Rabu, 9 Mac 2011

RAIKAN KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN?​????

SOBRI SUDIN

1. Nampak gah khemah arabian dan pentas utama bersalutkan kain putih hijau terpasang diperkarangan Stadium darul Aman. Semuanya gara-gara ulangtahun ke-3 Kedah sejahtera yang hakikatnya Kedah lena dan sekadar mensejahterakan pimpinan di atas. Walhal rakyat biasa terus bergelut dengan isu kemiskinan, biaya anak sekolah, keperluan kos ubatan untuk penyakit kronik, mutu seliaan jalan negeri yang kurang baik,  isu sampah yang terus dibakulsampahkan, dan kualiti bekalan air yang agak jengkel.

2. Realitinya apa yang mahu diraikan? Nafsu nafsi ego sang penguasa bahawa matlamat mereka menumbangkan BN Kedah telah terlaksana? Dan apabila kuasa sudah dibahu, banyak pula alasan demi alasan diketengahkan bukan pula tindakan penyelesaian yang jika dibuat ukuran Indeks pencapaiannya benar-benar mensejahterakan setidak-tidaknya 80% penduduk Kedah yang berjumlah 1.9 juta orang.

3. Hak sivil rakyat seperti yang selalu diungkapkan oleh J.J Rosseou dan John Locke jauh panggang dari api untuk disempurnakan sama ada mengikut lunas Islam ataupun prinsip umum yang diterima oleh masyarakat antarabangsa seperti yang selalu dikupas secara empiris oleh Hedley Bull(1972).

4. Mujur kaum tani, masyarakat luar bandar kini terselamat kesan kenaikan harga getah, kelapa sawit dan harga yang cukup memuaskan bagi padi dan pertanian berasaskan sayuran dan buah-buahan selain sumber laut. Itupun ditokok tambah dengan insentif dari kerajaan pusat yang tak putus-putus memberikan pelbagai biaya, geran, pinjaman dan bantuan. Namun hakikatnya yang memberi itulah sering dihentam dikeji dek kerana hasutan ulama bertopengkan jin dan iblis..

5. Dalam realiti ke arah mentuntaskan hak dan aspirasi rakyat Kedah, setiap warga Jelapang Padi sepatutnya bertanya, apakah direct impak? Kesan segera yang mereka peroleh sama ada dari sudut peningkatan persekitaran hidup? Tingkat pendapatan? Kebajikan sosial? Pendidikan? Penyuburan syiar dan syariat agama? Keselamatan dan sumber asas yang lain selama 3 tahun PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan di Kedah.

6. Apakah benar nasib rakyat Kedah yang mengalami musibbah dan berharapkan pertolongan serta bantuan serba serbi ditangani dengan cekap secara langsung oleh kerajaan Kedah sejahtera? Atau adakah kerajaan PAS, PKR dan DAP sekadar terdirinya sebuah kerajaan untuk menunjukkan hakikat memang benar adanya kerajaan namun fungsinya tidak ketahuan..

7. Ini persoalan asas yang wajar ditanya, dituntut dan diupayakan jawapannya. Kerana kita adalah pembayar cukai, kita jugalah pengundi samaada atas rasa amarah, kecewa atau dendam telah memanjangkan tangan ini untuk memberi undi kepada calon PAS, PKR dan DAP dulunya.

8. Prinsip pentingnya, amanah yang kita beri kepada wakil rakyat harus dipampaskan(compensate) dengan pelaksanaan amanah yang jujur, luhur dan bersungguh.

9. Apa pula manfaat langsung yang masuk ke dalam setiap isi rumah kesan pendapatan negeri KEDAH SEJAHTERA yang dikatakan meningkat?

10. Apa pula manfaat yang diperoleh oleh tenaga profesional anak Kedah di dalam negeri atau yang merantau bila suara meroyan Khalifah AZIZAN berkata, GLC catatkan keuntungan..? Apakah tertonjol dan terbuka luas peluang kerja untuk mereka???????

11. Namun yang jelas, meraikan ulangtahun ke-3, tertubuhnya kerajaan Pakatan rakyat di KEDAH bertujuan menunjukkan kejayaan ataupun menutup kelemahan mereka yang seringkali pandai bermain silap mulut. Menjuih, melakukan reverse saikologi dan bercelupar mulut maki-maki serta marah-marah dengan alasan panjang lebar bagi setiap siri dosa, khianat dan pemungkiran janji yang mereka nodakan terhadap rakyat Kedah..

12. Tapi yang pasti sambutan selama 4 hari nanti tidalah lebih sekadar usaha menunjukan megah, rasa bangga tidak bertempat yang tidak langsung boleh dibanggakan OLEH majoriti rakyat Kedah. Dan keraian ini tentulah juga buat menjolikan terus duit rakyat, memberi peluang komisyen dan prospek niaga pada kroni melalui kontrak membekal khemah, pentas, t-shirt, topi, barangan cenderamata untuk VIP, sound and lights penganjuran acara, catering dan bahan promosi.

13.Keraian ulangtahun ini juga dengan pelbagai acara secara terang-terangan memunggah dana awam kerana kesemua aktiviti, penganjuran acara sama ada konsert PAK LONG SELAGU ADA RINDUNYA atau apa jua event yang pastinya membuka ruang bagi percampuran lelaki dan wanita bukan muhrim(satu dimensi aktiviti yang sebelumnya cukup ditentang hebat oleh PAS sebelum mereka didakwahkan DAP) semua acara ini ditaja sepenuhnya hasil sumbangan agensi seperti PKNK, SERI TEMIN, BDB, MBI, dan banyak lagi syarikat bekaitan negeri sebagai penaja utamanya..

14. Entahlah sampai bila rakyat Kedah boleh merelakan kemungkaran dan khianat terus bermaharajalela dilaksanakan oleh sebuah parti yang sering melaungkan konsep 'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'. Barangkali slogan itu kian beransur nipis dan bertukar menjadi 'TENGGELAM DALAM KELAM'...atau 'SAPU KHAZANAH NEGERI DALAM DIAM'

15. Masih butakah hati, minda dan akal rakyat Kedah? Masih sinonimkah tagline ORANG KEDAH BUAT MUDAH dengan rakyat Kedah? Fikir, fikir dan fikirkanlah... Fikir dengan kepala minda bersalut iman, bukan berfikir menggunakan kepala lutut seperti AZIZAN dan konco-konconya yang sudah kaya raya.. MEMANG, SELEPAS 2008, hasil bumi KEDAH telah berjaya mensejahterakan MEREKA-MEREKA SEMUA...

1 comments:

Ahmad akhiri alkohsari berkata...

Sdr Sobri itulah namanya kuasa bila ditangan.Bukan senang nak rentap kembali kepangkuan UMNO.Kalau setakat retorik belum tentu lagi.Kalau dah Ostat Azizan buat sambutan ulang tahun 3 tahun sejahtera.Kenapa UMNO tidak buat lagi besar dan gah.Ambil tema 3 tahun sengsara jadi pembangkang.Kalau sekadar jadi anjing menyalak bukit.Bukit tak runtuh.Tapi anjing sendiri yang letih sembunyi balik bukti.Sudahlah sdr Sobri.Kalau gula sesudu macamana air sekole boleh manis.UMNO Kedah dalam keadaan serba tak kena aku tengok.Jangan lah sembunyi habuk dan kotor bawah karpet.Rakyat Kedah bukan bahlul dan bodoh.Pengundi hari ini cerdik dan pintar macam Sdr Sobri juga.Realitinya_ UMNO di Kedah kalau semasa sdr Sobri beri greding markah berapa agaknya semasa jadi lecturer dulu.Cakap benarlah walau pun pahit.UMNO bila lagi nak buat ulangtahun 3 tahun sengsara hilang kuasa pula.Kalau setakat gelombang merah dan bermain dalam kampung dan pinggir bandar umno kedah tak akan kemana.Sepatutnya sdr sobri kena bari buat fikiran dan pendapat pada UMNO untuk menarik PAS turun.Bukan cara macam dok buat ini.Yang susah dan ketat nafas politik ialah orang UMNO.Makhluk atas pagar tanpa parti nampak macam selesa sahaja.Tak percaya tinjaulah kesemua lapisan rakyat.Terus terang aku katakan UMNO di Kedah terlalu banyak bergantung pada agensi kerajaan pusat seperti Kemas,ICU SDO,JASA,Penerangan dan lainnya.Ini bukan program politik.Mana dia pgrogram politik UMNO.Ini tugasab jabatan dan agensi kerajaan.Sr Sobri kena ajak UMNO Kedah buka minda pemimpin UMNO Kedah.Serapkan gelombang merah pada mereka dulu.Mereka sendiri pun tak nampak gelombang merah pun.Kalau cara lama juga UMNO tak,perlu lah mimpilah.Aku pun hairan bila Dato Bashah kata sipa sedia nak hadapi pilihanraya.Sedangkan aku sendiri bangun tidur makan berak cari makan di Kedah.Aku boleh lihat sendiri dari utara tengah selatan umno kedah.Apakah dan sampai bila sdr sobri nak tumpang berretorik sama dengan suasana begini.Pada semua jangan tipu orang lain dan jangan tipu diri sendiri.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates