Sabtu, 2 April 2011

BANGANG SANGATKAH PENGUNDI di KEDAH?????


SOBRI SUDIN

1. Sanusi Junid pernah mengemukakan istilah 3P, Padi, Pondok dan PAS. Kini istilah tersebut mungkin boleh ditukar kepada lima P yang membawa maksud PAS PELINDUNG PENZINA, PELIWAT dan PEMBOHONG.

2. Di zaman Osman Aroff, PAS hanya mampu menang di dua buah kerusi DUN, Sala dan Bukit Raya (sekarang diubah nama menjadi Sungai Limau dan Tokai).

3. 80 peratus kawasan pengundian di Kedah dirangkumkan dalam kawasan luar bandar yang corak ekonominya berteraskan agro-base.

4. Sikap dan nilai pengundi luar bandar bercorak dependent (kebergantungan yang tinggi pada wakil rakyat atau pemimpin). Semua isu atau masalah dari hal bersunat anak, mentol lampu rumah terbakar sehinggalah kenduri kahwin anak, bayaran bil air dan letrik diserahkan pada Wakil Rakyat untuk diselesaikan.

Wakil rakyat dianggap sebagai jalan pintas untuk rakyat luar bandar menyelesaikan masalah mereka yang sebahagian besar masalah tersebut wujud akibat sikap malas dan mengada-ngada pengundi itu sendiri.


5. Rata-rata pengundi mengakui PAS tidak boleh membawa kemajuan, perubahan, menegakkan DAULAH ISLAMIYAH, melaksanakan HUKUM HUDUD, kurang prihatin soal kebajikan, lebih bijak berbohong dari bekerja, tidak mampu mengotakan keperluan rakyat dan memacu peningkatan ekonomi, namun  pengundi melayu/ISLAM di luar bandar tetap intim dengan PAS..

6. Satu contoh tipikal sikap pengundi luar bandar yang jelas berdasarkan kajian pemerhatian ialah 'bila mahu mendapatkan bantuan atau pertolongan akan dicari pemimpin UMNO dan agensi kerajaan persekutuan, akan tetapi di hari pengundian memangkah calon PAS dan pakatan'.

7. Pengundi di Kedah tidak tahu konsep kenang jasa, bersyukur serta  berterima kasih. Sebahagian besarnya mengundi ikut emosi, amarah dan dendam jangka pendek. Tun Mahathir, Tan Sri Hamid Othman adalah contoh pemimpin anak KEDAH yang banyak berjasa namun akhirnya pernah dikalahkan oleh pengundi rakyat Kedah sendiri..

8. Pengundi di Kedah sebelum mengundi lebih  mengambilkira personaliti calon berbanding parti yang diwakili.

9. Sebahagian besar kerusi yang UMNO kalah disebabkan orang UMNO sendiri yang memangkah calon PAS.

10. Putaran sikap pengundi di KEDAH boleh berubah 360 darjah tanpa diduga.

11. Pengundi di Kedah memang suka diperbodohkan oleh pimpinan PAS meskipun mereka akui apa yang diperkatakan hanyalah janji pembohong semata-mata dan tidak boleh dilaksanakan oleh pemimpin PAS.

12. Percaya atu tidak pengundi di Kedah tidak kisah hidup dalam kemiskinan, negeri kurang pembangunan asalkan domain dan status quo mereka tidak digangu.

13. Percaya atau tidak, jika UMNO/BN Kedah gagal berubah, dan kembali meyakinkan rakyat, Kedah bakal menjadi Kelantan ke-2.

14. Percaya atau tidak sikap hipokrit pengundi di Kedah cukup tinggi dan mereka lebih bijak menipu dan berlakon berbanding pemimpin politik..

15. Lantaran itu sesiapa jua yang menjadi ADUN dan Ahli Parlimen yang berjaya memenangi kerusi DUN dan Parlimen di Kedah wajar dihormati.

Ini disebabkan YB-YB berkenaan dilihat telah berjaya menawan dan meyakinkan pengundi di kawasan mereka yang mempunyai sikap yang sukar dijangka dan sering berubah-ubah pada padar yang luarbiasa.

Rumusannya, pengundi di Kedah bukanlah bangang tetapi 'kematangan politik' dan 'seni politik' mereka cukup tinggi mengalahkan tingkahlaku pengundi di US, UK dan Australia..

Awas pemimpin UMNO/BN dan Pakatan... Jangan disangka pengundi KEDAH boleh dibuat MUDAH..!!!! Pengundi Kedah penuh MADAH BERHELAH...!!!!!

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Nak salah depa pun tak boleh, sebab depa suka dengar cakap orang , jenis tak boleh pikiaq , heran tu yang terpelajar pun percaya jugak.Kalau dengaq UMNO saja dah naik histeria tak tentu pasai konon UMNO tu rasuah tak islam la, zalim dan macam2 lagi, sanggup bergaduh kalau kita pertahan UMNO. Yang ahli UMNO pun sama sanggup tidak sokong UMNO disebabkan Boss mereka tak terpileh . Jadi dipendekkan cerita mereka tidak ada taat setia pada parti tapi pada Boss mereka sikap mereka yang iri hati dan dengki faktor utama Kalau mereka boleh berfikir dengan baik nescaya UMNO tidak akan kalah di kedah.

AnaQarbana berkata...

Tulah....masalah dalam UMNO sama ada di peringkat Cawangan [termasuk JKKKP], bahagian, negeri dan Pusat masih di belenggu dengan masalah peribadi, seperti salah laku seks, moral, rasuah, salah guna kuasa, ego yang hampir keseluruhannya terdapat pada kepimpinan UMNO di semua peringkat. benda-benda ini di lihat serta di nilai oleh pengundi yang mendapat tunjuk ajar dari parti pembangkang melalui siri ceramah jalanan. UMNO sedikit pun tidak ambil iktibar dari permasalahan tersebut...pemimpin umno yakin dengan kemampuan mereka berdasarkan sebelum keputusan PRU ke-12. Lagi satu pemimpin umno tertipu dan di tipu berdasarkan jumlah kehadiran dalam sesuatu majlis/aktviti yang melibatkan pucuk pimpinan..ianya hanya gimik sahaja...kehadiran dengan jumlah yang banyak/ramai itu bukan secara sukarela...tapi diangkut dan di bayar..tidak ada keikhlasan/kejujuran....maka kena tipulah....dan pemimpin No.1 pun berkata..lihatlah...rakyat dah mula terima UMNO...apa tidaknya ..100 ekor lembu jadi mangsa dan 1 ribu yang turut terlibat....apakah semua yang hadir dalam majlis seperti itu akan mengundi calon BN..........atau sekadar menghabiskan nasi yang ditanak.....seperti langau hijau menghabiskan bangkai-bangkai lembu dan ayam......

Alfonso Santana berkata...

Drp 3P jadi 5P termasuk liwat.Ketua bahagian yg kena liwat berapa P pula.Bala yg sedang menimpa pemimpin hipokrat Melayu kini termasuklah di Kedah.Pengundi lebih alim dan bijak drp pemimpin.Pengundi lebih intelektual drp pemimpin yg mentaliti kacang puteh.Kedah sudah pupus bakat pemimpin kecuali yang lekeh-lekeh.Kerana kuasa dan jawatan dijual beli dengan wang RM.

Tanpa Nama berkata...

Bila cakap pasai kenang jasa , memang pemimpin UMNO/BN telah membuat banyak pembangunan baik di Bandar atau L/ Bandar , tengoklah tar hingga ke depan rumah ,jln batas ban telah ditar hingga ke kampung ,kemudahah awam saperti Air , api dan telefon sehingga ke pendalaman,Pendidikan sekolah Ren/Men percuma dan diberi pantuan kepada pelajar yang meskin dulu masa tahun 60an dan 70an semasa pelajar di sekolah atau kolej/universiti tak boleh rasa memandu motosikal sebab ibubapa tak mampu beli , tapi sekarang pelajar sekolah pun mampu mempunyai motosikal , ini semua disebabkan ekonomi negara telah meningkat hasil usaha pemimpin UMNO/BN dulu dan sekarang.Adakah kesenangan yang kita kecapi sekarang adalah kesalahan kerajaan UMNO/BN ? Adakah kita bersyukur serta berterima kasih. Jawabnya tidak , ini disebabkan fikiran kita telah diracun dengan cerita cerita yang tidak benar dan merapu atau ikut emosi kita seperti menuduh UMNO rasuah , dengan ini rasa cemburu dan iri hati bersarang dihati kita.saya tidak dapat langsung melihat pembangunan yang dibawa oleh pemerentah sekarang selama 3 tahun selain menaikan harga ayaq itu sja . Jejantas dan pembesaran jalan di Aloq Staq sperti telok wanjah , jln langgar , BB Park dan Jln Day adalah di buat oleh kontractor Gamuda /MMC bagi projek KTMB . Ini semua adalah kebenaran (reality ) . Kalau kita berfikiran saperti ini UMNO/BN tidak akan kalah diKedah.

KUALA KETIL berkata...

AKU BERASA SEDIH JUGA BACA CERITA HANG. TAPI AKU LAGI SEDIH BILA PEMIMPIN KITA SENDIRI YANG BUAT KELAKU SAMPAI RAKYAT JADI MARAH.

DAH JADI WAKIL RAKYAT, MULA LA NAK HILANG, NAK TENGOK PULA TUNGGULA SETAHUN DUA BARU BOLEH. DAH TU MAI DENGAN BUSH JAKET, ANGIN SATU BADAN

SAPA PUN MARAH...DEPA KENA UBAH DULU PERANGAI. TENGOK MUKHRIZ, SLOW N STEADY TAK SOMBONG, ORANG PUN SUKA

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates