Jumaat, 8 April 2011

DEMO KUIN

Benarkah berlaku demo sekali lagi kelmarin pagi di KUIN? 

Penulis kesana agak lewat kerana ada urusan penting. Maklumlah kerja melapor ni bukannya full time. Apa yang nampak ialah kereta-kereta polis berada di tepi jalan di pintu masuk KUIN.

Mungkin demo tersebut sudah berlalu atau tidak seperti yang dirancang. Tetapi satu DEMO telah berlaku sebelumnya yang membantah tindakan pembesar KUIN terhadap pelajar tahfiz.


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak merangkap Pengerusi Kuin, berkata, kemungkinan penyebaran maklumat palsu itu didalangi pihak tertentu yang berkepentingan kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan Kuin.

"Tidak ada dalam mana-mana mesyuarat peringkat fakulti atau universiti, kita memutuskan untuk pindahkan pelajar itu ke tempat lain. Saya pelik daripada mana mereka dapat maklumat itu, mungkin ada pihak sengaja mahu buat kacau," katanya, ketika diminta mengulas tindakan lebih 100 pelajar tahfiz mengadakan demonstrasi membantah penempatan Sekolah Bestari di bangunan Maahad Tahfiz, kelmarin.

Tetapi ada angin mengatakan yang beberapa pelajar dan pendesak yang bekerja di KUIN telah ditendang keluar dari KUIN. Benarkah seperti yang dinyatakan? 

Dan difahamkan DEMO yang  dirancang adalah untuk membantah pembuangan tersebut? 

Kerajaan harus telus kerana itu yang mereka perjuangkan selama ini ... (bukan perjuangan atas pentas). Jangan simpan bawah karpet segala kekusutan yang berlaku .. 


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates