaran
RM1,298,118.43

Transaksi dipetik dari Penyata Akaun Kulim Technology Management Sdn Bhd di Maybank Cawangan Kulim Hi-Tech Park. No Akaun: 502 111 000 881

---------------------------------------------------------------

Lampiran B

MAKLUMAT TEKNOLOGAM SDN BHD & HUBUNG KAIT DENGAN KTPC DAN KTMSB (RELATED TRANSACTION)

1.       Teknologam telah mendapat satu tender dan dua sebutharga seperti berikut dari KTPC (tender dari Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn):

2002
No Tender :KTPC/TC/2002/MP/10 – ’Advanced Metal Processing Machine’
Jenama: CO2 Laser Cutting Machine (Amada FO-3015)
Jumlah Kontrak : RM4,431,384.00

2003
No Sebutharga: KTPC/TC/2003/AEC/21 (Q) – ‘Profile Projector’
Jumlah Kontrak : RM93,680.00

2004
No Sebutharga: KTPC/TC/2004/SMPC/36 (Q) – ‘Stud Welding Machine’
Jumlah Kontrak : RM71,412.00

(Semua ini adalah semasa Tn Hj. Annuar Mohd Saffar menjadi Pengurus Besar, Pembangunan Teknologi dan Penyelidikan, KTPC yang bertanggungjawab terhadap proses tender tersebut.  Jumlah semua ialah RM4,596,476.00)

2.       Teknologam menjadi pelanggan utama METEX iaitu satu Jabatan di bawah anak syarikat Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB) di mana Tn. Hj. Annuar Mohd Safar adalah Pengarah Eksekutifnya.  Lebih 60% dari kerja METEX diperolehi dari Teknologam Sdn Bhd.  Jumlah kerja sejak dari 2005 hingga sekarang adalah dalam anggaran RM500,000.

3.       Teknologam menjadi penyewa Bangunan Kilang Siap, Lot 2 (bersebelahan dengan METEX) di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dari KTPC dengan kadar sewa sebulan ialah RM5,372.90 bermula 1 Julai 2005.  Ibupejabat Teknologam ialah di Sg Petani.

4.      Teknologam telah memajak tanah seluas 3.44 ekar di Zon Industri Fasa 1, KHTP dari KTPC dengan harga belian RM1,801,815.84 (Lot 20 @ RM12 sekaki persegi) pada tahun 2004.


---------------------------------------------------------------

Aku cuba mencari jawapan samada tindakan ada diambil ataupun tidak aku tak pasti. Ataupun surat ni sampai ka tak ke tangan YB pun tak pasti. Cuma yg pasti, aku rasa tutup buku saja laaa... sebab THAMS masih lagi dok bermaharajalela di KTMSB sampai la ni... 

Tertarik dgn satu komen yg aku baca "Masa Datuk Shukri jadi CEO dia tak kacau pun Nash (PKR), Shahiran (PAS), Zaharah (PAS), Rohiza (PAS), Annuar (PKR/Reformasi), Mokhtar (PKR) dan Amin (PKR). Tapi bila hang dengan Hj Sobri mai habih hampa label org BN & UMNO dan nak usir semua orang yg ada sangkut dengan BN keluar. Hampa jadi anti BN, tapi dulu BN tak anti kat geng hampa pun. Sikit pun tak kacau, semua sama rata tanpa mengira fahaman politik".

Pakat2 pikiaq laaa... Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.


3 comments:

HAMMER berkata...

DAH ADA BAHAN, AWAT HANG TAK REPOT KAT BPR. BAGI DEPA BELENGAIS PUNKOK

Tanpa Nama berkata...

Bahan, bukti, testimoni sampai pengakuan memang dah ada dan telah dikemukakan kat pihak berwajib. Cumanya dengaq crita kawan kita anuar safar ni aada pasang kaki dah kat sprm mungkin kawan dia..bukan tak tau dlm sesuatu organisasi tu macam crita org putih kan ada bad cop ada good cop..samalah dgn sprm....Harap mana2 pegawai sprm yg bekerja kerana Allah dan prihatin tu bukakk2 lah balik fail tu...

Tanpa Nama berkata...

Repot & maklumat ni aku dengar cerita dah banyak kali masuk Hj, Exco, SPRM, Kerajaan Negeri dsbnya, tapi semua tak ambil tindakan (NFA-no further action). AMS ni liat sikit. Harta dia banyak, banglo saja ada tiga, jadi sapa saja dia boleh bayaq. Tak mustahil SPRM Kedah pun dia dah kaw tim. Memang org kat ofis dia di KHTP tu muak tengok muka dia, sebab tu la dia selalu ada trip pi oversea, hampir setiap bulan saja ada trip makan angin. Belum pun ada blog PAS atau PKR yang tampil menyatakan semua ni fitnah dan tidak berdasarkan fakta. Apa yang jadi kalau benda lama pun, salah tetap salah, cuma ambil masa nak korek sebab AMS ni memang diakui bijak dan licik. Semua duit dia simpan overseas (sebab tu la setiap bulan pi overseas, tengok duit dia di sana). i saja la aku bagi clue kat SPRM yang dok monitor blog Kedah Times & DKS

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates