Isnin, 28 Mac 2011

PAS adalah parti Assobiyah

Suatu masa dulu PAS dengan lantang menuduh UMNO adalah perjuangan bersifat Assobiyah. Segala jenis tafsiran dan ayat dipetik untuk menbenarkan segala tuduhan mereka terhadap UMNO.

Tetapi kini kita lihat ramai cerdik pandai yang berada dalam PAS adalah hasil dari perjuangan UMNO sebaliknya PAS memutarbelitkan maksud Assobiyah untuk memburukkan UMNO. Perjuangan menaikkan martabat bangsa Melayu dan Islam dikatakan Assobiyah.

Alif Baa Taa yang dibawa UMNO adalah satu perjuangan yang membawa kebaikan kepada ummah Islam di Malaysia yang mana kita dapati hatta pendokong kuat PAS menikmati hasilnya. Sebaliknya diputarkan PAS supaya menjadi seolah-olah Assobiyah.

Malah kita lihat pelajar-pelajar yang menikmati biasiswa penuh kembali menentang UMNO kerana menyangka UMNO adalah assobiyah tetapi mereka sendiri menikmati hasil sifat itu. Itulah sifat PAS yang bijak memutarbelitkan ajaran Islam.

SEBALIKNYA kita lihat PAS lah yang sebenarnya Assobiyah. 

PAS membabi buta menyokong Anwar Ibrahaim yang masih dalam pembicaraan kes moralnya.

PAS membabi buta membenarkan Kalimah Allah sewenag-wenang digunak Kristian.

PAS membabi buta menyokong apa saja tindakan DAP untuk menjatuhkan umat Islam.

Apakah ini semua tidak assobiyah? PAS mempertahankan kumpulannya walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Islam!


1.        Amaran Nabi Muhammad S.A.W :


Maksudnya : Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada assobiyah dan bukan daripada golongan kami mereka yang memperjuangkan assobiyah dan bukan daripada golongan kami mereka yang mati dalam assobiyah.


2.Siapakah Assobiyah ?
  • Sebenarnya sesiapa pun juga boleh menjadi assobiyah kerana assobiyah bukannya nama, bangsa atau puak atau jenis manusia; tetapi assobiyah ialah sifat dan perlakuan yang menjadi amalan seorang dan puak.

  • Pengenalan assobiyah perlu diambil daripada banyak sumber hadis, kamus, bahasa Arab dan perbahasan ulamak dalam kitab-kitab yang tertentu.

  • Konsep perlakuan assobiyah tulen yang mudah dikenali ialah pada zaman "Arab Jahiliah". Budaya mereka mementingkan puak semata-mata. Sehingga di kalangan mereka wujud suatu majlis khas hari pengistiharan membela puak yang dikenali dengan nama "Yaumul Arab". 
3 . Assobiyah dalam makna Hadis
Maksudnya
Seorang lelaki bertanya Rasulullah S.A.W. Apakah assobiyah itu seseorang yang kasih kepada kaumnya (Puak)? Rasulullah bersabda, Tidak. Tetapi assobiyah ialah orang yang menolong kaumnya atas dasar zalim.
Maksudnya
Daripada Wathilah bin Al Asqa' beliau mendengar bapanya bertanya Rasulullah S.A.W., Apadia assobiyah ? Sabda baginda S.A.W. Bahwa kamu menolong kaum kamu atas dasar zalim".
          Maksudnya
Aku paling Arab dikalangan kamu, aku dari keturunan Quraisy. Pertuturan Ku ialah pertuturan Bani Saad Bin Bakar.
4. Kamus Al Munjid (Paling Jelas) - Mukasurat 481 Cetakan27/1994:
"Al Assobiyah" maknanya seseorang yang bersangatan pegang kepada pendapat sendiri atau jamaahnya (puaknya) dengan cara membabi buta (Fanatik) dan bersungguh-sungguh memperjuangkannya walaupun prinsip puaknya itu tidak realistik.
"At Taassub" maknanya tidak menerima (menolak) realiti kebenaran sedangkan jelas terbentang buktinya; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak. (Lihat teks ini )
5. Kitab Tarikhul Mazahibil Islamiah Karangan Al Imam Muhammad Abu Zahrah - Cetakan 1987 Juzuk 1 (satu) Mukasurat 80-81 (Ulasan Hadis)
Maksudnya : Sesungguhnya urusan kepimpinan negara hendaklah di tangan Quraisy.

3 comments:

Blog Penyokong Kerajaan Bn berkata...

As'kum dan Salam 1 malaysia
Blog saudara telah saya linkkan dalam bloglist saya.
Diharap atas jasa baik saudara dapat memasukkan blog saya di bloglist saudara
Terima kasih

http://blogpenyokongkerajaan.blogspot.com

Syburi Times berkata...

Tuan, terimakasih. Link telah dimasukkan

Tanpa Nama berkata...

Akum dan salam 1 Malaysia

Sudah sampai masanya Jabatan Pendidikan Daerah Padang Terap menyiasat Guru bernama Abdullah Pengerusi ABIM yang kian ligat memperalatkan pelajar-pelajar dan menghasut melalui pertubuhan ABIM supaya pelajar menentang kerajaan dan hingga beliau sudah berjaya neracuni pemikiran pelajar agar menjauhi akhbar perdana dan TV aluran kerajaan. Lebih menyedihkan lagi apabila telah berjaya menghasut pelajar hingga biasiswa yang diberikan kerajaan dikatakan haram.

Persoalannya apakah gaji yang guru tersebut perolehi halal kerana ianya bertentangan dengan amanah Kerajaan kepadanya untuk mendidik rakyat supaya menjadi seorang berguna dan bukannya pengganas dan perosak negara.

Pihak berwajib harus bertindak segera supaya ianya tidak menjadi bubur dan terjadi seperti puak Maunah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates