Isnin, 4 April 2011

Dalam 3 tahun .... Kedah Darul Demo

Dalam masa 3 tahun pemerintahan parti yang katanya telus, adil dan sejahtera, kita dapati beberapa siri demo telah diadakan. 

Terkini demo oleh penuntut maahad tahfiz di atas arahan untuk mengosongkan tempat yang mereka huni. Mereka terpaksa mencari tempat baru untuk disewa.

Terdahulu satu demo di hadapan pintu pagar Wisma Darulaman oleh penyokong-penyokong PAS dari Sg Limau yang tidak berpuashati dengan tindakan MB mereka dalam isu-isu berkaitan air.

Di bawah ialah demo terawal oleh penduduk Mergong kerana mereka secara tiba-tiba telah diserahkan kepada pihak bank dalam semua urusan pembayaran rumah mereka.




1 comments:

Munirah Taher berkata...

Isu pembayaran hutang rumah ini aku sokong kerajaan PAS Kedah laaaa.Zaman Kerajaan BN Kedah pun bangkit isu yg sama juga.Isu dia bila berhutang kenalah bayar balik.Zaman BN dulu lembut sangat sampai penyewa naik tocang.Lebih lagi bila dekat pilihanraya tuntutan bayar hutang renti kejap.Hutang tertunggak tu pula bukan sekupang dua.Punyalah banyak akibat suka tangguh-tangguh.Dengar cerita yang mampu pun liat juga nak bayar.Pakat ambil kesempatan politik hari ini.Pada hal duit itu kerajaan mana yg perintah pun perlu kutip balik kerana wang itu wang rakyat.Awat kalau BN perintah balik dia akan beri free ke pada yang liat bayar hutang.Duit itu perlu untuk orang lain pula nikmat rumah macam itu.Kita memang masak lah dengan peminjam ini kalau nak bayar balik cukup seksa.Tengoklah apa jadi pada PTPTN,TEKUN,MARA pinjaman pengajian negeri Kedah.Tak salah kalau cara kutipan hutang melalui bank kerana kerajaan banyak kerja lain nak buat.Dalam Islam bila hutang kena bayar.Kerajaan PAS ke BN serupa sahaja.Kita kena didik rakyat amanah dan tanggung jawab.Dari segi ini aku rasa Kerajaan PAS kedah bertindak betul untuk mengutip balik hutang yg tertunggak sekian lama sejak BN dulu lagi.Ini adalah pandangan orang biasa bukan orang politik.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates