Khamis, 28 April 2011

Apabila Ahmad Bashah dan Ustaz Perongoih Kecut Pada Azmin dan Karpal

Nampaknya ketakutan politik lebih menghantui pemimpin-pemimpin "berani" Kedah kita ni. Apabila melibatkan soal kepentingan Melayu seperti program Perkasa yang akan diadakan pada 30 April ini, pemimpin-pemimpin Melayu sendiri kecut telur, takut dilabelkan sebagai pro Melayu.

Dato Seri Ustaz Azizan dan Dato Ahmad Bashah, kedua-duanya yang sudah memberi petunjuk awal bersetuju menghadirkan diri dalam program Perkasa Kedah tersebut, tiba-tiba tarik hand brek dan cuci tangan, malah Ustaz Azizan menyalah media cyber kononnya memutarbelitkan kehadiran beliau.

Apalah yang ditakutkan sangat dengan Azmin, Lim Kit Siang, Karpal dan Chua Soi Lek tu, ini bukan program politik sampai semua hal nak kena buat pertimbangan politik. Ini soal kepentingan bangsa Melayu, Soal umat Islam. 

Pemimpin Melayu, tak kira dari parti mana pun perlu berani, dan tidak diikat dengan  tali-hidung dan sendung politik yang suka-suka dicacakkan dimana-mana oleh PKR, DAP mahupun MCA.

Cuba tengok Tun Mahatir, dah pencen pun masih tidak endah dengan serangan politik asalkan beliau jelas memperjuangkan bangsanya.

5 comments:

Ahli Perkasa berkata...

Bashah main selamat juga.Kalau Ostat Azizan aku tak heran.Macamana nak dapat undi Melayu.Sudah tiba masanya Perkasa jadi parti politik ganti UMNO pula.Rupanya UMNO Kedah banyak masaalah kalau Bashah main selamat banyak sangat.Berani dalam surat habak sahaja.Diluar media tak berani.Orang pun dah tahu Perkasa itu adalah suara Melayu.sama dengan suara UMNO.Nak jadi pemimpin kena berani dan tegas bukan macam kura-kura suka simpan kepala bila ada cabaran.Kalau macam ini siapakah yang akan hormat pada UMNo di kedah.Alamat UMNo Kedah tergadai lagilah.UMNo Kedah sorak pun dah kalah.Itulah UMNo Kedah.

UMNO Negeri Kedah berkata...

Salam KT,

Untuk makluman pihak Kedah Times, Dato' Bashah tidak pernah memberi kata putus untuk hadir, tetapi dalam masa yang sama juga dia tidak menghalang program anjuran PERKASA tersebut.

Memberi pertunjuk awal hanyalah persepsi pihak yang berjumpa Dato' Bashah, tetapi harus di ingat juga bahawa Dato' Bashah juga terikat dengan program-program lain terutamanya program melibatkan parti dan Kementerian, kerana DP Ahmad Bashah juga adalah Pengerusi KEDA di bawah KPLW. Tentunya program yang melibatkan parti dan Kementerian menjadi priority kepada beliau. Untuk makluman, pada tarikh yang sama beliau perlu berada di Terengganu bagi satu program bersama Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak atas tugas dan tangungjawab beliau.

Namun begitu pihak UMNO kedah mengucapkan terima kasih kepada PERKASA Kedah atas jemputan yang UMNO Kedah anggap sebagai satu penghormatan kepadanya. UMNO Kedah tidak pernah lupa kepada agenda yang membabitkan bangsa Melayu seiring dengan roh awal Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, seperti juga PERKASA. Tetapi janglah kerana berlainan pendekatan kita jadikan ia satu garis pemisah, ia tidak menguntungkan Melayu itu sendiri. Biarlah kita berjuang di atas platform yang berbeza, tetapi atas satu tujuan yang sama(common target)iaitu survival Melayu. Kami pihak UMNO Kedah mendoakan supaya program PERKASA Kedah beroleh kejayaan sebagaimana yang di matlamatkan.

Hanuman berkata...

Nak pesan ja lah.Kalau nak dengak pun tak pa tak mau dengak pun tak pa.Ayah aku kata jangan sampai yang dikendong keciciran .Yang dikejar tak dapat.

Syburi Times berkata...

Salam
Terimakasih KT ucapakan kepada UMNO negeri atas penjelasan. KT hanya menyiarkan luahan mereka-mereka yang merasakan UMNO patut hantar wakil atau sebagainya.

Walaubagaimanapun, jika dilihat secara kasar, tiada pemimpin UMNO bahagian atau wakil yang hadir memberi sokongan kepada program ini walhal hampir 70% ucapan Tun Dr Mahathir menyeru rakyat menyokong BN. Begitu juga dgn presiden Perkasa yang terang2 menyuruh orang Melayu menyokong BN dengan syarat calon yang diletakkan dalm PRU diterima ramai.

TOBRUK berkata...

Majoriti pemimpin umno kedah jenis sembunyi kuku dan 'play safe'tetapi sampai bila mereka akan memperbodohkan rakyat kedah .Ayuh !kita tamatkan riwayat mereka dalam PRU 13 NANTI.We want a good and brave leaders to lead Kedahan not a stupid play safe leaders.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates