Selasa, 26 April 2011

ADA ORANG DERHAKA TITAH TUANKU SULTAN KEDAH!!!​!!!

Kuku Kambing

DI PERAK ADA NIZAR, DI SELANGOR ADA KHALID IBRAHIM
KINI DI KEDAH ADA DATO' PUAT ALI DAN DATO' BARNI

CUBA MENDERHAKA KEPADA TITAH KBDYMM TUANKU SULTAN PEMERINTAH NEGERI.

Ingat tak lagi Puat Ali Pegawai Kewangan Negeri yang pandai menguruskan duit negeri sehingga berbaki beratus juta di dalam akaun simpanan tetap negeri seperti yang di war-warkan di persidangan badjet negeri dibentangkan oleh YAB MB. Puat tahu dan YAB MB juga tahu. Rakyat kebanyakkan mungkin taktau sebenarnya duit tu bukan duit negeri yang boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan tak pasai-pasai. Sebabnya duit tu adalah deposit yang Kulim Hitech atau KTPC punya. Cerita ni Presiden KTPC Hj. Sobri dok tabok dan sebar merata dah. Kata Puat dok simpan duit KTPC sehinggakan perancangan yang hendak dibuat oleh KTPC bercelaru habis. Banyak lagi duit-duit deposit yang kerajaan dok pegang lani. Deposit ni kalau tuan punya dia minta balik kerajaan negeri kena la bagi balik. Bukannya harta meredak kerajaan. Puat dok kelentong YAB MB pasai nak tunjuk kata dia ni pandai jaga duit sampai tak habis belanja. Kesian pada YAB MB kena main dengan pupu dia adek Puat.

Berbalik kepada persoalan di atas. Puat Ali telah menghantar satu SMS kepada kebanyakkan Pegawai Tadbir Negeri atau KCS. "Baca sini". Akujanji kononnya tak berminat dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri atau SS. Bersyukurlah dengan Anugerah Allah setelah berjaya memotong kekakanan Pengarah UPEN dan PTG untuk jawatan Pegawai Kewangan Negeri atau SFO. Cakap tak serupa bikin. Dengar khabar berita hujung telinga bahawa perkhidmatan SS disambung setahun lagi oleh KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah. Sebab disambung perkhidmatan SS ni hanya KDYMM Tuanku Sultan saja yang tahu kerana KDYMM Tuanku Sultan amatlah bijaksana menilai dan meneliti kerja buat SS sebab dah kerap berlaku penyambungan kerja SS ini oleh Duli Tuanku. Duli Tuanku teramat masak dengan pentadbiran negeri kerana sudah menjadi Raja Pemerintah sudah melebehi 50 tahun. Penyambungan SS ini rupa-rupanya tidak diperkenan oleh Puat Ali dan Barni bininya. Maka keluarlah dalam atikel kedahlanie dalil-dalil SS perlu disambung."baca sini". Siapa lagi manusia yang berani menyanggah Titah Tuanku Sultan kalau bukan tuan empunya diri yang berkepentingan dan bercita-cita tinggi.

Wahai Puat dan Barni. Apakah KDYMM Tuanku Sultan dan YAB MB begitu mudah terpengaruh dengan BOMOH-BOMOH Malaysia dan Indonesia. Seolah-olahnya Kedaulatan Tuanku Sultan telah dikalahkan oleh bomoh-bomoh jadian yang ditaja seperti mana atikel itu katakan. Sedarlah wahai Puat Ali dan Barni kalaupun SS ini tidak disambung perkhidmatannya bukanlah awak orangnya yang disukai oleh majoriti kepimpinan kerajaan sekarang ini untuk menjadi SS.Tetapi orangnya adalah Pengarah PTG walaupun dimata hati awak suami isteri Pengarah PTG itu tidak cerdik dan pandai cakap orang puteh macam awak suami isteri. Apa Puat tak kata dan hina pasai Pengarah UPEN dan Pengarah PTG. Lembab dan tak cerdik kata Puat dan Barni. Dia dan bini dia saja yang cerdik dan pandai... Inilah sikap takbur dan bongkak suami isteri, 'beraja dimata, bersultan dihati'.

Cukup-cukup la wahai Puat Ali dan Barni, membuat onar dalam perkhidmatan awam negeri. Orang luar macam kami ni bukan taupun pasai rumah tangga dalam KCS hampa pegawai-pegawai besar ni yang suka bagi jadi celaru. Dulu-dulu takdakpun benda-benda macam ni keluar sampai kami tau semuanya. Kalau hampa dua orang tak kencah cerita dalam kain ni kami sampai la taktau kata hampa pegawai besarpun dahsyat main politik gila kuasa ni. Mengalahkan JKK DAN MKK lagaknya. Ingat orang politik saja suka tikam kawan. Rupanya pegawai besar macam hampapun sama juga gila kuasa.

Dato' Puat dan Dato' Barni...!!!  Janganlah DERHAKA dengan TITAH Tuanku Sultan macam yang dibuat oleh dua ekor manusia di Selangor dan Perak tu yang telah cuba menderhaka pada Titah Tuanku Sultan yang lebih arif lagi bijaksana dalam soal Pentadbiran Negeri ini.BERTOBATLAH...!!!!  Jangan buat fitnah pada sesama pegawai di Kedah ni. Cuba berlapang dada, belajar terima qada dan qadar Allah s.w.t.  Jangan kerana berebut jawatan Dato' berdua sanggup menderhaka. Dato' Puat baru saja mendapat anugerah gelaran DATO' WIRA. Bersyukurlah wahai Dato' Wira Puat dan Dato' Barni. Dato' Barni baru saja di BOM di KUIN selepas di BOM di Kubang Pasu dulu. Jangan jadi PENDERHAKA kepada KDYMM Tuanku Sultan pula. Belajarlah bersyukur dengan nikmat Allah yang diberi berlimpah ruah kepada Dato' berdua.... Amin.....

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

derhaka yg hang tulis tu blm tentu berdosa, yg berdosa derhaka pada Allah, Rasul dan 2ibubapa..yg patut digusarkan yg lawan Allah..x pakai hukum Allah, x solat,x tutup aurat, kuat fitnah...tu antara derhaka yg masuk neraka..patut hang pejuangkan..mulakan dulu ngan bini ketua negara..soal mungar nangkir kena jugak kt depa..

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Kepada 1:52:00 PM betulkah derhaka pada pemimpin tak berdosa. Setahu hamba yang bodoh dalam ilmu agama islam ini kalau tak salah terdapat firman Tuhan supaya Taat Pada Pencipta, Rasulullah SAW dan pemerintah yang adil. Persoalannya apakah pemerintah kani zalim padanya. Tetapi yang jelas dan nyata beliaulah banyak merosakkan perpaduan kaum dan merosakkan kemudahan awam dengan pidatonya. Fikirla no dan jangan jadikan undang2 sendiri seperti zaman jahiliah.

Baru tadi hamba berjumpa dengan seorang cina. Maka beliau mula berhujah dan kuat kempen DAP. Sayapun buat dengar dan tak dengar. Demi mengambil hatinya saya bertanya bagaimana hubungan dengan PKR dan DAP dan mengapa mereka anti BN. Katanya mereka tak perlu bimbang PKR kerana semuanya telah dicucuk hidung dan telah dirantai dan pemikirannya telahpun diracuni.

Mengenai PAS beliau berkata mereka ini cuma alim zahir tetapi batin terlalu lemah dan mudah diperdaya dan diperbodohkan. Mereka ini juga kuat rasuah katanya. Maka hakikatnya seperti kata beliau duit STDC bagi bantu mangsa banjir Kedah RM 5000.00 dicop bulan dan hanya diberi kepada markaz PAS. mereka ini umpama lembu dicucuk hidung dan mereka juga hidung belang dan banyak putar alam dan pembohong.
Katanya PAS hanya alim dimulut tetapi amat jahil dalam semua pentadbiran memerintah dan boleh diperbodohkan serta mudah digerta dan dibuli. Mereka ini mudah dimakan puji dan sanggup menikam sesama agama demi kuasa dan wang.


Mengenai BN beliau kata mereka ini secara fizikal terlalu terbuka tetapi batin mereka terlalu kuat tentang pengangan agama dan susah hendak diperdayakan. Justeru itu kumpulan ini terlalu berpegang prinsip setiakawan dan tidak mudah menikam rakan daripada belakang. Walaupun zahirnya jahil tetapi mereka ini sebenarnya pejuang agama islam dan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman bangsa dan agama.BN terlalu banyak cerdik pandai yang menjadi pagar menyokong mereka serta hakikatnya mereka amat kental walaupun terdapat segelitir yang bermasalah.

Tanpa Nama berkata...

tak payah cakap la dulu masa sy unan disambung hampa juga yg kalut mai la ni hampa nak sambung juga, pasai tu jangan kata kat org hampa pun sama ja, yg pakat dok kalut nak sambung nak ampu buat apa buat keja tu bagi betoi dulu

Tanpa Nama berkata...

SS KEdah semuanya perosak Negeri KEDAH...Abis semua D.O - D.O pencen latik pegang jawatan mcm2 sepaerti SADA dan MBAS....adoi....bilalah KEDAH nak selamat dari genggaman SS Kdah nie....Tgkla apa jadi kat SADA skrg...sedih...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates