Isnin, 7 Mac 2011

Menteri Besar, 10 Anggota Exco Kedah Angkat Sumpah

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta 10 anggota Exco kerajaan negeri Kedah, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit Bukit, di sini, Isnin.

Azizan ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan, namun ia melibatkan sedikit rombakan portfolio.


Beliau berkata anggota yang terlibat dengan perubahan portfolio ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.  



[Sebelum ini Phahrolrazi 2010 :
Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar Dan Membasmi Kemiskinan] 



Turut berubah portfolio ialah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan; Pertanian dan Industri Asas Tani; Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan. 

[Sebelum ini Amiruddin 2010:
Pengerusi Jawatankuasa Industri Dan Pelaburan , Pertanian Dan Industri Asas Tani , Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga.]


Anggota-anggota Exco tidak terbabit dengan perubahan portfolio ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi manakala Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dilantik kembali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan.


Anggota lain yang dikekalkan ialah Siti Aishah Ghazali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat serta Dr Ismail Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.


S. Manikumar turut dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, manakala Lim Soo Nee memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia.


Abd Ghani Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan disandang Tan Joon Long. -BERNAMA.

KedahTimes : Cuba kaji tengok, apa signifikan perubahan portfolio kepada Phahrolrazi dan Ir.Amiruddin ? ... ada udang disebalik mee mamak pokok ceri ka dakkk ??? ... kita sama-sama kaji, tunggu dan lihat ...

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Hakikatnya PAS Kedah gagal dalam perlaksanaan pemerintahan mereka.Kerajaan PAS Kedah amat lemah sebenarnya. Tiada kemampuan untuk pembangunan dan bagi menggelakkan tanggapan serong rakyat kini PAS berpura-pura mengadakan sambutan Kedah Sejahtera. Kepuraan jelas terpampang akibat kegagalan pentadbiran PAS Kedah.

Bagi menutup lompang kebodohan dan kejahilan MB Kedah maka mereka terpaksa kepura-pura dan perlaksanaan Kedah Sejahtera ini sebenarnya amat merugikan rakyat kerana ianya semata-mata lobi politik PR Kedah dan bukannya untuk pembangunan serta kesejahteraan semua rakyat. Amat malang duit peruntukkan jabatan di Negeri Kedah terpaksa digunakan dan dilaburkan untuk program PARTI PAS dan PR.

Penyalahguna kuasa dan wang rakyat ini amat licik digunakan oleh seorang MB yang Tak TAU tetapi licik menyamun. Taktik inilah yang sering digunakan oleh beliau acapkali tersempit akibat perbuataan jahat dan keji mereka. Rakyat dihimpit bermacam-macam kerena dan kuasa tempatan digunakan untuk memeritkan rakyat seperti menghalau peniaga bahkan motosikal diangkut untuk kutip toci.

Inilah taktik kotor permainan PR Kedah. Hakikatnya banyak rakyat disusahkan terutamanya parking kereta yang disediakan tidak mencukupi dan pengguna dipersalahkan dan didenda untuk kaut keuntungan secara halus. Kita lihat kebanyakan ahli maljis yang dilantik kebanyakan bukan golongan cerdik pandai. Amat malang pokok2 asam ditanam diBandaraya Alor Setar.

Penanaman pokok asam ini banyak mendatangkan keburukan kerana pokoknya membesar dan ranting-ranting memanjang, akarnya panjang yang akan mengakibatkan kerekahan dan kerosakan pada struktur jalan dan longkang akan tersumbat. Daun-daunnya yang luruh amat menyusahkan untuk dibersihkan bahkan jika banyak terjatuh atas kenderaan dan lambat dibersihkan akan mendatangkan kerosakan atau karat pada kenderaan.

Sepatutnya wang yang ada digunakan untjuk pembaikan infastruktur seperti jalan, longkang dan kemudahan awam lain dan bukannya untuk tunjuk kehebatan dan kekuatan Parti PAS (PR) seperti sambut KEDAH SEJAHTERA. Persoalannya mengapa PAS Kedah mengelak dari menggunakan duit parti?. Apakah ini tidak salah disisi undang-undang dan intergriti seperti yang dilaunkan selama ini?

Rendahnya moral PAS apabila berhadapan dengan rakyat keturunan melayu. Sedangkan kita lihat peniaga cina sewenang-wenangnya menggunakan kaki lima dijadikan tempat pameran barang2 dan peniaga melayu akan disaman dan dirampas apabila melakukkan sedemikian rupa.

Kita lihat kenderaan yang diletakkan di Pasar Besar Alor Setar disaman sewaktu berurusan di Pasar sedangkan di Pasar Koboi tidak diambil tindakan. Apakah ini keadilan dan kebajikan yang dilaunkan Kerajaan PAS Kedah selama ini?

Tepuk dada tanya selera.

Tanpa Nama berkata...

signifikan perubahan portfolio adalah menambahkan lagi elaun, kuasa exco tertentu dan dan mengurangkan beban KERJA MB yang selama ini memang tak banyak kerja kecuali kerja buat taik mata.

signifikan kedua, bagi membolehkan monyet monyet dan beruk beruk EXCO PAS, PKR terus makan gaji buta sambil naik kereta camry yang ada drebar. Sementara itu mulut dok menyalak KEDAH SEJAHTERA KEDAH SEJAHTERA..
Buat menghabiskan beras saja puak beruk dan monyet ni..BETOI LA APA YANG SOBRI SUDIN kata puak PAS ni memang layak digelar spesis haramjadah..

Mat Kiram

Tun Ting Tong berkata...

Bagi aku perubahan itu adalah strategi PAS Kedah dan kerajaan PR Kedah.Dia mestilah bertujuan menguatkan kerajaan PAS.Kita jangan pandang rendah akan perubahan ini.UMNO Kedah kena lah study perkara ini.Kalau nak study lah.Kita kena ingat dalam PAS pun ramai golongan cerdik pandai yang membantu dari belakang.Secara sukarela pula .Yang aku nak tahu apa yang umno bahagian dan mumno kedah sedang merancang.Apa umno cawangan buat.Apa umno bahagian buat.Apa pemuda buat.Apa wanita buat.Apa puteri buat.Memenag betul rakyat yang amat meluat pada PAS dan PKR.Tapi diwaktu yang sama orang pun lagi meluat pada pemimpin umno yang dikatakan sombong dan bodoh.Terutama ketua bahagian.Kenapa ini terjadi.Krisis dalam bahagian dikedah bila nak selesai.Dato Bashah bila nak ambil tindakan.Adakah mengaharpkan 500 peratus lapuran ketua bahagian sahaja kah.Undi anak pinak dan suku sakat dan kroni ketua bahagian sahaja kah.Apa hal dengan begitu ramai kelompok yang dibiarkan begitu sahaja.Kumpulan ini siapa jadi kerajaan pun mereka bukan susah macam orang umno.Mereka ada pencen.Ada kebun getah.Ada kilang industri kecil.Ada pendapatan tetap.Peniaga p[asar malam.Ada gaji bulan tetap dalam kerajaan dan swasta.Ada setiap bulan anak bekerkja di KL .Ipoh ,Amerika,Austaralia hantar duit.Dato Basaha dan pemimpin umno yang lain janganlah asyik melihat perubahan PAS dan orang lain.Buat perubahan UMNO di Kedah bagi mantap ,padu,kuat dan hebat.PAS pun bukan elok sangat.Mereka pun ada juga gaduh-gaduh rebut jawatan dan gila pangkat.Biar lah mereka punya pasal.UMNO ini kena laju betul.Malangnya enjin pun belum panas.Satu lagi krisis dalam bahagian umno sampai hari ini belum sejuk.Sebaliknya lagi celaru dan serabut.Terutamanya di Kuala Kedah,Sungai Petani,Merbok,Baling,Padang Serai.Pkok Sena.Semua ini kena selesai.UMNO Kedah bukan kerajaan.UMNO Kedah pembangkang.Orang lain telah berubah.UMNO pun berubah juga baru-baru ini.Tapi ubah dalam bentuk atas kertas sahaja.Rakyat memeng kecewa dangan PAS.Tapi janganlah UMNO pun mengecewakan orang ramai dan ahli sendiri.Ini semua salah siapa?.Rakyat ke yg salah.

ORANG MISKIN berkata...

KEDAH TIMES..TOLONG HABAK SAT KAT HISHAMUDIN PASAI SAMAN YG BAERJUTA LAGI YG BELUM JELAS.BUKAN TAK MAU BAYAK.RAKYAT SEKARANG INI SUSAH .WANG TAK CUKOP.GAJI TAK NAIK.BARANG MAKANAN NAIK.MINYAK NAIK.PELBAGAI KEPERLUAN HIDUP RAKYAT NAIK.RAKYAT MEREUNGUT.iNSURAN KERETA NAIK.DEPA KATA KERAJAAN TAK KESIAN PADA ORANG MISKIN.ORANG FELDA KAYA KERANA HARGA GETAH NAIK.APA HAL PENIAGA KECIL,PEKERJA KILANG,BURUH KASAR.RAKYAT INI PENGUNDI.KERAJAAN NAK UNDI ATAU rm JUTA TU KATA MEREKA.DEPA KATA TOLONG SAT WAHAI KEDAH TIMES.JANGANLAH DOK BODEK UMNO DAN GOMEN BANYAK SANGAT.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates