Khamis, 3 Mac 2011

Mari kita beri pandangan...


Banner dan streamer sambutan sudah digantung di merata tempat. Sambutan 3 Tahun pemerintahan PR di Kedah. Sambutan yang bakal memaparkan kejayaan pemerintahan PR di Kedah.

Sudah tentu kita akan lihat bagaimana KHTP dengan kejayaan membawa First Solar nya. Acara pecah tanah Goben Solar di KHTP. Gambar lawatan oleh pelabur-pelabur ke KHTP, Kuala Ketil dan Sg Petani yang dibawa oleh MIDA bakal dipaparkan. Seri Temim yang sekarang ini menjadi 100% milik MB Incorp. Darulaman Realty yang bakal melancarkan Gated Community nya di gelar Lake Home project. KUIN yang sedang dibina di Kuala Ketil. Dan mungkin juga bakal dipaparkan gambar-gambar flyover dan pembesaran jalan yang sedang dibina oleh MMC-GAMUDA di sekitar laluan keretapi di Kedah.

Semua ini bakal dipaparkan kepada rakyat Kedah. Dan ini diharapkan bakal menutup kegagalan kerajaan Kedah menunaikan semua manifesto yang mereka keluarkan pada PRU12 lalu. Sejahteralah pemimpin Kedah. Dengan itu rakyat bakal kelabu mata, seterusnya mengekalkan mereka pada PRU13 nanti. Inilah tujuan sebenar program ini.

Soalan juga timbul apakah selepas 3 tahun, baru ada satu program yang bertujuan untuk mengukuhkan persatuan antara bangsa-bangsa di Kedah disamping mengeratkan pertalian antara pemimpin dan rakyat. Apa dah jadi 3 tahun lepas?

Rakyat bakal diberi peluang untuk kritik atau komen atau memberi pendapat setelah 3 tahun memerintah. Maka Kedah Times menyarankan agar rakyat datang dan memberi komen serta pendapat selama beberapa hari program ini diadakan. ATAU tanya soalan banyak-banyak

Jangan lepaskan untuk menunaikan hak-hak rakyat menuntut janji-janji PRU12 lepas. Bila lagi nak tunaikan janji-janji tersebut.

Usahawan-usahawan datanglah beramai-ramai untuk bertanya dan bertemu Exco yang hanya bercakap tanpa tindakan susulan. Beliau sebagai pengerusi bakal berada disana untuk menjawab semua persoalan yang bakal diajukan. Disamping itu beliau bakal menonjolkan kejayaan yang telah beliau lakukan kepada rakyat semua.

Datanglah beramai-ramai ... 

Nota: Jangan pulak kerajaan PR claim harga getah naik pun usaha mereka pula ...



http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/dsc_0811.jpg
http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/dsc_0784.jpg
ALOR SETAR – Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera anjuran kerajaan negeri Kedah memberi peluang kepada rakyat untuk memberi pandangan kepada kerajaan untuk kesejahteraan rakyat serta seluruh negeri Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad berkata, tujuan program ini untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun memerintah negeri Kedah.
Sehubungan itu, rakyat juga berkesempatan memberi maklumbalas tentang cadangan baru secara langsung kepada kerajaan untuk kemajuan serta kesejahteraan negeri.
“Melalui program ini, kita dapati banyak impak yang kita akan perolehi daripada rakyat, di mana rakyat akan mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang perkembangan dan pembangunan negeri.
“Masyarakat akan menampilkan hak-hak mereka sebagai rakyat, apa yang mereka berhak dapat dan sekaligus akan mencelikkan hak mereka yang selama ini mungkin dipadamkan atau tidak dinyatakan, tetapi apabila kerajaan Pakatan Rakyat, kita zahirkan, bagi peluang, komen dan kritikan yang membina untuk kesejahteraan rakyat.
“Kemudian hasil maklumat-maklumat yang kita dapat, kita bertindak merancang dan melaksanakan program mengikut kehendak rakyat dan keperluan dari semasa ke semasa untuk menambah lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang mereka pilih,” ujar beliau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera.
Sambutan yang bermula 10 Mac hingga 14 Mac ini bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara pimpinan kerajaan dan pentadbir kerajaan negeri bersama masyarakat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada rakyat.
“Program yang diatur bersesuaian kepada semua kaum dan pelbagai golongan masyarakat diharap memupuk perasaan muhibbah antara masyarakat berbilang kaum serta pimpinan kerajaan negeri,” ujar beliau.

3 comments:

Pakteh berkata...

Komen pakteh ialah..."No Komen...saya tak tau apa-apa"

Tanpa Nama berkata...

BOLEHKAH KITA BAYANGKAN KALAU BN YANG BUAT MACAM NI. APA DEPA AKAN KATA. SAYA TAK TAU SAMA ADA BN PERNAH MERAIKAN KEJAYAAN BERKUASA INI DAHULU TAPI SEINGAT SAYA TAK ADA. TAPI MEREKA ATAS NAMA ISLAM TELAH MENGANJURKAN KARNIVAL MERAIKAN KEJAYAAN MENDAPAT KUASA. ISUNYA. APA YANG DEPA BUAT YANG JELAS RAKYAT NAMPAK. YANG KITA NAMPAK BANYAK LORI BALAK DI ATAS JALANRAYA SETIAP KALI BALIK KAMPUNG DI SEBELAH NAKA SANA. MEREKA SELALU KUTUK BN KONONNYA BERI RASUAH PROJEK PEMBANGUNAN WALAUPUN NIKMATNYA UNTUK SEMUA RAKYAT TERMASUK MEREKA. TAPI SEKARANG MEREKA SENDIRI TERPAKSA MEWAR-WARKAN KONONNYA PEMBANGUNAN DAN PEMBAHARUAN YANG ENTAH DIMANA DUDUKNYA KITA PUN TAK TAHU. KERANA SETAHU SAYA DIMANA-MANA PUN PROJEK YANG ADA ADALAH DIBAWAH KERAJAAN PUSAT. ENTAHLAH. NAMPAK GAYANYA KEDAH NI MEMANG SEJAHTERA DENGAN KARNIVALNYA SAJA TETAPI HAKIKATNYA PEMBANGUNAN SEBENAR (YANG BERI RAKYAT KERJA)MASIH DIBUAT OLEH KERAJAAN BN SEDANG MEREKA HANYA MAMPU BUAT KARNIVAL HABUAN RAKYAT BERBELANJA DAN BANNER HABUAN JAMU MATA. APAPUN TAHNIAH KEPADA MEREKA KERANA TELAH BERJAYA MENUNJUKKAN KEJAYAAN MEREKA BERKUASA. SEKIAN. ITU PANDANGAN SAYA SEBAGAI RAKYAT JELATA.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tuju ni dekat BN/Umno.. betoilah kiranya kita serang PAS/PR setiap apa depa buat.. depa himpun Pemuda 30 ribu, buat program besar kat Langgaq 3 hari 3 malam, lepas tu festival 3 tahun perintah Kedah.. SOALNYA nak tanya sikit kita Umno/BN buat apa pulak program besar nak gerak gelombang rakyat sokong kita? Adakah dgn kondem org maka otomatik org akan sokong kita...? Pakat2 pikiag tengok..jgn ingat semua PAS buat tu takdak kesan kat rakyat terutama pengundi atas pagag pikiag jgn tak pikiaggg

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates