Khamis, 3 Mac 2011

MAKLUMAN... PERKASamkan.. oops PERKASAKAN KEDAH SEJAHTERA


SOBRI SUDIN


1. Sebelum nukilan diteruskan satu hebahan makluman ingin diuar-uarkan disini.




FORUM PERDANA EHWAL ISLAM ANJURAN SEKTERIAT YAYASAN PEMBANGUNAN INSAN MALAYSIA

bertajuk 'Perpaduan adalah Sunnah' akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
       

 Tarikh                 : 4 mac 2011 (Jumaat)

 Masa                   :  8.00-12.00 malam
 Acara selingan: Persembahan Video Korprat YAPIM dan

                            : Persembahan NASYID Kumpulan Rabbani
 Tempat               : Padang Sekolah Rendah Kebangsaan
                              : Kuala Nerang, Pekan Kuala Nerang



 'SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR UNTUK MENGHAYATI MAKNA DAN ERTI PERPADUAN DALAM MEMPERKASAKAN UMAT ISLAM'.



2.Tertarik dengan perkataan 'PERKASA' seperti yang difahami PERKASA juga adalah sebuah NGO yang dilihat 'ultra Malays movement'. Apa jua isu yang melibatkan kepentingan dan hak Melayu Islam pasti PERKASA tampil mempertahankan atau mengeluarkan kenyataan mahupun bertindak mengikut modus operandi yang mereka telah tentukan.



3. Setidak-tidaknya masih ramai Melayu Islam yang tidak gentar dan takut bagi menegakkan sentimen primordial, berjiwa nasionalis dalam era globalisasi dalam situasi dimana nasib dan hak MELAYU diserang bertubi-tubi terutamanya oleh faham pluralisme agama dan gerakan DAP KAFIR HARBI yang jelas mahu memperjuangkan Malaysian Malaysia. Sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja mengikut acuan dan fahaman budaya homoseksual yang diterapkan oleh PKR.




4. Dalam konteks Kedah, Negeri Lindungan Bulan (nama lama Kedah), perkataan 'PERKASA' juga kini gah terpampang di bilboard di Giant (contoh di stesyen minyak PETRONAS Jalan Sultanah Sambungan berhadapan Shabab Perdana dan jalan menuju ke Tol LEBUHRAYA UTARA SELATAN di persimpangan Alor Setar Utara). Namun ayatnya cukup menarik ibarat 'gula-gula politik' yang dicipta oleh sang propaganda parti Melayu Islam, PAS yang kini diberi amanah mentadbir Kedah.Tahniah di atas kejayaan PAS terus mensejahterakan AZIZAN DAN EXCOnya. Kesejahteraan 1.9 Juta rakyat Kedah masih banyak ruang yang perlu dibaiki...



5. Bezanya digiant bilboard tadi tertulis 'PERKASAKAN KEDAH SEJAHTERA' sempena sambutan ulangtahun ke-3 pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah. Lantas kecekapan pengurusan ekonomi unfair PAS bakal diterjemahkan dalam bentuk Ekspo,  dan Karnival Kedah SEJAHTERA sempena sambutan tersebut. Ada sambutan di Kompleks Pas di Langgar dan ditempat-tempat yang lain lagi.



6. Maka sepertimana lazim, ekspo dan karnival ini akan dipenuhi dengan aktiviti jualan, VCD ceramah maki-makian, jualan ubat kuat, ceramah perdana mengutuk dan mengaibkan saudara seagama sehingga menggangu laluan lalulintas dan menimbulkan bunyi bising dan teriakan serta sorakan pokka-pokka hijau dalam karnival berkenaan.



7.Ceramah perdana yang pastinya menampilkan tokoh-tokoh auta hebat, tukang penglipurlara pastinya bakal diiringi dengan edaran uncang-uncang guni kecil diselang seli dengan laungan takbir Allah hu akhbar sebagai justifikasi kununya itulah sedekah, infak dan derma jihad.



8.Maka berbondong-bondonglah rakyat kampung yang tidak berdosa, bersekongkol untuk duduk dalam majlis ceramah kata-mengata, ketawa berderai-derai mendegar makian, hinaan, dan seloka penceramah PAS yang pasti akan mengadunkan elemen mitos, rekacerita, khayalan dan fitnah murahan. Syabas kita ucapkan dan tahniah pada yang bakal hadir meraikan majlis membuat dosa beramai-ramai.. TAKBIR!!!!!



9. Sekalung tahniah pada pimpinan AZIZAN dan EXCOnya kerana tanggal 8 Mac 2011, menandakan dari sudut PEKELILING dan peraturan perjawatan mereka sudah layak menerima pencen kerana telah berkhidmat selama sepenggal sebagai ADUN, MB mahupun EXCO..



10. Kita harapkan selepas PRU ke-13 rakyat Kedah akan terus memencenkan golongan kaki tidur ini, yang hanya berjaya melagukan nyanyian KEDAH SEJAHTERA, sehingga terjulur lidah lalu melelehlah air liur basi rakyat, pegawai KCS, ahli PAS, ahli UMNO, ekonomi negeri, prestasi GLC, kemajuan pelaburan, momoentum KHTP, semuanya bersama menghayati dengan khusyuk slogan KEDAH SEJAHTERA sehingga terlelap lalu nyenyak LENA..



11. Tahniah PAS, PKR dan DAP yang membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat di KEDAH. Pilihanraya akan datang maka susun kembali bait-bait nan indah, janji-jani manis, ayat-ayat retorik politik dan ceduklah idea dari sesiapa saja kemudian himpunkan  dalam satu dokumen yang dinamakan 'MANIFESTO' buat santapan halwa telinga rakyat Kedah.



12. Biarpun janji manifesto 2008 yang lalu sudah tersimpan di muzium usang, jangan gentar membuat janji palsu baru, kerana demikianlah lumrah dan budaya politik. Tapi AWAS.. PAS, PKR DAN DAP.. You CANNOT FOOL ALL THE KEDAHAN ALL THE TIME.. BLOODYFOOOL!!!!!!!. Janji teras dalam PRU 2008 yang lalu ingin diulangi:




A. Mana dia kata nak potong elaun MB dan EXCO sebanyak 30%?.. BOHONG SAJA!!!


B. Mana dia Maahad Imamah.. auta dan tipu saja..



C. Mana dia kata cukai tanah, cukai hasil pintu, tarif air kata nak turun, menang hari ni (8 Mac 2008) esok kita turunkan semua tarif cukai di Kedah.... POOOODAH!!!!!



D. Mana dia kata nak bagi pinjaman beli kenderaan untuk kakitangan kerajaan negeri tanpa faedah? Yang dibeli Camry 14 buah untuk EXCO ada lah.... LIDAH BIAWAK BETOI POKKA HIJAU!!!!



E. Mana dia kata nak bagi cuti bersalin 3 bulan untuk kakitangan kerajaan negeri Kedah? Last-last kerajaan persekutuan yang umum dulu dalam bajet 2010... PAS, PIS, PUS DAH NAK MAMPUS!!!!!



F. Mana dia kata nak istihar harta MB, EXCO untuk rujukan masyarakat awam, dah 3 tahun dah  tak istihar apa pun... PUNGGAH... La kalau istihar.. Bini LEBAIK MONYOK pun dah pandai bergaya, beg tangan GUCCI, cermin mata gelap, dan baju kurung dan tudung pun dah berwarna warni.. tak seperti dulu.. warnanya mendung dan gelap sahaja.. Tandanya Muslimah PAS pun sudah pandai bergaya.. ENJOY LA.. HARTA DUNIA.. INI LAKI AKU YANG PUNYA...



Cukuplah takat tu.. makin kita tanya.. maka makin bodoh lah jawapan yang mereka (PAS akan berikan).. Puncanya... MEREKA AMAT BIJAK KERANA DIAJAR untuk MEMBERI ALASAN BUKANNYA BIJAK DALAM TINDAKAN MENTADBIR SEBUAH KERAJAAN.. Jawapan yang biasa kita dengar dari pimpinan tertinggi kerajaan Kedah tentulah berbunyi, 'SAYA TAK TAU PASAI DEPA TAK BAGITAU SAYA PUN'... MAMPUS..!!!!!



Apa sekalipun tahniah sekali lagi kerana buat pertama kali dalam sejarah politik di Kedah PAS, PKR dan DAP berjaya membentuk kerajaan selepas PRU 2008..



UMNO?????.... Bersungguh ka depa nak ambil balik Kedah.. Apa yang depa dah buat??? No komen lah!!!!! Biaq pi lah kat depa nak buat apa pun.. Hari mengundi nanti kita ajaq PAS, PKR, DAP dan UMNO sekalipun.. BARU DEPA TAU KUASA RAKYAT..!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates