Khamis, 31 Mac 2011

Video Seks - Kenalah Fokus

1. Isu video seks yang didedahkan oleh Datuk T semakin menjadi hangat. Ini ditambah lagi dengan pengakuan seorang Blogger iaitu Papagomo yang beliau telah melihat video seks tersebut. Pengakuan beliau boleh dilihat disini.

2. Semua blog pro-kerajaan memaparkan siapa pelaku dalam video tersebut. Ini disebabkan yang dituduh melakukan kerja itu telah menafi lebih awal yang pelaku itu adalah beliau; sebelum pun melihat video tersebut. Hanya sedikit blog pro kerajaan yang mengkritik pendedah iaitu Datuk T.

3. Blog Pro Pembangkang sudah tentu tidak bincang siapa pelaku, sebaliknya lebih memfokuskan kepada kredibiliti Datuk T dan juga konspirasi UMNO dan pihak tertinggi kerajaan.

4. Mereka mainkan lagu tersebut supaya pendengar atau pembaca lupa isu sebenar iaitu siapa pelaku sebenar dalam video tersebut. Sehingga mengadakan program sembahyang hajat di Stadium Melawati untuk memohon Allah memberi petunjuk siapa benar dan siapa salah.

5. Persoalannya ialah siapa yang sebenarnya mereka rujuk sebagai Yang Benar atau Yang Bersalah tersebut? Walhal video pun mereka belum lihat! 

6. Apakah mereka sanggup terima kebenaran jika Allah benarkan video itu ditunjukkan kepada mereka! Atau mereka semua masih mahu menutup mata dan hati tidak menerimanya dan menyatakan yang ianya adalah konspirasi pihak tertentu!

7. Sebab itu awal-awal lagi mereka sudah memberi fokus kepada Datuk T dan Konspirasi. Jika benarpun pelaku itu orang yang dihebohkan, mereka masih ada sebab untuk tidak mempercayai kerana fokus mereka adalah kepada kedua-dua sebab tersebut.

8.Inilah 'DIVERSION' sebenar yang amat digemari oleh Zionist dalam merosakkan dan memecahbelahkan umat Islam. Apa saja isu berkaitan mereka, ianya akan di 'divert'kan kepada orang lain.

9. InsyaAllah, Malaysia dan UMNO masih gah dipelihara oleh Allah SWT. Dia akan tunjukkan kebenaran. Kita perlu menerima kebenaran walaupun tidak memihak kepada kita. Jika ini dapat diterima oleh PAS dan PKR, insyaAllah umat Islam boleh bersatu.

10. Ingat saki baki Kominis masih ada di negara ini dan mereka adalah oppotunist paling cekap mengambil peluang dalam menghancurkan kuasa Melayu dan Islam.

11. BERSATUlah!

Raja Bersiung


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates