Isnin, 11 April 2011

Che Had Melombong Emas Di GLC Kedah Lagi

Che Had, melalui Darulaman Asset kembali lagi. Setelah beberapa kali kantoi (baca sini dan sini) dalam kerja memeras duit GLC dengan cara mudah, Che Had diam seketika, agaknya bagi menyejukkan keadaan dan dengan harapan rakyat akan lupa.

Dalam setahun tersebut, Che Had tidak lagi menjadi penasihat ekonomi negeri, namun ianya tidak menghalang Che Had dengan idea 'bijak"nya memeras GLC Negeri. Maklumlah, walaupun sudah tidak menjadi penasihat ekonomi, Che Had masih mempunyai pengaruh tidak bertulis keatas peneraju-peneraju GLC negeri lantikan PAS.

Maka itulah sebabnya, Che Had dapat buat duit mudah dengan memerah keluar hampir RM30,000.00 ringgit dengan menyediakan laporan penilaian dibuat hanya dalam masa 3 jam. Sudahlah kerja pendek dan hanya menjual laporan setahap budak folio budak sekolah, laporan yang ditebalkan dengan gambar dan lampiran tak berkaitan, maklumat-maklumat dalam laporan pula begitu ketara penipuannya. Dan kerana takut penipuannya terbongkar, Che Had siap mensyarat agar laporan itu hanya untuk dibaca pihak dalaman semata-mata.

Bayangkan, seorang jurunilai menetapkan agar laporannya tidak dibaca oleh orang luar melainkan kawan-kawan beliau dalam GLC terbabit sahaja. Kenapa agak jadi begitu?

Inilah tahap jurunilai professional, yang hanya memaksa anak syarikat kerajaan negeri menerima perkhidmatannya, walaupun kerja hancus dan jika dibaca budak sekolah pun boleh gelak. Tapi casnya, amat professional sekali iaitu hampri RM30,000.00.

Kalau boleh minta Sanusi Setpol tolong tanya tengok kat Che Had, apa kerja ni RM30,000  3 jam punya kerja, bukankah sudah ada pekeliling kerajaan bahawa kerja penilaian tidak boleh dicas melebihi RM20,000.00, apatah lagi kerja kecik semut pun dicas hampir RM30,000.00.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hai Che Had, ingatkan dah kena buang dengan MB Ustaz, la ni hang nak buat comeback pulak. Hang ni orang Sg Petani, memang dah aku dok agak dah hampa semua ni dok pakat antara geng SP. Tak pa nanti last-last hang akan kena jugak hang dengan geng2 hang ni

Tanpa Nama berkata...

Sanusi SUPOL MB pun ada syer sama 10%. Jadi Jurunilai yang tidak ada syarikat pun digunapakai oleh Kerajaan PR/PAS?. Phuuuu... kuat betul pengaruh Che Had ni dengan MB dan kuncu-kuncu Pejabat MB Kedah.

Apa penilaian yang dibuat Che Had dengan GLC-GLC Kedah niiihh... rm30,000/= banyak tuuu...

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak memeras, tak lah tembun macam tu.
Sanusi tembun nak tengokkan Che Had bulat????

Mat sekerap berkata...

Alaaaaaa dalam parti islam pun banyak tarbus.ada peluang gabus.dalam dunia sebut duit dan burit jgn percayalah.serban pun rebah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates