Khamis, 31 Mac 2011

TUN DAIM - PANDANGANNYA TERHADAP UMNO/BN, PAS, PKR DAN DAP

1. Dalam wawancara Tun Daim dengan Mingguan Malaysia pada 27 mac 2011 terdapat beberapa pandangan yang cukup menarik yang dijelaskan oleh Tun secara simple tetapi penuh dengan isi dan patut dijadikan pedoman kepada parti-parti politik.


2.Tun Daim berkata UMNO dan BN akan terus HIDUP selagi rakyat kita tetap berhemah dan bijak membezakan antara padi dengan sekam, saya percaya BN akan terus memerintah. Kata-kata ini amat dalam maknanya.


3.Untuk mencapai kemenangan setiap Wakil Rakyat, setiap Pemimpin BN baik yang kecil atau yang besar harus sentiasa  ' TURUN PADANG ', ,jangan tunggu  'Padang' datang kepada kita. Mereka harus bekerja keras untuk ' menghidupkan 'UMNO dan BN'  bukannya ' Mencari Hidup' daripadanya.



4.Pemimpin dan Wakil Rakyat hendaklah menggunakan blog, twitter dan facebook untuk berbual dengan rakyat terutama sekali golongan muda. Kita harus ingat bahwa golongan muda kita sekarang jauh lebih berpelajaran, lebih jauh kepergiannya dan jauh lebih luas 'networkingnya' jika dibandingkan dengan golongan muda selepas merdeka. Mimpi mereka, harapan mereka dan aspirasi mereka tentu berbeza daripada apa yang dialami oleh ibu bapak mereka. UMNO dan BN perlu memahami semua hal ini dengan jelas supaya dapat melaksanakan program-program yang  'sustainable' yang boleh dihayati oleh golongan ini. Jika golongan ini dapat diasuh untuk memahami, menghormati, menghargai dan menyayangi perjuangan UMNO dan BN, maka bangsa dan negara pasti akan melihat esok yang lebih gemilang.


5.Adakah ada perubahan selepas PRU 12, 2008? Kita lihat Kedah, Menteri Besar orang baik, mesra dengan rakyat, ikhlas tapi cuba tanya orang Kedah apa untung besar yang mereka dapat setelah PAS memerintah? Kedah Negeri Miskin! Ia perlu pertolongan dari Kerajaan Pusat. Langkawi tanpa LADA (Agensi Kerajaan Pusat ) tak dapat dibangunkan. Ini realiti. Rakyat kena faham.



6.Tanya orang Melayu di Pulau Pinang pula apakah nasib mereka sudah berubah dengan pesat dibawah pemerintahan DAP? Dan adakah berlaku lonjakan paradigma di Selangor? Semua tokoh utama Pakatan Rakyat bermukim di Selangor. Adakah mereka mempunyai 'geliga' yang boleh menyelesaikan semua masaalah rakyat Selangor? Berapa bilion ringgit modal asing baru terutama dari negara-negara Arab yang telah dibawa masuk oleh Penasihat Ekonomi Selangor itu?



7.Kesimpulan daripada semua ini, rakyat mahu perubahan dan jika parti politik tidak dapat melakukan perubahan, PRU 13 nanti rakyat akan menghukum dengan lebih teruk lagi.



8. Kedah bagaimana? Pas dilihat gagal melaksanakan semua janji-janji pilihanraya didalam manifestonya, UMNO sudahkah bersedia untuk bertempur habis-habisan merampas kembali Negeri kelahiran dua mantan Perdana Menteri Malaysia? Jawabnya UMNO Kedah masih belum mahu berubah! Bila agaknya mereka akan bersedia untuk berubah? ALLAH sahaja Yang Maha Mengetahui.




1 Melayu

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Saya amat bersetuju dengan pandangan Tun Daim dan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir. Saya amat tertarik dan UMNO perlu perubahan dan cepat mengambil tindakan demi agama dan negara. Secara teorinya PAS cuba mengambil pendekatan terbaru dengan cuba meracuni pemikiran pelajar-pelajar dan golongan yang masih mentah samada dari peringkat rendah, menengah hingga ke menara gading.

Untuk makluman tuan Sobri, pemimpin UMNO termasuk Padang Terap terbukti apabila seorang Guru bernama Saudara Abdullah yang mengarjar di Sekolah Kluster Sek. Men Keb. Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah dan juga pengerusi ABIM telah menggunakan ABIM sebagai wadah meracuni pemikiran pelajar yang cuba diserap kepertubuhan ABIM.

Disinilah beliau mula memperalatkan dan meracuni pemikiran pelajar dengan menghasut agar membenci TV Perdana, Akhbar Perdana dan semua yang diberikan oleh Kerajaan itu dikatakan haram termasuklah biasiswa. Tidak cukup dengan itu beliau membawa pelajar kemerata masjid diwaktu cuti kononya untuk berdakwah disebaliknya beliau mempergunakan pelajar ini diterbiahkan oleh pemimpin PAS lain kononnya ustaz yang berwibawa.

Akibatnya banyak pelajar telah menipu ibubapa dengan mengatakan kelastambahan dan sebagainya. Justeru itu Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap harus menyiasat dan mengambil tindakan. Amat malanglah kerana Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah sendiri mengetahuinya tetapi membuta mata dan memekakkan telinga.

Apakah Ketua Pemuda UMNO ini layak dijadikan pemimin sedangkan perkara yang memudaratkan dan banyak menyosong pemikiran dan akidah ini dijadikan kawan semasa mesyuarat dan tiada diambil tindakan. Jika dibiarkan akan menjadi barah dan akan memudaratkan keselamatan negara sepertimana terjadinya penentangan terhadap kerajaan oleh Puak Maunah tempoh hari.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates