Ahad, 6 Mac 2011

Mukhriz akan turun pangkat: DUN Belantik menjadi pilihan?

Sedikit info yang kurang enak didengar. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah yang juga Timbalan Menteri di peringkat pusat bakal diturunkan ke DUN dalam PRU13 nanti.

Apakah ini perancangan DS Najib atau sekadar perancangan Ketua-Ketua Bahagian yang rakus sukar untuk dikenalpasti. Mengikut maklumat, terdapat ketua bahagian yang ingin diangkat sebagai calon parlimen dan usaha ini kelihatannya berterusan walaupun dari kelayakan, amat tidak sesuai untuk berada di parlimen. Kedatangan Mukhriz ke Sik pada pertengahan Februari khabarnya ingin menyemarakkan gelombang merah dan bagi memenangi hati pengundi disana. Cerita belakangnya pula ialah Saudara Tajudin Abdullah, Adun Belantik yang juga Ketua UMNO Bhg Sik sekadar ingin mempopularkan Mukhriz di Dun Belantik. strategi sebegini tidak sukar dibaca namun jelas kelihatan tujuannya ialah Saudara Tajuddin sendiri sedang mempromosikan dirinya sebagai calon parlimen Sik.

Mukhriz sepatutnya terus berada di parlimen dan diangkat sebagai menteri penuh selepas PRU13. Sepak terajang orang Sik adalah sukar dibaca apatah lagi Dun Belantik kini kelabu dan Mukhriz boleh dibuang bila-bila masa kerana titlenya orang luar. Saudara Tajuddin Abdullah juga perlu memikirkan kemampuan dirinya jika masih inginkan kerusi parlimen. Bertanding semula di Dun Belantik ada pilihan terbaik untuk saudara Tajuddin Abdullah.

***harap Kedah Times dapat siarkan walaupun kini semua berita banyak menyerang pembangkang, sesekali perlu juga tunjukkan pada sedang berlaku dalam UMNO Kedah.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Mukhriz boleh bertanding kedua -dua DUN dan Parlimen. Bukan pendekatan ini telah digunakan Pakatan Rakyat. Contohnya Khalid Ibrahim di Ijok dan Bandar Tun Razak

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Nampaknya PAS telah menyalahgunakan kuasa dan wang rakyat serta harta benda awam serta pegawai kerajaan dalam menyambut politik PAS+PKR+DAP apabila poster terpampang untuk meraikan kejayaan mereka. Inilah jelas terbukti melanggar ertika dan salah gunakan kuasa dan wang rakyat kerana peruntukkan yang diberikan kepada jabatan tertentu telah digunakan untuk menjayakan agenda politik ini.

Kini kerajaan PAS kedah telah menipu rakyat hidup-hidup dan menggunakan wang rakyat malah diheret sama kakitangan awam untuk meramaikan mejlis tersebut. Sepatutnya Kerajaan PAS tidak boleh mencapuraduk politik dalam bidang pentadbiran dan menggunakan wang rakyat untuk pembangunan dan kepentingan rakyat. Ini kerana wang tersebut sepatutnya disalurkan untuk pembangunan dan kepentingan rakyat.

Justeru itu pihak berwajib harus memantau dan membuat siasatan agar wang rakyat itu tidak harus sewenang-wenangnya disalah gunakan untuk kepentingan politik songsang. Ini kerana kebanyakan penceramahanya terdiri daripada Pemimpin PAS,PKR dan DAP. Sepatutnya wang tersebut disalurkan untuk modal insan kepada kakitangan kerajaan Kedah untuk meningkat mutu kerja dan intergriti. Justeru itu banyak peralatan kerajaan telah digunakan demi kepentingan politik PAS Kedah bahkan duit tuntutan TNT kakitangan kerajaan dan salah guna tenaga kerja dan pengabaian kerja sepatutnya untuk kesejahteraan rakyat digunakan untuk kepentingan politi PAS,DAP,PKR.

Nampaknya PAS kini merompak dan menyamun hak rakyat dan menipu rakyat hidup-hidup setelah menipu rakyat dengan menaikkan harga air dan dan dihalang dari membayar air di Pejabat POS. Kini Kerajaan PAS Kedah memanh jelas menipu dan merompak harta rakyat.

manika varagam berkata...

Bagus lah tu.Tajudin jadi MP Sik.Kemudian jadi menteri perdaganagn antara bansgsa kerana beliau lulsan Ostolia.Mukhrij pula ke DUN belantik.Senanag pungggah agaknya.Kewmudian KJ pun gembira seadanya.Kemudian Ostat Azizan pun gembira lagi.Inilah teori keluagra 69 bagi umno kedah kalau benar seperti yang di cerita itu.

Tanpa Nama berkata...

APA YANG PENTING DI KAWASAN MANA SEKALIPUN, CALON BN YANG DILETAKKAN BERUPAYA UNTUK MENANG..MOMENTUM KEMENENGAN DI GALAS, TENANG, KERDAU DAN MERLIMAU HARUS DITERUSKAN..KALAU MUKRIZ BERTANDING DUN MUDAH-MUDAHAN REZEKI DIA JADI MB KEDAH,TAPI DARIPADA BELANTIK LEBIH BAIK BERTANDING DI DUN JITRA

Mat Kiram

Tanpa Nama berkata...

Mengapa certa tidak tepat begini boleh Kedah Times lapurkan padahal saya rasa dalam Kedah Times sendiri mungkin ada orang yang rapat dengan politik Sik. Kalau tiada tu selidik-selidik lah sama dari pihak satu lagi agar mendapat meklumat yang seimbang. ini tentunya meneguhkan lagi krediBELIti Kedah Times.

Sepatutnya orang-orang dalam kedah Times patut selidik dengan kawan-kawan dari Sik sendiri, dari pihak yang tidak senang dan yang pro dengan Tajudin.

Fakta bahawa Tajudin bawa Mukhriz ke DUN Belantek adalah benar tapi tidak menyeluruh. Sebenarnya Mukhriz berada di Sik selama 2 hari iaitu kalau tak salah pada 19 dan 20 februari 2011. Aku sendiri bila baca tulisan di atas aku ambil sikit masa utk cari maklumat dan akhirnya jumpa blog tajudin. Link utk program tu ialah antaranya:

1. http://onesik.blogspot.com/2011/02/pertemuan-dato-mukhriz-dengan-empat.html

2. http://onesik.blogspot.com/2011/02/berkonvoi-ke-nami.html

Jadi DMM turun ke Sik bukanlah hanya ke DUN Belantek, malah telah merangkumi Parlimen Sik, iaitu kedua-dua DUN, iaitu DUN Jeneri dan kemudiannya DUN Belantek serta sempat singgah ke kempat-empat Mukim iaitu Mukim Jeneri(Kg Tala). Mukim Teloi(Futsal Batu 5), Mukim Sik(pertemuan empat sayap) dan Mukim Sok, progrma di Nami).

Dan inilah julun-julung kali Nami datu daerah yang agak jauh kepedalaman ada di buat aktiviti yang di hadiri oleh seorang pemimpin bertaraf Menteri. Jika penulis mempunyai kalbu yang zakka(murni), aqal yang ikhlas(muhklis) tentu tidak tergamak menuduh program ini sebegitu rupa. Kalau tidak mahu menyokong program oleh UMNO Sikpun janganlah di rekayasa sebegitu hitam sekali. DMM tidaklah sebegitu utk di heret ke dalam cerita penuh hasad dari si penulis tidak kira siapapun beliau samada dari pihak UMNO atau dari pihak pas sendiri. Maklumlah dalam perebutan kerusi KUBS dahulu masih ada yang lukanya terus bernanah walau tajudin cuba utk merapati tiap dari mereka yg tewas lalu terluka apatah lagi dari kalangan pas yang tidak sangka kerusi yg patutnya mereka menangi secara meyakinkan telah kalah di tangan UMNO/BN.

Selepas membaca tulisan di atas aku menggeleng-gelengkan kepala kerana tidak percaya ada orang yang cukup dangkal tafsir politiknya dan gelengan aku lebih luas darjahnya berbanding gelengan terhadap si penulis apabila Kedah Times terus menerima bulat-bulat tulisan yang sebenarnya tidak membantupun semangat pepraduan yang cuba di ujud dan di tonjolkan oleh barisan kepimpinan UMNO Sik malah semagat Gelombang merah yang sedang di alunkan oleh UMNO Kedah.

Maka ketika ini jugalah akan ada komen yang menerjah secara penuh benci dek di sirami hasad penuh hitam seperti manika veragam.

**Dari Sang Pemerhati politik Sik yang kagum dengan kegigihan tiap-tiap sayap UMNO Sik.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 6 Mac 11:13
Rasanya Kedah times menerima artikel ini untuk difikirkan kebenarannya. Seni berpolitik adalah amat halus dan sekadar pemerhati, anda tidak akan menemui kehalusan seninya.

Terfikirkah anda Osman Desa dan Hj Hasbullah bertanding di Sik dlm PRU13?

Jangan kerana kagum dengan gerak-kerja UMNo Sik, maka seni halus politiknya dikesampingkan terus?. Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang...itulah cakap-cakap politik...dibina dan dibangunkan dengan yakin walaupun sekadar ungkapan dari kedai kopi kak timah depan pejabat UMNo Sik.

Saya berpandangn Kedah Times bertindak adil kepada penulis yang mengirimkan artikel ini untuk dikomen oleh semua pihak.

Jika 4 sayap benar-benar hebat mengapa ketua puteri sanggup bercadang mengheret ketua pemuda semata-mata kerana Toyota Camry?.

Jika benar2 hebat mengapa penyokong bawahan bersiulan tentang pegawai2 Tajuddin yang terlebih sudu dari kuah?

Jika tidak ada masalah mengapa ketua Pemuda kini meletakkan jawatan sebagai Penyelaras DUN Jeneri dan Keluar dari ICU?

Jangan kerana kita mengkagumi individu tertentu atau menyokong individu tertentu, segala yang bakal dihumbankan untuk penduduk Sik sanggup ditatang sepenuhnya. Mungkin anda orang luar tetapi bagaimana dengan penduduk Sik?

Sebagai Sang Pemerhati Politik Sik, anda tentu sedia maklum kerabat diraja kedah juga mengimpikan kerusi Parlimen Sik.....

Fikir2kan indahnya seni dalam politik. Jangan melihat permukaannya....selami dasarnya yang penuh kelodak dan sampah sarap.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates