Khamis, 3 Mac 2011

PERKASA!


Seperti yang ditulis oleh SS dalam penulisannya tentang sambutan 3 tahun PR memerintah Kedah akan diadakan dibeberapa tempat. Disini kita paparkan apa yang bakal diadakan di Stadium DarulAman.

Program akan dinamakan Larian Kedah Sejahtera 2011 yang bakal dikenakan bayaran RM3 dan RM5 mengikut kategori masing-masing. Maka sejahteralah sesiapa yang bakal mengutip yuran tersebut.

Kedah Times tidak mengatakan program ini tidak baik, malah ianya adalah baik untuk kesihatan dan  silaturrahim antara rakyat.

Cuma kita harapkan ianya bukan dijadikan sebagai penutup kepada prestasi buruk Kerajaan PR sejak 3 tahun lalu. Seperti apa yang diulas oleh SS ke atas manifesto mereka yang masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Mungkin program ini adalah sebahagian dari manifesto PR dalam PRU12 lalu. Rakyat sejahtera... 3 tahun sekali..

Nota : Kedah Times cuba nak bayang macamana dengan suasana larian kelak. heheh

ALOR SETAR – Sempena dengan sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera, akan diadakan acara larian Kedah Sejahtera 2011. Larian ini akan diadakan pada hari Sabtu 12hb Mac 2011 bermula jam 6.30 pagi.

Menurut Ustaz Mohd Rosli Azmi, Pegawai Khas Belis dan Sukan kepada YAB Mentri Besar Kedah, larian akan bermula dan berkahir di Stadium Darul Aman .

“Sebagai galakkan, 500 orang peserta pertama akan diberikan hadiah sehelai baju T, “ katanya.
Larian yang julung kali diadakan ini terbahagi kepada beberapa ketegori iaitu kategori Pelajar Sekolah Lelaki, Pelajar Sekolah Perempuan, Terbuka Lelaki 18-39 tahun, Terbuka Wanita 18-39 tahun, Terbuka Veteran Lelaki dan Veteran Wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

“Bagi ketegori Pelajar Lelaki dan Perempuan, yuran yang dikenakan hanya RM3 manakala bagi lain-lain kategori yuran yang di kenakan adalah RM5.

“Larian Kedah Sejahtera 2011 ini akan melibatkan laluan sekitar Bandaraya Alor Setar sejauh kira-kira 7.5 kilometer.

“Hadiah yang ditawarkan bagi semua pemenang tempat pertama hingga ke 20 adalah medal manakala bagi tempat pertama hingga keempat akan di sertakan dengan wang tunai,” katanya lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates