Jumaat, 1 April 2011

AKU BETOI..HANG SALAH..rakyat jadi tak tentu arah


SOBRI SUDIN



Dwi parti sistem yang diamalkan sepertimana di UK dan US mengambil masa ratusan tahun untuk matang sepertimana hari ini.

Parti mana sekalipun yang membentuk kerajaan, sudah pastilah parti pembangkang akan berfungsi sebagai pengawas dan pengimbang bagi segala dasar yang dilaksanakan. Constructive critism dan alternative solutions seringkali menjadi wahana bagi parti pembangkang di sana dalam mengawasi perjalanan bajet, pembentukan polisi awam, dasar ekonomi, keadilan sosial, penggubalan undang-undang, pembangunan fiscal dan program sosio-ekonomi.

Lantaran itulah pembangkang di negara maju lebih terkesan peranan mereka sebagai parti pengimbang. Ini disebabkan dalam konteks parti yang memerintah kerajaan sudahpun wujud elemen pembangkang dan kepembangkangan secara ‘in house’. Lihat bagaimana Sir Gordon Brown dan John Major sendiri menjadi penentang kuat kepada ketua mereka dari Parti Konservative, Margarate Thatcher tatkala ‘poll tax’ mahu dikenalan oleh pihak ‘Torry’ sehingga akhirnya Tatcher tumbang.

Meskipun Tatcher diakui banyak jasa kepada Great Britain terutama dalam soal pelaksanaan program privatization kesan sidang dan diskusi khas di Latoja. Model program privatization yang dipelopori Tatcher inilah yang diamalkan oleh agensi PBB dan banyak negara didunia termasuk Malaysia yang diterapkan mulai 1984.

Berbalik dalam kes di Malaysia, signifikan pembangkang lebih terarah untuk tidak bersetuju dan bercorak manipulatif dalam semua hal. Ibaratnya pembangkang ‘akan membangkang semua perkara yang dilakukan pemerintah'. Jarang kedapatan usaha mengimbangi persoalan dasar, penambahbaikan polisi dan usaha merangka model pembangunan  tersendiri dalam mengimbangi apa yang telah diusahakan kerajaan.

Dalam konteks pemerintah pula, disebabkan terikat dengan gagasan ‘tanggungjawab bersama’, dan usaha untuk mengekalkan kekuasaan, justeru ahli parti yang menganggotai kabinet atau jemaah pentadbiran agak tidak berani untuk berperanan dan bersifat kepembangkangan dari dalam. Perbezaan pandangan dianggap ketidaksetujuan dan penentangan.

Maka natijahnya, banyak isu-isu kritikal yang melibatkan kepentingan massa gagal ditangani, dibincang dan diambil jalan penyelesaian secara menyeluruh. Jika ada isu-isu berbangkit yang melibatkan kepentingan umum sebahagian besar pendekatan penyelesaian yang diperjuangkan sama ada oleh kerajaan atau pembangkang lebih terarah menuju unsur manipulatif dan punyai ‘hidden political agenda’.

Dr Chandra Mudzaffar dalam pemerhatiannya merumuskan, ‘politik di Malaysia sudah menjadi piramida tunggal yang meresap dalam kesemua sistem kehidupan rakyat seolah-olah hanya melalui pendekatan politik sahaja boleh berperanan untuk menyelesaikan masalah masyarakat tanpa diberi peluang alternative penyelesaian dari sudut yang bukan politik’.

Dalam erti kata lain, pembangkang akan sering berkata dan sentiasa berusaha menunjukan bahawa apa jua yang kerajaan lakukan adalah salah dan tidak betul. Sementara dipihak kerajaan pula akan sentiasa berkeras dan mempertahankan prinsip bahawa ‘apa yang telah dilakukan sebenarnya sudah betul dan pembangkang yang salah’. Ruang untuk hadirnya ‘unity in diversity’ agak tipis jika melihat pada mekanisme peranan pemerintah dan pembangkang.

Prinsip aku betul dan dia salah inilah yang merugikan rakyat. Puncanya kerana sistem politik kita gagal melahirkan ‘pemimpin pemikir’ seperti yang sering dibahas dalam karya Plato, ‘The Republic’. Kita lebih ramai pengurus dan pemimpin berbanding pejuang. Kita hanya ada pengurus dan pemimpin yang sekadar melakukan ‘do the thing right’ bukannya bekerja atas prinsip ‘do the right thing’.

Sebab itu sebahagian besar isu-isu tertunggak yang dianggap remeh misalnya keperluan utiliti, prasarana persekitaran, isu pendidikan, perpaduan, kenaikan kos sara hidup, kemiskinan, gejala sosial, menjadi antara isu yang sehingga kini gagal menemui jalan penyelesaian yang  memuaskan.

Mangsa terakhir adalah rakyat, kerana kita masih dihadapkan dengan jentera birokrasi yang masih kurang kompetetif dan efisien. GTP misalnya hanyalah sekadar himpunan angka-angka dan data atas kertas yang bertujuan melakar peta matalamat bagi sebuah kementerian. Walhal banyak usaha implementasi terlalu lemah  berlaku ketirisan akibat gejala rasuah, salahguna kuasa dan kurang integriti. Sektor awam sebahagian besar bersifat responsif berbanding pro-aktif.

Jika ada aduan baru ada tindakan. Konsep ‘management by wondering around' jarang dilaksanakan. Rakyat dituntut datang menyembah pegawai kerajaan bukannya pegawai kerajaan turun ke padang untuk mengenalpasti masalah rakyat sebagai ‘client’ utama mereka. Banyak ‘napoleon kecil masih bermaharajalela dalam agensi dan jabatan kerajaan’. Sebahagian kecil dan besarnya bersikap sabotaj, talam dua muka, meremehkan permohonan dan urusan rakyat, ‘beraja di mata bersultan di hati’.

Produktiviti sebahagian besarnya masih ditakuk rendah dan banyak ruang yang boleh diperbaiki. Misalnya dari sudut ‘punctuality’ dan ‘time management’. Ramai yang bekerja disektor kerajaan kerana elemen ‘security’, jaminan seperti pencen, perkhidmatan kesihatan dan susah dibuang kerja meskipun menentang kerajaan atau aspek lain. Justeru to survive dalam perkhidmatan awam pula diajar dengan tegas konsep, ‘SAYA YANG MENURUT PERINTAH’.  Penegasan yang menyuburkan budaya bodek, kipas dan ampu, dan meritokrasi hanyalah kata indah berbanding tindakan dan penilaian.

Lebih malang bagi Malaysia, kurang peranan NGO yang efektif, berani kehadapan dalam memperjuangkan isu rakyat kerana sebahagian NGO itu pula tertakluk pada Akta Pertubuhan, dan sebahagian sebab yang lain kerana kebanyakkan NGO menerima dana dan geran tahunan dari pemerintah untuk biaya aktiviti mereka. Lantas perjuangan mereka jika terlalu vocal akan membahayakan diri sendiri, sebab itu NGO dilihat lebih banyak selektif dalam memperjuangkan isu tertentu.

Ironinya, sistem parti politik yang diamalkan kini di Malaysia perlukan satu reformasi jelas terutamanya berhubung soal peranan. Tidak salah kalau kita katakan sistem parti yang sedia ada lebih banyak menekankan elemen centrifugal berbanding usaha membina upaya centripedal. Ahli akan diindoktrin untuk membenci dan memusuhi ahli parti yang lain, bukan berusaha mencari titik persamaan dan consensus untuk perkara-perkara yang boleh dperjuangkan secara bersama bagi kepentingan rakyat.

Permusuhan dan pertentangan yang berlaku pula bukan atas paksi hujahan tentang dasar atau dikemukakan kesan penyelidikan yang indepth. Sebaliknya lebih terarah kepada polemik remeh temeh, dan sebahagian besarnya berkisar kepada isu-isu peribadi yang sensasi dan kemudiannya ditokok tambah kontroversi. Ini terjadi barangkali disebabkan sebahagian besar ahli politik sama ada dipihak kerajaan ataupun pembangkang masih mengamalkan pendekatan sikap dan berfikiran mundur kebelakang.

Dek kerana itulah politik negara kita penuh warna warni, bukan diwarnai dengan saingan pelaksanaan dasar yang hebat-hebat dan usaha ‘contestant of ideas’ antara kerajaan dan pembangkang yang boleh menguntungkan rakyat. Sebaliknya persaingan yang lebih bercorak emosi, ’trying to eliminate each other, berbaur amarah, dendam, iri hati, ‘kata mengata’, cantas mencantas, tikam menikam, fitnah menfitnah, maki memaki, leceh meleceh antara satu sama lain’. Gajah sama gajah bertelagah, ‘rakyat dipijak mati ditengah-tengah’.

3 comments:

Lahuma berkata...

Ok tak pa.Kerajaan Kedah kita undi PAS.Kerajaan Pusat kita undi BN.Baru hidup demokrasi.

Tanpa Nama berkata...

tahniah atas ulasan tuan yang bernas.

Oldtown Kilang Lama berkata...

Kekuatan dan semangat satu-satu parti dilihat pada ahlinya sendiri.Ketika UMNO sedang rancak mengadakan mesyuarat cawangan hari ini jelas sekali semangat mandom,tak bermaya,longlai macam kereta tiga selinder bateri lemah terjelma yang UMNO sedang merudum kebawah.Sepatutnya kehadziran mesyuarat hendaklah mencapai 80%.Hampir semua cawangan sekadar cukop makan ngam-ngam.Kenapa jadi begini.Pertamanya ada muslihat ketua cawangan yang atur tarikh mesyuarat.Ada kah logik buat mesyuarat cawangan pada sebelah pagi dihari bekerja waktu pejabat.Ini senang urusannya.Yang penting selesai aganda sahaja.Isi dan kandungan mesyuarat kosong.Tak ada hala tuju.Kedua notis mesyuarat pun tak m,enyeluruh.Cuma yang datang anak pinak ipar menantu .Maka cukoplah korum itu.Kosong juga isi mesyuarat.Dalam masa 40 minit mesyuarat telah siap.Lebih teruk ada mesyuarat cawangan tanpa laporan aktiviti,laporan kewangan dan notis mesyuarat.Apakah ini dia yang ada semangat pada ahli UMNO hari ini.Jangan harap jauh api dari semannagan bakar ikan.Bukan itu sahaja wakil bahagian yang datang itu pun tak ada bahan apa yang disampaikan pada ahli bawahan.Lagak kereta mewah adalah.Nyata ada ahli umno tapi roh dan semnagta sudah tiada.Puncanya kalau dibahagian pun kencing berlari maka di bawah kencing berdiri.Bukti sudah ada.Tranformasi hanyalah di Putrajaya semata.Dibawah masih lagi terpinga-pinga apa itu tranfomasi.Yang jadi bincangan ialah soal elaun tertentu.Rumusan ini dapat menilai hala tuju dan kekuatan UMNO itu sendiri.Mesyuarat Wanita.Pemuda cukup meyedihkan sebagai sayap.Tak lebih drp tumpang tui sahaja pada mesyuarat cawangan.Wanita masih lagi lembab.Pemuda sudah banyak diperkatakan macam pondan dalam segala aspek.Puteri nak guna cakap.Lebih baik tutup sahajalah sayap ini.Jadikan sebgahagian drp wanita.Sekadar jadi teman mundar mandir pemimpin bahagian itu bukan perjuangan umno.Walaupun begitu laporan yang nak dihantar ke atas pun lagi sekali penuh penipuan dan laporan auta.Sudah jelas penipuan bermula dibawah sampailah keatas.Kalau begini bagaimana masa depan UMNO.Maaf lah terima lah yang pahit walaupun perkara itu benar.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates