Selasa, 29 Mac 2011

PENYEGAN/BALOQ LIAT

Oleh Si Berangan

Inilah istilah yang paling sesuai diletakkan atas kepala MB dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini. Selain dari PENYEGAN dan BALOQ LIAT , MB dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah  ini amat BODOH TAK BOLEH DIAJAR dan amat CERDIK TAK BOLEH DIGUNAPAKAI. Mereka ini juga patut digelar sebagai PUCUK-PUCUK ENAU menjulur di tengah belukar. 

Kenapa? Setelah tiga tahun memerintah negeri Kedah, kerja yang menjadi rutin yang mereka lakukan, bercakap kepada rakyat dan berceramah kepada rakyat tanpa membuktikan kepada rakyat apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri terutama dalam menyelesaikan masaalah rakyat yang tiada pekerjaan. Samaada rakyat yang berkelulusan menengah apatah lagi rakyat yang tamat IPTA atau IPTS, kerajaan Negeri tiada langsung berusaha mengujudkan samada membawa masuk industri-industri gergasi yang dapat menawarkan golongan ini pekerjaan. 

Kawasan industri Bukit Kayu Hitam, Mergong, Pokok Sena, Sungai Patani, Kilang Lama apatah lagi KHTP didapati tiada penambahan kilang-kilang yang boleh menampung keperluan tenaga kerja baru. Yang kita katakan MB dan Exco-Exco Kerajaan Kedah PENYEGAN dan BALOQ LIAT ini terbukti kerana mereka tidak berusaha ke arah itu. 

Kenapa Negeri Pulau Pinang tiada henti-henti dengan kemasukan industri, lihat di kawasan Seberang Perai 
Selatan, terutama dikawasan Batu Kawan. Jika Pulau Pinang itu negeri yang diperi ntah PAKATAN, kenapa Kerajaan Kedah tidak berjumpa Lim Guan Eng, mintalah sedekah supaya industri-industri yang akan ke Pulau Pinang dipanjangkan ke Kedah sikit. Tu BALOQ LIAT lah tuuu.. 

Kerajaan Kedah sekarang ini yang kita kata BODOH TAK BOLEH DIAJAR, CERDIK TAK BOLEH PAKAI, mengenakan cukai yang amat menekan rakyat. Cukai tanah, hinggakan UUM tempat mendidik anak-anak bangsa pun cukai tanah ditekan supaya UUM membayar semaksimanya, difahamkan mencecah hampir RM1.5 juta. Dahulu masa Kerajaan BN, cukai tanah UUM dikenakan seminima mungkin. Yang membimbangkan, jika UUM tidak membayarnya, difahamkan Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan keatas UUM. CERDIK ka BODOH namanya tu?

2 comments:

HHalem berkata...

Balun jagan tak balun:-)

Tanpa Nama berkata...

Cerdik la namatu , sabit tu ramai orang Kedah sokong PAS kalau depa tak cerdik depa tak pangkah PAS.Tengok jejambat dekat Teluk Wanjah , Spg kuala BB Park , jalan Sultanah( dulu jln day )dan jln langgar tu di aloq Staq saja tak kira di Sg Petani lagi dan lain lain tempat diKedah bukan depa ka buat ?Kalau hujan penonggang motosikal boleh berteduh dibawah jejambat jalan telah dibesarkan , Shoknya orang Kedah sebab dapat pembangunan tak sampai 3 tahun depa perentah kalau macam tu kalu kata orang Penang bolehlah pangkah sekali lagi .aiseyment shoknya jadi goment di kedah.jadi janganlah perkecil kemampuan orang.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates