Jumaat, 22 April 2011

BERSATULAH UMAT MELAYU ... ATAS NAMA ISLAM


Bisikkan segera ke telingan anak, cucu, saudara mara dan rakan-rakan kita sebelum terlambat!!!!



ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.

Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.


Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu.

Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?

Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi.

Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.

Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.

Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.

Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.

Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.

Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.

Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.

Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

5 comments:

mousine berkata...

Bersatulah atas nama ISLAM. Bertolong-tolonganlah kita sesama umat Islam pasti kita beroleh kejayaan. Itu janji Allah dalam surah Al Maidah ayat 56.: Dan siapa yang menjadikan ALLAH, RASULNYA dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya maka sesungguhn pengikut (ugama) ALLAH itulah yang menang.

hangkedee berkata...

Wooi UMNO Kedah Hangpa duk lena lagi ke ?Di buai mimpi jadi ketua bahagian tapi balok buat kerja.Mari ramai buat kerja gegarkan cina kafir harbi +PAS+PKR pembelot bangsa.Wawarkan kepada seluruh orang melayu atas pagar datang mendengar Ayahanda TUN M pada 30HB nanti.Senyap aja malu kot pasai tak dapat jadi ketua bahagian.Gejala negetive yang harus di buang demi bangsa Melayu.Hidup Melayu.

Mohd berkata...

Kaum Cina sedar bahawa jika kaum Melayu bersatu, Cina DAP tidak boleh merampas kuasa pemerintahan di Malaysia.
Itulah sebabnya DAP beria2 menyokong PAS dan PKR utk menentang UMNO.
Puak Erdogan dlm PAS yg disogokkan duit oleh Anwar akan cuba menumbangkan puak Ulamak dlm PAS sebab puak Ulamak spt Hadi dan Nasharuddin memang mahu berkerjasama dgn UMNO utk Kerajaan Perpaduan orang Melayu. Orang Islam sangat2lah berharap supaya pemimpin2 PAS puak Ulamak akan menumbangkan puak Erdogan dalam bulan Jun ini.
Sudah2lah PAS menyokong DAP utk berkuasa memerintah Malaysia. Lihat saja di Selangor dan di Penang, apa ADUN2 PAS boleh buat dgn ADUN2 DAP, ADUN2 PAS tidak boleh membantu dan membela kaum Melayu Islam langsung. Apa gunanya dapat jawatan ADUN dan dapat gaji utk diri sendiri jikalau ADUN PAS tak boleh memberi perkhidmatan kpd kaum Melayu Islam?
PKR boleh dihapus kira sahaja. Tunggu masa aje parti Anwar ini akan hancur setelah Anwar didapati bersalah meliwat dan berzina.
Oleh itu UMNO dan PAS mestilah bersatu utk menyelamatkan kaum Melayu di Malaysia.
Melayu mudah lupa .......???????

Tanpa Nama berkata...

mengapa bila terasa pengaruh umno dh mula terhakis dikalangan melayu baru kita nak bercakap tentang 1melayu..bla bla bla...dulu umno berkuasa di P pinang dgn kerusi majoriti berbanding gerakan di DUN tetapi umno juga lah yang kasi kerusi Ketua Menteri kepada cina sehingga hak dan kepentingan melayu p pinang hilang sedikit demi sedikit..salah siapa???? melayu umno atau melayu bukan umno!!!.. aku tengok melayu tak berpecah pun...dok mcm tu juga...yang berpecah dalaman umno sndri...umno sdnri lah selesaikan maslah mereka..mengapa nak heret melayu lain nya...sendiri buat sndri tanggung la wahai juak-juak umno...kerana perangai hampa melayu mula tak suka, terima saja la...zaini tu cuma pecacai umno yang di bayar gaji oleh akhbar milik umno untuk nak menakutkan orng melayu dgn argumentasi bodohnya...siapa dia si zaini ni yang berlagak nak jadi hero perpaduan melayu kalau akhbarnya saban hari menjadi barua yang melaga-lagakan melayu umno melayu pas dan melayu pkr...cermin diri sndri dulu bro...perbetulkan dulu nawaitu akhbar kau orang baru boleh perbetulkan orang lain...sedangkan akhbar utusan pun bukan semua melayu yang membacanya kerana sikap meloyanya...mcm mana nak jadi penggerak 1melayu 1bumi...jgn nak berkokok berderai tapi ekor penuh dgn taik...slogan 1melayu 1bumi hanya retorik politik umno untuk meraih sokongan melayu supaya kembali kepada umno..

Mat Kiram

1 Melayu berkata...

Perkasa Kedah akan mengadakan HIMPUNAN MELAYU PERKASA KEDAH pada 30 April 2011 (Sabtu)jam 3 petang di Stadium Sultan Abdul Halim,Suka Menanti,Alor Setar,Kedah.Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad akan hadir untuk memberi amanat kepada bangsa Melayu.Alhamdullilah Y.A.B Menteri Besar Kedah Dato Seri Ustz Azizan Razak telah menyatakan kesudiannya untuk turut serta.

Titik PERPADUAN MELAYU akan bermula di Negeri Kedah,Ayuh Melayu datanglah beramai ramai memberi sokongan kepada kebangkitan perpaduan melayu .Kata Melayu Sarawak 'Kamek Teguh Kamek Padu'kata Melayu Semenanjung 'Bersatu Teguh Bercerai Roboh'.

Gelobang 1 Melayu ,1 Bumi wajib disemarakan diseluruh pelusuk Negeri didalam TANAH MELAYU.

Humbankan semua fahaman politik jumud yang memechah belah Melayu,Nyahkan Pemimpin Melayu yang tiada ROH Melayu.Mulai sekarang kita wajib fikir untuk terjemahkan UNDI MELAYU UNTUK MELAYU,jangan beri setengah undi pun kepada bangsa cauvanis,rasis dalam PRU 13 nanti.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates