Selasa, 1 Mac 2011

PENGUMUMAN : Bil Air SADA Sudah Tidak Lagi Boleh Dibayar Di Kaunter Pejabat POS !

Salam Kesejahteraan Kepada Semua Rakyat Kedah,


Dimaklumkan bahawa mulai hari ini 1 MAC 2011, Segala urusan pembayaran Bil Air SADA (Untuk penduduk Kedah keseluruhannya) TIDAK BOLEH LAGI DIBAYAR DI KAUNTER PEJABAT POS SELURUH MALAYSIA.

Harap Maklum & TAHNIAH RAKYAT KEDAH !





- KedahTimes

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

PASAI APA PULAK DAH , TM DAN TENAGA NASIONAL BOLEH KOT? PASAI APA PEJABAT POS TAK MAU TERIMA BAYARAN BIL AYAQ MACAM TAK PECAYALAH , NANTI DULU AKU NAK PI SURVEY BETUI KA DAK , AMBOI MACAM MANA BOLEH JADI MACAM NI? HUJAN TAK DAK RIBUT TAK DAK TUB TUB JADI MACAM NI , SADA TAK KAN HAMPA BEGADOH DENGAN POS KOT ,SAMPAI DEPA TAK MAU TERIMA BIL AYAQ.HOI KALU MACAM NI SUSAH LAH ORANG KAMPUNG DEPA BANYAK BUAT URUSAN DENGAN PEJABAT POS.

Lebai Pondok berkata...

Sebab musabab tidak boleh bayar di pejabat pos kerana tidak lain tidak bukan kerana Pejabat Pos kerajaan pusat yg punya diperintah oleh BN.SADA negeri kedah punya yang diperintah oleh PAS.Duit PAS mana boleh campur dengan duit BN.Kesian pejabat pos hilang lagi satu punca pendapatan komisen dari SADA.Mungkin lepas ini bil SADA boleh dibayar dimana-mana markas PAS di Kedah atau di PASTI kepunyaan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Hal ini seolah-olah satu lawak bodoh oleh Pemimpin PAS Kedah. MEMANG BENARLAH oSTAZ Azizan kaki tidur dan MB Terbodoh dari kalangan bodoh. Maaf cakap kalau keterlaluan tetapi inilah hakikat yang beliau harus terima. Memang Ostaz Azizan MB TAK TAU betul-betul tak tau. Kita lihat janji PAS untuk memberi kesengan pada rakyat dan dijanjikan kebajikan kepada rakyat.

Dengan tidak boleh membayar bil air di Pejabat Pos secara tak langsung terlalu menyusahkan rakyat bahkan ianya amat bertentangan dengan kejikan sama seperti penjarah zaman Jepun yang menyusahkan rakyat. Hakikatnya bagaimana penduduk yang terpencil serta tiada kemudahan bank, kemudahan kutipan SAD seperti Daerah Padang Terap, Sik, Baling dan sebagainya yang kini hanya bergantung harap pada Pejabat Pos untuk menjelaskan bil-bil. Ketiadaan peranan Pejabat Pos ini akan mendorong rakyat terpencil dari tidakmembayar bil dan ini akan memberi impak yang besar kepada SADA.

Kenapa lain -lain kemudahan jabatan dan syarikat lain boleh dibayar di Pejabat Pos bahkan menguntungkan syarikat berkenaan bahkan memberi kemudahan dan kebajikan kepada rakyat. Ini jelas menunjukkan Kerajaan PAS suka menyusahkan rakyat disamping mendera dan menambahkan bebanan wang dan masa dengan kos yang tinggi untuk pergi Kepekan2 besar semata-mata menjelaskan bil air. Keadaan ini terlalu menyusahkan golongan tua dan oku.

Amat malang PAS terlalu mementingkan wang dan kuasa veto sepertimana pemerintahan hitler digunakan untuk memaksa rakyat dan menyusahkan rakyat. Harap rakyat semoga Ostaq Azizan terus tidoq selama-lamanya.

Tanpa Nama berkata...

Benggong sungguh la kerajaan pas ni. aku dah lah byr bil pakai online ja..mana dan nak p sada nuuuu..

Syburi Times berkata...

Untuk Tanpa Nama : Selasa, Mac 01, 2011 4:09:00 PM,

Elok tuan pergi check betul-betul dengan pihak Pejabat POS dan juga SADA sendiri untuk mendapatkan kepastian yang tepat.

Pihak kami di Kedah Times ni pun dapat maklumat dari kawan2 yang bekerja di SADA & kami terus rujuk Laman Web Rasmi SADA (Lihat Gambar).

Jika nak lebih tepat mengenai perkara ini, tuan-tuan boleh menghubungi SADA terus. Okeh!

Wassalam ...


KedahTimes

Tanpa Nama berkata...

Pihak SADA terpaksa terpaksa menamatkan usahasama dgn pos office kerana pos office telah meningkatkan caj perkhimatan dari rm0.70 sen kepada rm0.9 sen utk 1 bil.... hal ini jelas menunjukkan hutang yang semakin byk terpaksa ditanggung oleh SADA selain hutang yang ditinggalkan semasa pemerintahan UMNO dahulu.... tarif air meningkat juga masih berada di tahap terendah bagi setiap negeri di malaysia... kalau pengguna nak sangat byr di pejabat pos, pihak SADA binbang terpaksa mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna.. ini lagi membebankan pengguna yang terpaksa menanggung kos kenaikan harga barang yang lain...

SADA juga telah merunding usahasama dengan TNB dan TM sebagai xchage service... pembayaran scra on9 juga akan diperkenalkan dgn nama SADA... bkn JBA.... kaunter bergerak ke seluruh kampung akan diadakan mengikut hari sementara mencari ruang pejabat untuk diwujudkan kaunter sada...

diharap penjelasan ini akan memberi info kepada anda... sekian...

p/s: bayangkan kalau anda yang menghentam berada di tempat org yg dihentam... apa perasaan anda...

Tanpa Nama berkata...

apa salahnya lebih 20sen..
orang kampong bukan ada berpuloh bil satu bulan nak bayar.
kalu dah tak bolih bayar dipejabat pos....apakah SADA akan mengadakan pejabat bergeraknya di setiap kampong ke?.
bila tiba masa nak bayar bil...orang kampong akan berkerumun menunggu pejabat bergerak datang.tak payah buat kerja lain...
jika sekarang orang2 kampong bolih ke pejabat pos untuk membayar apabila mereka ada kelapangan dan kebetulan kebandar.
ambil contoh...di pekan kola nerang...ramai yang membayar bil pada hari sabtu atau selasa kerana pada hari itu ada pekan NAT.
bandingkanlah...masa dan kerja yang terpaksa ditinggalkan kerana nak menjimat 20sen.
pois malaysia bukan lagi milik kerajaan pusat...sudah jadi syarikat berhad..
apa salahnya sebuah syarikat mencari keuntungan...
meniaga air ketum pun nak untung..

paklongchin

LadyRye berkata...

sangat-sangat sangat menyusahkan!

Tanpa Nama berkata...

pernyataan yang macam ni yang buat orang geram KERANA dia cuma sebut tak boleh bayar tapi tak sebut kalau nak bayar habih macam mana??

memang otak dah bengkok

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates