Selasa, 8 Mac 2011

SODOMY 11 - BAHAN BUKTI KENA DAPAT KERELAAN TERTUDUH

Selepas lebih dua tahun kes Sodomy Anwar Ibrahim didengar di mahkamah dan di tangguh entah berapa puluh kali, hari ini Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang membicarakan kes ini , Bicara Dalam Bicara (TWT) telah membuat satu penghakiman yang amat memeranjatkan. Hakim telah menolak penerimaan bahan bukti iaitu tuala 'good morningl', botol air mineral dan berus gigi warna putih yang telah diuji oleh jabatan kimia/forensik dan didapati menyamai (match) DNA lelaki 'Y'. DNA lelaki 'Y' yang dikesan berada didalam dubur Saiful bersamaan dengan DNA yang ada pada tuala, berus gigi dan botol air mineral yang diguna oleh Anwar Ibrahim. Andaian yang boleh dibuat ialah lelaki DNA 'Y' adalah Anwar Ibrahim.

Kata Hakim, 'I find in this case the DNA samples on three items - good morning towel, mineral water bottle and toothbrush - were obtained by unfair means from the accused and are to be excluded from being part of the evidence '

Ayat 'were obtained by unfair means from the accused' atau pun diambil dengan cara yang tidak adil terhadap tertuduh adalah cukup pelik dan 'misleading'. Adakah dalam semua kes sodomi, rogol, bunuh dan rompak pihak polis kena memohon izin dan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu untuk mencari serta mengumpul bukti bukti yang diperlukan untuk mensabitkan seseorang tertuduh. Kalau kaedah ini yang digunakan oleh Hakim maka semua penjenayah akan bermaharajalela dan mereka tidak akan merelakan apa apa ujian dibuat keatas diri mereka maka pihak polis yang menyiasat kes tidak akan peroleh apa apa bukti. Maka penjara kita akan kosong dan akan didiami oleh tikus, lipas, ular dan nyamuk sebagai penghuni.

Penggubal undang undang perlu melakukan sesuatu kerana satu precedent telah dibuat oleh Hakim hari ini dan ianya bakal dituruti oleh Hakim Hakim lain.

1 Melayu

5 comments:

1 Melayu berkata...

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi,mohon jasa baik Yang Arif keluarkan perintah Mahkamah kepada Anwar Ibrahim supaya beliau kena beri kebenaran kepada pegawai perubatan dan pihak polis untuk mengambil sampel darah atau apa jua tisu dari badanNYA untuk diuji DNA samada ianya menyamai DNA lelaki 'Y',jika ujian DNA tersebut tidak menyamai DNA lelaki 'Y'maka Yang Arif wajib buang kes ini dan bebaskan Anwar.Kami cabar Yang Arif !

Tanpa Nama berkata...

satu penghakiman yang sangat bodoh. menurut pertimbangan akal waras mana yang lebih berat kes meliwatkah atau mengambil bahan bukti tanpa pengatahuan si peliwat. alahaiii hakim undang-undang apa yang ko gunakan ini. undang-undang bapakokah?

Melayu Lunas berkata...

Kes liwat ini memang pening kepala.

Tanpa Nama berkata...

Hakim 2x5... hi hi

Pak Ya Labu berkata...

Cerita pak syeh ni sama dengan mamat kami di padang serai.Main liwat tapi tak mahu ngaku.Satu pihak lagi dah baca yasin angkat sumpah.Pemimpin Islam akhir zaman.Topeng sahaja.Indah kulit.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates