Sabtu, 19 Mac 2011

MAHUKAH PAS KEMBALI KE PANGKAL JALAN???????...


SOBRI SUDIN

1. Dalam kajian perbandingan  berhubung parti-parti politik di Malaysia, PAS antara dikenali parti yang cukup dogmatik sifatnya. Dogmatik bererti konsisten pendirian, sikap dan dasar perjuangan. Dalam PAS, sebelum mereka menjadi anjing salakan DAP dan dibontoti PKR mulai 1999, 'Daulah Islamiyah', 'Hukum Hudud' dan usaha membentuk 'Al-Quranic Society' seperti yang dihurai panjang lebar oleh Al-Maududi tidak pernah kunjung padam dari usaha dan tindakan mereka.



Namun kini PAS bukan lagi dogmatik tapi terlebih pragmatik sehingga merosakkan asas dan dasar perjuangan PAS sendiri yang selama ini begitu diminati pendokong gerakan Islam.



2. Ironinya sebelum berlaku persetubuhan haram PAS, PKR dan DAP semenjak Pilihanraya 1999 lalu dan disimpul kuat mulai 2008, PAS bukan sekadar parti politik akan tetapi sebuah gerakan dakwah. Menjadi suara pendesak dan pengimbang kepada dasar Islamisasi yang dilaksanakan UMNO sebagai tunjang pemerintah. Hasilnya masyarakat Islam mendapat manfaat, umat Melayu beroleh berkat.

3. Namun kesan dan impak dari usaha untuk lebih menjadi parti politik dengan matlamat kuasa dunia menjadi idola utama, maka peranan sebagai pendakwah, pencetus kebangkitan ummah, dan pengimbang terhadap pelaksanaan dasar Islamisasi kian terhakis.

4. Apatah lagi kesediaan berpeluk mesra dengan musuh Islam seperti DAP telah meninggalkan impak yang besar kepada denyut nadi umat Islam Malaysia.

5. Isu PAS menjadi talibarut dan patung mainan yang dikawal oleh tok dalang DAP juga terserlah ketika NIZAR menjadi MB Perak... MUJUR. Alhamdulillah, ALLAH s.w.t melalui peranan Sultan Perak masih sayangkan umat Melayu Islam di Perak.

6. Semua umat Islam juga sedih bila suara PAS terpinggir di Selangor dan Pulau Pinang. PAS tidak lebih ibarat melukut ditepi gantang. Tidak banyak yang PAS boleh buat untuk daulatkan Islam, laksanakan amal maaruf nahi mungkar di kedua negeri berkenaan.Umat Islam dan Melayu Pulau Pinang dipijak, ditindas, ditutup periuk nasi mereka, sejarah Pulau Pinang mahu ditulis semula dan ujud usaha terancang mahu men HONGKONG kan sepenuhnya secara mutlak PULAU PINANG, namun PAS tidak terdaya berbuat apa-apa...

7. Di Kedah pula, meskipun MBnya PAS, tetapi sikap takabur dan bongkak yang sering ditunjukkan MBnya akan mengesot menjadi perlahan, gara-gara 4 kerusi DUN yang diwakili oleh ADUN bukan ISLAM.. Malah ADUN-ADUN inilah sebenarnya yang membolehkan Kerajaan PAS KEDAH Terus berkuasa.

8. Akibatnya sangat besar. PAS sudah menutup kalimah Hudud dalam arus perjuangannya. Sunyi sepi tidak lagi kedengaran, walhal Hudud menjamin keadilan untuk semua dengan konsep, 'justice must not only be done but must seen to be done'.

9. PAS tidak lagi berteriak sakan mengecam majlis keramaian sosial, konsert bercampur lelaki perempuan, kerana mereka sendiri ghairah menganjurkan atas alasan mahu menarik golongan muda. Jika dahulu PAS, memusuhi artis, dengan alasan artis membawa hiburan melalaikan, kini artislah yang dicari PAS, buat menyambung sisa-sisa hidup perjuangan mereka. JIKA dahulu ceramah mereka boleh himpunkan puluhan malah ratusan ribu orang, kini PAS terpaksa menyediakan makan minum, hiburan dan pengangkutan percuma, namun jumlah yang datang cukuplah menyedihkan.

10. PAS juga seakan bisu bila isu kalimah Allah diperjuangkan puak penganut Kristian Malaysia. PAS termangu kaku bila BIBLE berbahasa MELAYU dibenar diedar di Malaysia. Bila bukan Islam menyalahgunakan mimbar masjid untuk berceramah PAS merelakan, walhal mereka lebih arif akan hukum hakamnya.

11. Bila bukan Islam berpakaian seksi dihadapan masjid melakukan aktiviti tertentu, PAS menutup mata. Tiada lagi kedengaran usaha untuk menghapus, menutup premis judi dan arak di negeri yang mereka perintah, sebaliknya mereka turut menumpang hasil judi dan arak tadi..

12. Bila azan diperlekehkan, suara PAS juga kaku, bila bukan Islam mula mencabar kenapa mereka tidak boleh menjadi Peguam Syarie, PAS juga tertidur dibuai mimpi...

13. Lebih bobrok, ulama PAS yang dipuja namun dimamah usia, kian hari mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah pun diajar, dan menjadi sunnah RASUL selain jelas tidak kedapatan nas yang kukuh di dalam Al-Quran mahupun hasil pandangan dan ijtihad para fuqaha yang dominan seperti Imam Shafie, Maliki, Hambali dan Hanafi. PAS membiarkan atas alasan ulama mereka itu bertaraf Tok Guru dan Mursyidul Am. Walhal tasawur Islam mengajar agar setinggi mana pun ilmu yang kita ada, unsur riak, bangga dan takabur haruslah dibuang jauh-jauh. Dek kerana ego dan hakikat untuk mengapai kuasa politik dunia maka terkeluarlah dari mulut si Tok Guru tadi, 'Allah mencarut, mengundi PAS MASUK syurga, haram syarie mengundi UMNO/BN', orang yang mengundi UMNO itu jahiliah, sanggup berkawan dengan syaitan dan banyak lagi ajaran karut marut yang hanya membuka laluan kepada bukan Islam bertepuk tangan.

14. Hakikatnya, PAS perlu kembali ke pangkal jalan, kembalikan peranan sebagai gerakan dakwah dan pencetus kebangkitan kesedaran Islam sebenar, pengimbang dan suara pendesak kepada DASAR ISLAMISASI yang dilaksanakan UMNO, yang mana tak betul tegur, yang betul terus bagi sokong demi kekuatan ummah dan kejayaan syiar dan syariat Islam di Malaysia.

15. PAS PERLU KEMBALI KEPANGKAL JALAN...!!!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates