Rabu, 23 Mac 2011

A WINNABLE CANDIDATE IN THE HOUSE..

SOBRI SUDIN.


1. Politik memang unik, tabiat pengundian rakyat Kedah juga unik seunik pengundi di Kelantan.



2.Kehendak dan selera pengundi Kedah juga pelbagai, boleh dikira melepasi tahap matang, sebahagian kecil pengundi di Kedah pula benar-benar menjadikan ADUN atau Ahli Parlimen mereka sebagai 'political slave'.



3.Ahli PAS dan UMNO di Kedah sebahagian besar juga adalah saudara mara, kawan rakan dan sepupu sepapat. Jika dilihat cara orang Kedah melawak (bergurau) memang kasaq tetapi itulah citra kemesraan yang terjalin dalam urusan komunikasi seharian mereka.



4. Gendang dan pencak silat politik orang Kedah juga cukup hebat. Mereka boleh berubah 360 darjah dengan tiba-tiba. Pendirian sikap mereka berhubung pemilihan dalam pengundian sukar diramal sebab itu siapa yang mengkaji tentang tingkahlaku pengundi dan trend pengundian rakyat Kedah agak sukar mendapat jawapan yang pasti.



5. Ironinya meskipun orang Kedah ni nampak mudah dan bersahaja, namun pemikiran mereka cukup strategik...



6. Pemikiran strategik ini diterjemahkan dengan jelas bila mana rakyat Kedah membuat pemilihan dalam pengundian semasa pilihanraya. Sebab itu yang disangka lemah tiba-tiba boleh menang, yang dilihat hebat tau-tau kalah menjunam, yang pulun bekerja siang dan malam hanya kerana sikit kesilapan terus ditendang keluar.. Dan yang hanya bijak bercakap, melalak dan melolong macam kena rasuk polong seperti Mahfuz OMAR tiba-tiba boleh ditabal sebagai Ahli Parlimen.



7. Pengundian pengundi Kedah membawa isyarat dan makna secara sindiran meskipun kesan pengundian yang mereka buat akhirnya merugikan dan mencalarkan masa hadapan anak cucu mereka sendiri.



8. Secara jelas tipu helah pengundi di kalangan rakyat Kedah cukup tinggi. Mengundi pangkah PAS, tiba masa perlukan pertolongan wang ringgit, bantuan itu ini dicari juga pemimpin UMNO, mungkin bagi orang Kedah ini muhong sunat namanya. Istilah kenang jasa jarang sekali dihayati dan diterapkan dalam sanubari. TUN DR MAHATHIR dua kali ditewaskan oleh pengundi orang Kedah. Pertama kali dalam pilihanraya Umum 1969, kali kedua ketika pemilihan G7 UMNO Bahagian Kubang Pasu.



9. Sebahagian yang lain pula didapati aktivis totok PAS, pejuang nombor wahid dalam PAS, namun bila hari pengundian memangkah calon UMNO (ini berlaku bila mana calon UMNO itu datangya dari kaum keluarga atau saudara maranya). Disebabkan si pejuang tadi sediri mengetahui bahawa pemimpin partinya tidak layak mengurus dan mentadbir tetapi hanya bijak berceramah dan membuat provokasi.



10. Apapun satu yang pasti.... Pengundi Kedah dalam membuat pilihan mereka sebelum memangkah kertas undi akan melihat terlebih dahulu.. SIAPA CALON-CALONYA????  Dalam bahasa mudah pengundi Kedah memangkah bukan berdasarkan parti sangat tetapi memilih calon yang mereka senangi..



11. Untuk UMNO/BN Kedah cuba kita senaraikan siapakah kategori yang terangkum dalam kelompok 'WINNABLE CANDIDATE' yang jika namanya dicalonkan, majoriti pengundi di kawasannya akan memilih dan memenangkannya... Hanya anda sebagai pengundi di Kedah yang lebih mengetahui.. .dan mengenalinya..



*Bagi aku yang merupakan pengundi di DUN DERGA dan Parlimen Pokok Sena aku mencadangkan untuk kerusi Parlimen Pokok Sena, Dato Sahlan Ismail, kerusi Bukit Pinang (dicari tokoh agama anak tempatan), untuk kerusi Bukit Lada, dicalonkan semula Dato Ariffin MAN. Sementara Dato Ahmad Lebai Sudin, Ketua UMNO Bahagian dilantik ke apa-apa jawatan Pengerusi agensi pusat atau diberi jawatan Ahli Dewan Negara ataupun dibersarakan terus. Untuk Ketua Pemuda Pokok Sena, masa masih ada, tambahkan ilmu penuh didada, luaskan lagi pengalaman, penggal akan datang kalau ada rezeki maka bertandinglah.. Takan lari gunung di kejar..!!!!

5 comments:

AnaQarbana berkata...

Parlimen Padang Serai, Dun Merbau Pulas dan Dun Lunas macam mana pulak......
Tolong habaq mai sat.....
Orang Padang Serai sendiri dah tenggelam punca..
Siapakah di antara ramai Ahli UMNO boleh di tabal sebagai 'WINNABLE CANDIDATE'...........

Tanpa Nama berkata...

Aku nak calon Dato Shukri, dulu bos KHTP sebagai winnable candidate untuk Parlimen Padang Serai

Raja Bersiung berkata...

SIK: Parlimen - Dato Dr Wan Azmi ... tak pernah kalah
ADUN Jeneri - tak nampak lagi
ADUN Belantik - Tajudin ... boleh gagah jika ada undi POS

Tanpa Nama berkata...

Baling pulak macam mana...

Tanpa Nama berkata...

Sobri Lebai sudin,

mana ada dah winnable candidate di kalangan org umno...semua dah pupus dah..yang dok ada tu semua tak bejenih... dulu org umno sombong, bongkak, angkuh...hampa eksyen bila hampa dok megah kata di kedah letak tunggui kayu jd calon BN pun boleh menang...

tapi la ni baru hampa tau langit tinggi ka rendah..PADAN MUKA HAMPA!!!

Mat Kiram

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates