Isnin, 7 Mac 2011

UMNO KEDAH & 4 NEGERI UTARA ... Dah Dapat Momentum Ka Belom ??

AloQStaQBlog mengucapkan jutaan Tahniah kepada seluruh pengundi di dua DUN bertanding Piliharaya Kecil N27Merlimau dan N28Kerdau di atas keputusan & pemilihan bijak anda memilih wakil rakyat bagi kawasan tersebut. TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! Pilihan anda memang tepat !...

Juga sekalung tahniah kepada seluruh warga kerja dan tenaga jentera parti BN yang selama tempoh berkempen telah menjalankan tugas kempen memenangkan calon BN, dan akhir sekali TAHNIAH kepada kedua-dua wakil rakyat baharu yang diisytiharkan oleh SPR malam tadi.

Jalankanlah amanah yang dibebani di atas bahu kalian dengan sempurna. Itu bukan jawatan untuk didabik dada, itu adalah ujian Allah untuk kamu laksanakan dan bertanggungjawab ke atasnya.

OK, dah menang besor, kita seronok, jangan sampai lupo diri ... puak sana yang kalah tu sekarang dah kembali sedaq dan depa ada masa untuk berjuang menentang semula kita di PRU13 yang bakal menjelang tak berapa bulan lagi ! Puak BN nak seronok seketika boleh saja, tapi jangan terus leka dengan kemenangan sejak akhir-akhir ni. Cukuplah sekadar seronok dalam dua-tiga hari, cukuplah.

Banyak lagi kerja kita untuk kita laksanakan. PRU13 semakin hampir, sudahkah kita bersedia?

Lupa pulak aku, aku nak ucap sekalung tahniah juga kepada barisan kepimpinan yang turun berkempen di Kerdau & Merlimau sejak dua minggu lepas. Khasnya kepada PM dan TPM. Jasa kalian amatlah disanjung tinggi. Selain PM & TPM , ramai pemimpin luar yang turut membantu khususnya pemimpin-pemimpin negeri utara yang sanggup turun meredah hujan, gerimis, belukar, denai, semak dan lopak-lopak di serata kampung di Kerdau & Merlimau sana.

Nampaknya ukuran sikap pengundi dan cuaca politik Malaysia sudah boleh di baca kali ini (walaupun ianya tidak menjadi bacaan rasmi) bagi BN untuk menentukan tarikh tepat untuk PRU13.

Ianya sedikit sebanyak membantu BN membuat review semula simulasi pilihanraya demi menentukan survival BN di PRU13 kelak. Tak perlu BN gunakan ukuran DUN Tenang, DUN Kerdau & DUN Merlimau secara total, tapi ketiga-tiga DUN ini menunjukkan rakyat kembali secara perlahan-lahan kepada BN semula, khususnya kaum Cina & India serta pengundi-pengundi baharu yang mengundi di saluran 3 & 4.

Secara kasarnya, Dato' Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin sekarang dah mula mendapat MOMENTUM mereka di negeri-negeri sebelah Selatan Tanahair. Walaupun sekadar beberapa tempat sahaja yang ditaqdirkan ada PRK sepanjang penggal ini, ianya menunjukkan sedikit peningkatan sokongan telah kembali kepangkuan Dato' Sri Najib & Tan Sri Muhyiddin.

Cuma yang AloQStaQBlog bimbangkan kini adalah : MACAMANA PULAK DENGAN MOMENTUM POLITIK DI NEGERI-NEGERI UTARA (KHASNYA) KEDAH ? ... PENANG ? ... PERAK ? ... dan tak lupa PERLIS ? ... 

Siapa yang berani memberi jaminan bahawa rakyat di negeri-negeri tersebut kini juga sudah berubah sikap kembalikan sokongan kepada Dato' Sri Najib dan BN ? ... Ada berani ?

Bagi aku, keempat-empat negeri Utara tersebut belum sedia diuji oleh Allah mengenai sikap pengundi terhadap BN pasca PRU12 dahulu ... Sementelah pulak sikap orang-orang Utara khasnya orang Kedah ni, agak pelik sikit. Depa ni susah untuk diukur tahap sokongan secara luaran. Kadang-kadang, dalam satu majlis keramaian, ada orang UMNO dan PAS boleh duduk sekali macam adik-beradik dan bersaudara rapat. Tapi, dalam masa yang sama juga, ada yang tak boleh duduk sekali kerana berbeza fahaman politik. Ada masjid yang imam/khatibnya PAS, tetapi bila berkhutbah tidak mengaitkan politik, tetapi ada juga sebaliknya. Pelik sungguh sikap orang Kedah ni,kan? ...

Jadi, tumpuan kepimpinan UMNO Pusat perlu dilebihkan kepada negeri-negeri Utara tanahair pada masa kini.tidak pasti bila akan diisytiharkan oleh PM & SPR tapi pastinya DAH DEKAT SANGAT!.

Walaupun begitu punya dekat PRU13 dengan kita, UMNO Kedah (dan negeri-negeri Utara) masih belum dapat menjamin tahap ukuran sokongan rakyatnya sama ada sudah kembali menyokong UMNO / BN sehinggakan boleh menang dengan selesa? kelabu asap? atau masih hitam gelap?

Apakah pengundi-pengundi di Kedah masih berada di tahap sokongan 50-50 ? yang masih belum pasti nak memilih yang mana satu, BN atau Pakatan Rakyat ...

Wallohua'lam bissawabbb ...
Sapa pun tak berani nak jawabbbb...

Kerana apa tak berani nak jawab ? ... 

Adakah kerana orang Utara khususnya orang Kedah, agak sukar untuk dibaca sikapnya?

Atau Gerak kerja UMNO Kedah masih lemah dan tidak cukup 'Ummmpphh!' untuk rakyat kembali menyokongnya?

Atau Jentera UMNO/BN sudah merasa Syok Sendiri dan leka dengan mengandaikan bahawa rakyat telah kembali menyokong UMNO/BN selepas melihat situasi di KERDAU & MERLIMAU ?

ADAKAH UMNO KEDAH TELAH MEMPEROLEHI MOMENTUMNYA UNTUK BERTARUNG DI PRU13 ? ...

Ada sapa-sapa yang berani menjawab persoalan ini ? ...

Tulus Ikhlas :
AloQStaQ
07 March 2011
9:00 Pagi




KedahTimes : Kami cedok artikel ini dari blog AloqStaq. Terima Kasih kepada AloqStaq blog. Untuk artikel asal, sila ke SINI.

3 comments:

abraz966 berkata...

tak berani saye nak jawab.

Tanpa Nama berkata...

err..doakan azizan sala tu mati awal. then wat pilihanraya kecil..baru tau BN punya sokongan camna..

Menyampah dgn PAS

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya umum kali ini walaupun UMNO Kedah nampak lemah, tapi rata rata rakyat dah serik undi PAS..Haram apa satu tak boleh buat..Makan gaji buta, tidur, mengeram dalam pejabat, pi berjalan makan angin, dan berceramah serata negeri. Yang tu saja la kepandaian depa.Buat perabis beras saja.Tak guna satu sen pun.CISS..

Mat Kiram

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates