Khamis, 21 April 2011

Cukai Tanah Tak Naik, Cuma Bayar Lebih Saja

Ustaz Azizan  kata, mana ada naik cukai tanah, kita tak sambung rebat saja. Ya la Ustaz oii, tak naik pun tak naik la, cuma dulu bayar RM100,000 la ni bayar RM1.7 juta. Nak panggil apa panggil la, cuma jangan sebut cukai tanah naik, Ustaz marah. Kita sebut cukai tanah turun dari RM100,000 kepada RM1.7 juta. Serupa harga air la juga, turun dari minimum RM3 kepada RM6.

Kalau kita tengok, untuk pendidikan ni, antara Ustaz Azizan dengan kafir Bill Gates, baik lagi Bill Gates la, perisian-perisian yang dikeluarkan dengan R&D dan kos yang sangat besar pun dia bagi diskaun yang banyak untuk institusi pendidikan. Tapi Ustaz Azizan, cukai tanah yang tuhan bagi percuma pun dia tak boleh nak bagi rebat.

Tu la namanya nikmat duit Ustaz oii, sabit tu jangan dok kata kat orang bila kita belum diuji.


Azizan Jawab Isu Cukai Tanah dan Gangguan Bekalan Air UUM

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Selasa menafikan kerajaan negeri menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.

“Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

“Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta,” katanya pada sidang media, di sini.

Azizan juga berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.
UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung namun permohonan mereka ditolak.
“Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Azizan berkata UUM juga telah diberi beberapa pilihan dalam membuat pembayaran cukai tesebut.

“Kita juga setuju mereka (UUM) berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai bayaran ansuran. Pada tahun 2009 dan 2010 mereka bayar dengan kadar penuh,” kata Azizan.

Beliau juga menegaskan kerajaan negeri yang diteraju pakatan pembangkang itu tidak pernah mengeluarkan arahan menaikkan cukai sejak mentadbir Kedah selepas pilihan raya umum 2008.

“…tetapi apa yang kita buat ialah pada 2008, kita menurunkan cukai tanah antara 35 peratus sehingga 75 peratus termasuk tanah-tanah milik kerajaan persekutuan.

“Disebabkan penurunan cukai itu kerajaan negeri telah kehilangan hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun,” katanya.

Mengenai isu air di UUM, beliau menasihatkan universiti itu dan Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kemudahan sistem perairan seperti tangki dan paip air kerana kerajaan negeri telah menyiapkan paip besar di luar kampus tersebut yang boleh menampung sehingga ke Bukit Kayu Hitam.

“Setiap hari pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyalurkan bekalan air ke UUM sebanyak 15 juta liter sedangkan kawasan lain kita hanya bagi lima dan 10 juta liter sahaja. Jadi mereka perlu meningkatkan kemudahan loji dalam kampus supaya air itu dapat disalurkan kepada warga kampus,” katanya.- BERNAMA

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

NAIK KE TURUN KE CUKAI NAK BUAT MACAM MANA KITA DAH BAGI KEPERCAYAAN DEKAT DEPA UNTUK MEMERINTAH IKUT SAJA LAH APA YANG NAK PAYAH DOK PIKIAQ SAMPAI PENING KEPALA TAK SAPA DOK SUROH.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malam Malaysia

Dah lama mereka ini lidah bercabang dan pengai putar belit serta penipu segala raja penipu. Raja penipu akan naikkan cukai semua premis yang menyokong kekuatan ummah dan jalan perjuangan Fisabilillah. tetapi Raja Penipu tak akan naikkan cukai jika berkaitan babi dan premis judi serta maksiat.

Al Kisah dalam kempen PRU12 macam halilintar mereka akan laksanakan kebajikan rakyat diutamakan dan dijaga malah Islam perjuangan mereka serta semuanya akan diturunkan. Memang kata orang tua-tuan itu benar apabila bulan purnama beliau akan sewel dan gila meriam. Ini terbukti apabila MB Tak Tau menjadi gila meriam dengan naikkan tarif air, naikkan cukai tanah UUM, cuna hapuskan bekalan air di UUM.

Gila meriam bertambah menjadi dengan projek babinya dan premis judinya dan rumah maksiatnya menjadi-jadi dan akhlak anak muda-mudi bertambah kacau bilau seperti MB yang ketahuan. Beliau betambah gila apabila bersetuju 120% saranan LGE untuk menghadiah wang judi kepada ahli PAS. Tapi Alhamdulillah Ahli UMNO yang dikatakan jahil menolak wang haram tetapi ahli PAS mengaminkannya.

Begitulah peristiwa bah yang berlaku dimana tiada ehsan daripada Kerajaan PAS dan rakyat yang menjadi mangsa. Bahkan mereka berpoya-poya serta berjoget lambok serta tarian poco-poco hingga kawasan masjid dengan membawa ustazah cina Nie Ching untuk santapan mata.

Sarjan Hassan berkata...

fyi http://papytor.blogspot.com/2011/04/along-sejahtera-bukan-nak-tolong.html

Tanpa Nama berkata...

Zizan Razak cuba berdalih dan cuba lari tetapi hakikatnya dia menjerat lehernya. Belagak sombong bodohnya tak habis-habis. Akibat ketidakcekapan dalam mentadbir urus menyebabkan Kedah banyak mengelami kerugian. Bukan sahaja Anak GLC Kedah bahkan rakyat yang menjadi mangsanya.

Kita lihat saja apa yang berlaku diINSANIAH kini beliau belagak bodoh kononya untuk menguruskan UUM. Kalau dan berak ceret merata tempat dimana jua peragai akan ditaburinya. bagaimana natijah Projek SURIHH yang dahulu adalah ilham dan perancangan PAS dan setelah PAS memerintah beliau mencanang seluruh Kedah projek ini dan pulangannya akan diberikan semua rakyat Kedah. Apa dah jadi hanya tempat jin dan puaka sahabat PAS bercengkerama.

Bagaimana nak tadbir urus sebuah Institusi yang besar sedangkan Cukai Tanah pun beliau tak sanggup memberi rebet sebagaimana Kerajaan BN yang dikatakan kafir. Islam kah Kerajaan PAS sehingga sanggup membuli dan mencuri wang Institusi Penddidikan Ilmu yang terdiri dari lapisan kaum dan darjat untuk menimba ilmu termasuk anak yatim piatu. Begitu juga kerena tabiat buruk mereka yang memang sah suka pembohong dan penipu fakta. Akui sahaja selama ini PAS gagal melaksanakan tanggungjawan sebagai Khalifah mentadbir Negeri Kedah sehinggakan bekalan air bersih kepada penuntut UUM tak sanggup diuruskan dan jangan cuba cari alasan untuk lepaskan diri.

Ingat bahawa Tuhan itu Satu dan Ia Tidak Beranak Dan Tidak Diperanakan. Hakikatnya setiap kemungkaran itu akan terbongkar jua bahkan pembohongan PAS selama ini kian terdedah serta ternampak kemaluan. Kita tidak rugi akui kelemahan tetapi amat rugi malu akuinya kerana kelemahan sendiri. Tiada indah khabar dari Kedah sehebat pembohongan Kerajaan PAS Kedah. Tiada ada kehebatan orang Kedah dalam melakukan penipuan dan pembohongan terhadap rakyat yang tak bukan Pemimpin PAS Kedah.

Tiada orang yang bersendiwara dan berlakon alim yang lain dan tak bukan Pemimpin PAS Kedah, Tiada ada pemimpin Zalim dalam Kedah hanyalah Pemimpin PAS Kedah. Tiada ada maklhuk perosak terhebat dalam Kedah kecuali pemimpin PAS Kedah dengan rakusnya hapuskan khazanah Alam dan merosakkan flora fauna perumahan haiwan dan perosak alam sekitar.

Tiada ada tandingan raja lawak dan raja segala raja pembohongan dan penipuan sehebat Pemimpin PAS Kedah. Taiada ada raja segala raja memaki hamun dan menggelar manusia di Kedah lain dan tak bukan Pemimpin PAS Kedah. Tiada ada manusia yang mengharamkan rezeki halal lain dak tak bukan pemimpin PAS Kedah akhirnya yang dikata haram itu dijamah jua dengan lahapnya itulah PAS Kedah.

Helang Kedah berkata...

Mahasiswa kena bangkit, desak azizan supaya bagi samarata kadar cukai tanah. kalau sekolah agama kena 10ringgit saja, pasai apa UUM kena 1.7 juta. Azizan duk jaja merata cukai tanah untuk badan yang tidak berasaskan keuntungan cuma 10ringgit saja.
Mahasiswa kena bangkit dalam hal ni. Buat DEMO.

Tanpa Nama berkata...

ooo...klu nak cukai tanah RM10 mcm sekolah agama...apa kata YURAN PENGAJIAN untuk pelajar BAGI FREEEEEEE~. Nak bayaq cukai pun nak bg mcm-mcm alasan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates